![]() |
| Mat Yo (kiri) dijangka menyertai skuad Johor selepas dapat lampu hijau daripada KAFA |
Perpindahan perlu ikut peraturan ditetapkan FAM dan FIFA
Kota Bharu: Hajat Johor untuk mendapatkan khidmat Norshahrul Idlan Talaha musim depan semakin menjadi kenyataan apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) semalam memberi bayangan akan melepaskan Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia (Liga M) itu.
Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa, berkata beliau akan berbincang dengan jawatankuasa persatuan itu dalam masa terdekat dan tidak menolak kemungkinan Norshahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo akan dijual.

Beliau yang dianggap sebagai Bapa Pembangunan bola sepak
Kelantan bagaimanapun berkata, perpindahan penyerang itu perlu mengikut
peraturan yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).