Memaparkan catatan dengan label keputusan piala malaysia 2012. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keputusan piala malaysia 2012. Papar semua catatan

21 Okt 2012

Kelantan juara Treble..Piala Malaysia dalam dakapan

Keputusan penuh : 

Masa Penuh : 

ATM 2 - 2 Kelantan 

Tambahan masa  : 

ATM 2 - 3 Kelantan

Kelantan sekali lagi dinobatkan juara Piala Malaysia apabila berjaya mengalahkan ATM 3-2 dan seterusnya merealisasikan impian bergelar juara Treble.Perlawanan yang dilanjutkan kemasa tambahan apabila kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam masa sebenar.

Indra Putra muncul wira apabila sepakan kencangnya menerjah gol pada minit ke 105 perlawanan.Beliau yang menerima hantaran dari kapten pasukan,Badri memusingkan badan dan seterusnya melepaskan sepakan 'first timer' yang kencang menewaskan Farizal untuk kali ketiga.

13 Okt 2012

Kelantan mara ke Final...Selangor tersungkur

Red Giant 0 - 2 Red Warriors
Kelantan layak ke Final Piala Malaysia dengan agregat 3-0(tanpa balas)

Kelantan mara ke Final Piala Malaysia apabila berjaya membenam Selangor 2-0 hasil jaringan lewat import sensasi Kelantan,Mohamed Ghaddar dan gol kedua menerusi sepakan percuma cantik pada masa kecederaan oleh Badhri Radzi.

Kejayaan ini bagaimanapun terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi apabila tunjang utama Kelantan,Ghaddar dan Norfarhan tidak dapat beraksi dipentas final gara-gara mengutip dua kad kuning.Mungkin sudah tersurat Ghaddar dan Norfarhan tidak dapat beraksi untuk Kelantan atau adakah agenda tersirat yang ingin memastikan pasukan Kelantan beraksi tempang di Final nanti.

12 Okt 2012

ATM ke Final Piala Malaysia

Keputusan Penuh : 

ATM 1 - 1 Lions XII
(Agregat 2-2),ATM menang sepakan penalti 5-4)
Angkatan Tentera Malaysia(ATM) berjaya melangkah ke final Piala Malaysia musim ini apabila berjaya menyingkirkan Lions XII 5-4 melalui sepakan penalti setelah tambahan tiga puluh minit kedua-dua pasukan masih terikat 1-1.

Perlawanan yang disifatkan paling menarik dan mendebarkan tahun ini malah boleh diibaratkan seperti perlawanan akhir.Lions XII terlebih dahulu mengejutkan ATM diseparuh masa pertama namun berjaya dipadamkan oleh Marlon Alex James diwaktu kecederaan.

3 Okt 2012

Kelantan mara ke Separuh Akhir Piala Malaysia : Strategi Bojan hampir memakan diri!!!

Keputusan penuh : 

Kelantan 2 - 2 Felda United
Kelantan layak agregat 4-3
 
Kelantan terpaksa berhempas pulas untuk mara ke separuh akhir Piala Malaysia musim ini apabila dikejutkan dengan dua jaringan Felda United.Percaturan Bojan Hodak yang masih lagi menggunakan khidmat penyerang tinggi lampai,Afiq Azmi walaupun mempunyai ramai pemain berpengalaman seperti Indra dan Norshahrul hampir mengundang memakan diri.

Afiq yang digandingkan dengan Mohamed Ghaddar tidak dapat memecah benteng pertahanan yang diteraju import Felda,Viator yang bertindak cemerlang malam ini.Bukan hendak menafikan sumbangan Afiq sebelum ini tetapi disaat perlawanan genting seperti ini Bojan sepatutnya menurunkan pemain berpengalaman seperti Indra dan Norsharul.

30 Sep 2012

Piala Malaysia 2012 : Keputusan Penuh Suku Akhir Pertama

Felda United 1 - 2 Kelantan
ATM 3 - 2 N.Sembilan
Johor FC 1 - 3 Selangor
Pahang 2 - 1 Lions XII

*Suku Akhir kedua akan dilangsungkan pada 2 oktober ini.

4 Sep 2012

Keputusan Piala Malaysia 2012 : P5

Johor FC     1-3     Johor        
PKNS     1-0     Singapore LIONSXII        
Terengganu     0-2     ATM        
Kedah     0-0     Kelantan        
Sime Darby     1-1     Negeri Sembilan        
Felda United     2-2     Perak        
Pahang     1-4    Selangor
Sarawak 6-1    PBDKT T-Team

*ATM  mengesahkan tempat kesuku akhir.

2 Sep 2012

Keputusan penuh Piala Malaysia : P4 (Pusingan Kedua)

Kumpulan A :

Lions XII 1 - 0 Johor
Johor FC 2 - 1 PKNS FC

Kumpulan B :

Kelantan 4 - 3 ATM
Terengganu 1 - 1 Kedah

Kumpulan C:

Perak 0 - 1 N.Sembilan
Sime Darby 3 - 3 Felda Utd

Kumpulan D :

Selangor 2 - 1 T.Team
Sarawak 2 - 3 Pahang

25 Ogo 2012

Keputusan Penuh perlawanan Piala Malaysia 2012 : P2

Kelantan 2 - 1 Kedah
ATM 2 - 1 Terengganu
Selangor 2 - 2 Pahang
Lions XII 3 - 1 PKNS FC
N.Sembilan 4 - 0 Sime Darby
Johor 1 - 2 Johor FC
T.Team 0 - 0 Sarawak
Perak 2 - 4

23 Ogo 2012

Kelantan tewas...

Keputusan penuh Piala Malaysia 2012 :

Terengganu     2 - 0     Kelantan   
Johor FC     0 - 0     LIONSXII     
Sime Darby     1 - 1     Perak
Pahang     3 - 2     T-Team    
Kedah     0 - 2     ATM         
PKNS     1 - 1     Johor       
Felda United     1 - 1     Negeri Sembilan         
Sarawak     2 - 1     Selangor         
 

2 Ogo 2012

Keputusan undian Piala Malaysia 2012

Kelantan berada dalam kumpulan maut bersama Terengganu,Kedah dan ATM

Kumpulan A : 

Lions XII
PKNS FC
Johor FC
Johor

Kumpulan B : 

Kelantan
Terengganu
Kedah
ATM

Kumpulan C : 

Perak
Negeri Sembilan
Felda United
Sime Darby

Kumpulan D :

Selangor
T.Team
Sarawak
Pahang

Format perlawanan adalah dua pasukan teratas akan layak ke suku akhir.Pemenang kumpulan A akan bertemu Kumpulan D,manakala pemenang kumpulan B akan bertemu pemenang kumpulan C.

Kesimpulannya,andai Kelantan berjaya melangkah masuk ke suku akhir lawan bakal yang dihadapi adalah samaada Perak,Negeri Sembilan,Felda United dan Sime Darby.Laluan Kelantan agak sukar namun komitmen penuh pemain-pemain dituntut agar Kelantan dapat melangkah ke Final Piala Malaysia tahun ini.