PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akan memasang kamera tersembunyi
di dalam dan di luar kawasan Stadium Shah Alam menjelang perlawanan
akhir Piala Malaysia yang menemukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
dengan Kelantan, Sabtu ini.
Ia sebagai langkah untuk membanteras tindakan segelintir penyokong
yang didapati melanggar peraturan dengan membawa bahan larangan
antaranya seperti mercun dan vuvuzela.
Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan FAM, Datuk Salleh Md. Rashid semalam.
"Kawalan lebih ketat akan diadakan pada final Piala Malaysia kali ini berbanding tahun lalu.
"Selain kekuatan seramai 1,000 anggota polis yang bertugas pada final
Piala Malaysia itu kelak, kami juga akan memasang kamera di dalam dan
di luar stadium.
"Ia merupakan langkah untuk mengenal pasti tindak-tanduk penyokong
yang melanggar arahan dengan membawa bahan larangan seperti mercun, vuvuzela atau kain rentang berbaur hasutan.
"Kamera tersembunyi ini banyak diletak di dalam kawasan stadium yang
mana ia merupakan keutamaan kami ketika perlawanan itu berlangsung,"
katanya kepada pemberita pada sidang akhbar Piala Malaysia di Stadium
Shah Alam semalam.
Dalam perkembangan yang sama, Salleh yang menaruh keyakinan kepada
peminat-peminat Kelantan dan ATM untuk menjaga tingkah laku, menyifatkan
kejadian yang tidak diingini bakal berlaku pada perlawanan tersebut.
"Saya berharap mereka (penyokong) akan bersikap profesional ketika
menyaksikan perlawanan akhir itu kelak. Kita tidak mahu perkara yang
tidak diingini berlaku.
"Kami berharap mereka akan bersikap lebih positif dan menyemai semangat kesukanan yang tinggi," katanya.
Sumber : Kosmo
2 ulasan:
byk polis tu,sbb nak cari duit dgn penonton TRW ko?
mentang mentanglah peminat TRW lo ni dok buat perangai nak cari jugak kesalahan.
Lapar duit FAM....cari duit sebab tahu kelantan.....
Catat Ulasan