17 Okt 2012

Piala Malaysia 2012 : Info menjelang final Kelantan vs ATM

  • 30 000 tiket diedarkan masing-masing kepada setiap pasukan untuk dijual kepada penyokong-penyokong yang berharga RM 40 untuk dewasa manakala untuk kanak-kanak RM5.
  • Baki tiket yang tidak terjual akan mula dijual pada hari khamis sehingga hari perlawanan bermula jam 9 pagi hingga 7 malam. 
  • Tambahan 20 000 tiket akan diperuntukkan dihari perlawanan seandainya kedua-dua pasukan mampu menjual tiket yang telah diagihkan sebelum ini. 
  • 1 000 orang anggota polis akan ditempatkan termasuk pasukan simpanan persekutuan,unit anjing pengesan(K9) dan unit berkuda.
  • Tiket perlawanan boleh dibeli secara online melalui Ticket Online.
  • ATM adalah tuan rumah dan akan memakai jersi utama iaitu merah manakala pasukan Kelantan warna putih.
  • Penyokong ATM akan memasuki Stadium melalui pintu A
  • Penyokong Kelantan akan memasuki Stadium melalui pintu C.
  • Kedudukan melalui GPS Stadium Shah Alam latitud3.082227,longitud 101.541872
  • FAM akan memasang kamera didalam dan diluar stadium bagi tujuan keselamatan.
  • Bahan larangan adalah mercun,vuvuzela dan kain rentang yang berbaur hasutan.
  • Pintu stadium akan dibuka bermula jam 4 petang.

Tiada ulasan: