21 Okt 2012

Kelantan juara Treble..Piala Malaysia dalam dakapan

Keputusan penuh : 

Masa Penuh : 

ATM 2 - 2 Kelantan 

Tambahan masa  : 

ATM 2 - 3 Kelantan

Kelantan sekali lagi dinobatkan juara Piala Malaysia apabila berjaya mengalahkan ATM 3-2 dan seterusnya merealisasikan impian bergelar juara Treble.Perlawanan yang dilanjutkan kemasa tambahan apabila kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam masa sebenar.

Indra Putra muncul wira apabila sepakan kencangnya menerjah gol pada minit ke 105 perlawanan.Beliau yang menerima hantaran dari kapten pasukan,Badri memusingkan badan dan seterusnya melepaskan sepakan 'first timer' yang kencang menewaskan Farizal untuk kali ketiga.


Sebelum itu pemain terbaik perlawanan,Norshahrul membuktikan bahawa sentuhan beliau masih berbisa apabila menjaringkan dua gol pada babak pertama dan kedua perlawanan juga melalui hantaran cantik Badri Radzi.Ternyata Badri mengotakan janjinya ingin 'mencuri' magis dari Hai-O malam ini.

Kejayaan ini cukup bermakna buat Kelantan kerana menjadi Juara Treble adalah agak sukar untuk mana-mana pasukan kerana ianya memerlukan komitmen seratus peratus dari semua pemain,jurulatih dan pihak pengurusan.

Tahniah buat penyokong-penyokong The Red Warriors yang berjaya menjadikan Stadium Shah Alam sebagai 'Stadium Sultan Muhammad ke-IV apabila berjaya menguasai keseluruhan jumlah penyokonng yang hadir sehinggakan ribuan penyokong terpaksa berdiri kerana tiada tempat duduk.

30 oktober ini menjadi penentu anugerah yang bakal diadakan oleh Astro,FAM dan 100 Plus yang memungkinkan penyokong Kelantan dinobatkan sebagai penyokong terbaik musim ini.

Tahniah The Red Warriors...Juara Treble 2012

Tiada ulasan: