Memaparkan catatan dengan label lions xii. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lions xii. Papar semua catatan

23 Mei 2015

Final Piala FA 2015... Kelantan kecundang

Keputusan penuh :

Kelantan 1-3 Kelantan

Piala FA akhirnya menyeberangi tambak Johor untuk pertama kalinya.

Adat permainan bolasepak...yang banyak menyerang dan mencipta peluang belum tentu menang...begitulah sebaliknya yang jarang-jarang menyerang mendapat peluang terus menghasilkan gol.
.kejam sukan bolasepak inikan...

Tahniah buat LIONS XII kerana berjaya menjuarai Piala FA 2015.Kelantan tidak bernasib baik dan menghampakan ribuan penyokong yang hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Lupakan kekalahan ini...episod Liga M masih panjang lagi.
.perjuangan harus diteruskan...

16 Mei 2015

Piala Fa 2015:Kelantan ke final

Keputusan penuh :

Kelantan 3-1 Pahang

Kelantan berjaya melangkah ke final Piala FA 2015 apabila berjaya menyingkirkan juara bertahan Pahang dengan agregat 3-2.

Kejayaan ini bukan datang dengan mudah,pemain-pemain Kelantan terpaksa bekerja keras untuk memenangi perlawanan ini dan berjaya mengambil kesempatan Pahang yang kehilangan Azimuddin Akil yang dibuang padang gara-gara menyiku Wan zack.

Wira sebenar Kelantan malam ini adalah Iwuji Amutu yang berjaya membalas kepercayaan Azrai dengan menjaringkan dua gol setelah dimasukkan pada lewat separuh masa kedua.

Sebelum itu gol pertama Kelantan dijaringkan oleh Kecik yang menerima hantaran cantik Wan Zack.

Tahniah kepada kepada semua pemain yang berjuang bermati-matian demi membawa penyokong The Red Warriors ke final sekali lagi...

Kelantan bakal bertemu LIONS XII yang berjaya mengatasi Terengganu dengan kelebihan gol ditempat lawan.

Perlawanan akhir yang pasti akan menarik kerana Kelantan bakal mewakili Malaysia manakala Lions xii mewakili pasukan Singapura yang bakal menentukan juara Piala FA 2015.

Ayuh Malaysia kita halang Piala Fa dari menyeberangi tambak Johor..
.

13 Feb 2015

Info Liga Super 2015: Perlawanan Kelantan menentang Lions XII ditunda

Perlawanan Liga Super diantara Kelantan menentang LIONS XII yang sepatutnya berlangsung esok ditunda kepada hari ahad,15 februari ini.

Penundaan perlawanan ini adalah sebagai menghormati kematian bekas menteri besar Kelantan,Tuan Guru Datuk Nik Aziz yang meninggal pada khamis 9.40 malam.

Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Tok Guru,semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Amin...

3 Jul 2013

Lions XII juara Liga Super 2013

Pasukan jemputan dalam saingan Liga Super Malaysia Lions xii menjuarai liga super 2013 setelah membenam pasukan tercorot liga Felda 4-0 walaupun Liga masih berbaki satu perlawanan lagi.

Jika musim lalu Kelantan menjadi penghalang kepada Lions xii untuk menjuarai liga tetapi kali ini pasukan yang mempunyai reputasi hebat gagal mengekalkan kejuaraan musim ini walaupun telah 'mencuri' pemain bintang dari Kelantan serta pasukan lain.

Tahniah buat pasukan Lions yang berjaya menjuarai Liga Super 2013.

keputusan lain :

Perak 0-1 Kelantan
N.9 0-2 Johor DT
Selangor 4-1 T.Team
Terengganu 0-0  PKNS
Pahang 2-1  ATM

12 Okt 2012

ATM ke Final Piala Malaysia

Keputusan Penuh : 

ATM 1 - 1 Lions XII
(Agregat 2-2),ATM menang sepakan penalti 5-4)
Angkatan Tentera Malaysia(ATM) berjaya melangkah ke final Piala Malaysia musim ini apabila berjaya menyingkirkan Lions XII 5-4 melalui sepakan penalti setelah tambahan tiga puluh minit kedua-dua pasukan masih terikat 1-1.

