Pok Nik (kanan) disenaraikan dalam barisan 28 pemain yang mengikuti latihan serta pemilihan bagi kempen Piala AFF Suzuki. |
TERSENARAI dalam barisan 28 pemain yang akan menjalani
latihan skuad kebangsaan bagi menghadapi kejohanan Piala AFF Suzuki
penghujung bulan depan ibarat bulan jatuh ke riba buat pemain pertahanan
Kelantan berusia 22 tahun, Nik Shahrul Azim Abdul Halim (Pok Nik).
Pemain paling muda dalam kesebelasan utama The Red Warriors ketika menjulang Piala Malaysia baru-baru ini, teruja dengan kepercayaan diberikan pengendali Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal kepadanya, malah bertekad menggunakan peluang itu dengan menyasarkan senarai 18 pemain utama.
Pemain paling muda dalam kesebelasan utama The Red Warriors ketika menjulang Piala Malaysia baru-baru ini, teruja dengan kepercayaan diberikan pengendali Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal kepadanya, malah bertekad menggunakan peluang itu dengan menyasarkan senarai 18 pemain utama.
"Sudah lama saya nantikan saat ini. Meskipun baru dipanggil menjalani latihan, saya tetap berbangga dan akan menggunakan peluang keemasan ini dengan sebaik mungkin untuk menimba pengalaman daripada pemain senior Harimau Malaya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Ditanya mengenai kritikan serta ada pihak yang kurang percaya dengan kebolehannya, Pok Nik berkata: "Sesiapa sahaja akan mengalami perkara sedemikian di awal karier mereka. Malah saya akui perasan gementar juga selalu ada terutama ketika beraksi dalam perlawanan akhir. Namun dengan dorongan rakan-rakan, saya berjaya atasi masalah itu".
Pemain kelahiran Cabang Empat Salam, Rantau Panjang itu diberi kepercayaan Bojan Hodak pada final Piala Malaysia menentang ATM, minggu lalu, meskipun ada yang mempertikaikan kemampuan Pok Nik di barisan pertahanan Kelantan.
Selain Piala Malaysia, Pok Nik juga menjulang kejuaraan Liga Super dan Piala FA, Piala Agong, Piala Emas Raja-Raja, Piala Presiden serta Piala SCTV bersama skuad Bawah 22 tahun kendalian Ong Kim Swee.
Sumber : Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan