Kelantan selangkah lagi untuk mara ke Separuh Akhir Piala Malaysia tahun ini.Kemenangan 2 -1 mengatasi Felda United ditempat lawan amat berharga.Diatas kertas Kelantan sememangnya telah 'layak' namun harus diingat apa sahaja boleh terjadi andai pemain-pemain mengambil mudah perlawanan suku akhir kedua malam esok.
Sembilan puluh minit yang melalaikan bakal membawa bencana besar buat Kelantan kerana bukan sahaja tersinggir dari saingan Piala Malaysia tetapi rekod tanpa kekalahan musim ini lebur ditangan pasukan kendalian Elavarasan.
Walaupun berjaya mengatasi Felda tempohari,tempo permainan Kelantan tidak seperti yang diharapkan.Kelantan dilihat gagal merencanakan serangan-serangan menarik serta bermain dibawah keupayaan sebenar.Mungkinkah ada masalah yang sedang melanda pemain?ataupun pemain-pemain keletihan ekoran jadual perlawanan yang terlalu padat?Starategi Bojan Hodak juga sekarang dilihat kurang menjadi kerana tidak memasukkan watak utama Kelantan untuk kesebelasan utama tetapi membuat penggiliran yang menyaksikan Kelantan gagal memberikan persembahan seperti yang diharapkan.
Selain dari itu pelbagai rumor dilontarkan seperti ada pemain-pemain tidak menunjukkan aksi sebenar kerana ingin bermain dengan pasukan lain kerana mendapat tawaran yang lumayan.Ada juga yang mengatakan pemain-pemain tidak berpuashati dengan bonus yang diberikan ekoran kejayaan menjulang Piala Liga Super.
Namun itu hanyalah gosip-gosip serta rumors yang tidak diketahui kebenaranya,apa yang penting pemain perlu menunjukan keperofesionalan mereka walaupun berhadapan dengan pelbagai isu dan perlu menunaikan tanggungjawab bermain dengan cemerlang membantu pasukan mencipta kemenangan.
90 minit lagi bakal menyaksikan Kelantan berpeluang menjadi juara treble musim ini dengan merangkul Piala FA,Liga Super dan Piala malaysia.Kami penyokong TRW sentiasa berada dibelakang memberikan sokongan setiap masa dan ketika,panas dan hujan...Gomo Kelate Gomo!!!
4 ulasan:
Sekiranya TRW bermain dgn rentak sama spt. di Melaka, saya penuh yakin kejayaan memihak kepada Felda UTD.
Kalau TRW menang nanti saya amatlah berharap kita menang kerana permainan kita cantik bukan kita menang kerana nasib baik kita menang.
Harap TRW tidak lalai.....
Semoga berjaya. Gomo kelate gomo
Saya cukup tak faham strategi yg digunakan sejak akhir akhir ini. Rasanya Afiq masih belum boleh diturunkan sebagai kesebelasan utama.Norfarhan selalunya menjadi disaat saat kelantan memerlukan kemenangan.Defender selalu naik keaatas meninggalkan posisi dibawah patutnya masing masing jaga rumah masing masing. Jadikan pengalaman kalah di Final FA ketika menentang terengganu sebagai teladan kepada semua pemain.
Catat Ulasan