![]() |
INDRA PUTRA mengesahkan kemenangan Kelantan apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-96 di Stadium Shah Alam malam tadi. |
KELANTAN melabuhkan tirai Liga Malaysia (Liga-M) 2012 dengan penuh bergaya apabila mengungguli gelaran trebel pada musim ini.
Skuad The Red Warriors merangkul trofi ketiga selepas menewaskan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 pada final Piala Malaysia di Stadium
Shah Alam malam tadi.
Kelantan membuka jaringan menerusi penyerang berbisa, Norshahrul
Idlan Talaha pada minit ke-44 tetapi ATM berjaya mengikat kedudukan
menerusi gol Rezal Zambery Yahya pada minit ke-48.
Selang dua minit kemudian, Norshahrul kembali menggandakan kedudukan
tetapi penyerang import ATM, Marlon Alex James kembali menyamakan
kedudukan apabila menewaskan penjaga gol No. 1 negara, Khairul Fahmi Che
Mat pada minit ke-62.