Perlawanan yang disifatkan paling menarik dan mendebarkan tahun ini malah boleh diibaratkan seperti perlawanan akhir.Lions XII terlebih dahulu mengejutkan ATM diseparuh masa pertama namun berjaya dipadamkan oleh Marlon Alex James diwaktu kecederaan.

17 Jun 2012

Keputusan luar biasa Liga Super Malaysia yang berlangsung 16 jun

Lions XII  9 - 0  Sabah
Sarawak  0 - 1   Selangor
Felda United   1 - 0   Negeri Sembilan
Perak   2 - 1  Johor FC
PKNS   1 - 1   Kuala Lumpur    
Kelantan   2 - 1   Kedah
T.Team 0  -  3 Terengganu

Adakah kekalahan terbesar pasukan Sabah ini disebabkan oleh keadaan Padang tiruan atau sebaliknya.Renung-renungkanlah....

16 Mei 2012

Kelantan bakal Juara Liga Super 2012?

Keputusan Liga Super semalam menyaksikan Lions XII diikat 0-0 oleh skuad warga kota Kuala Lumpur.Dari perbincangan rakan-rakan di kotak laungan blog ini Kelantan semakin menghampiri juara Liga andai sekurang-kurangnya memperolehi lima kemenangan dan lima kali seri sahaja lagi untuk muncul juara dengan mengumpul 57 mata.Ini kerana mata maksima Lions XII andai mereka menang kesemua bagi lima perlawanan adalah 56 mata.

Agak sukar untuk Lions XII memungut mata maksima dalam baki lima perlawanan nanti kerana lawan yang bakal mereka tentang adalah Sarawak,Sabah,Terengganu,T.Team dan Johor FC.

Jika ingin mengekalkan kejuaraan Liga Super ini pemain-pemain perlu mengekalkan prestasi terbaik yang mereka miliki sekarang sehingga penghujung perlawanan nanti.Sebelum itu tumpukan perhatian pada final 19 mei ini yang bakal menentukan siapa yang berhak menjulang Piala FA yang baru.

15 Mei 2012

Kedah 1 - 3 PKNS
Selangor 2 - 1 Felda United
Terengganu 2 - 2 Sarawak
Sabah 1 - 2 T.Team
N.Sembilan 3 - 1 Perak
K.Lumpur 0 - 0 Lions XII

p/s : Kelegaan bagi Kelantan apabila Kuala Lumpur dapat mengikat Lions XII 0-0.Impian untuk merangkul Juara Liga Super semakin hampir.

*Perlawanan Johor FC menentang Kelantan ditunda kepada 26 mei 2012 bagi memberikan persiapan kepada pasukan Kelantan dalam Final Piala FA 19 mei nanti.

13 Mei 2012

Terima kasih Kedah..Kelantan makin hampiri Lions XII

Terima kasih buat kedah kerana berjaya menambat Lions XII 3-3 di Stadium Jalan Besar tadi.Siapa sangka skuad Wan Jamak yang ketinggalan 2-1 berjaya memperolehi dua gol yang amat bermakna buat Kedah.
Pemain-pemain TRW meraikan kemenanga keatas PKNS(Gambar dari Facebook Norfarhan)

Keputusan seri diantara Lions XII dan Kedah dimanfaatkan sepenuhnya oleh anak buah Bojan Hodak apabila Norshahrul,Obinna serta Ghaddar berjaya memberikan tiga mata penting buat Kelantan setelah membenam PKNS Selangor 3-0.

9 Mei 2012

Ada yang tak kena dengan Liga Super kita?

Seolah-olah ada yang tidak kena pada Liga Super Malaysia tahun ini apabila pasukan LIONS XII diberikan kelebihan sehingga empat perlawanan.Rasional FAM mempercepatkan perlawanan membabitkan pasukan Lions XII kerana pasukan tersebut perlu mengadakan perlawanan sebagai persediaan skuad bawah 22 tahun mereka.

14 Apr 2012

Mampukah TRW kejar LIONS XII?

Hari ini adalah 'penutup' pusingan pertama Liga Super bagi pasukan Kelantan.Kelantan kini menghuni tangga kedua liga setelah 'dipintas' pasukan pendatang LIONS XII.

LIONS XII yang bermain cemerlang dalam lapan perlawanan sebelum ini belum lagi mampu dikalahkan oleh mana-mana pasukan kecuali pasukan Kelantan dan Terengganu.