Setelah lima tahun menanti, akhirnya Harimau Malaya mengecapi kemenangan pertama selepas 22 perlawanan antarabangsa di tempat lawan apabila menewaskan Hong Kong 3-0 di Stadium Mong Kok, semalam.
Penyerang sensasi, Safee Sali membuka tirai jaringan Harimau Malaya pada minit ke-59.
Ini disusuli jaringan Safiq Rahim pada minit ke-82 sebelum Ahmad Fakri Saarani menutup tirai kejayaan skuad negara dengan gol pada masa kecederaan.
Kali terakhir Malaysia memenangi perlawanan persahabatan antarabangsa di gelanggang lawan adalah ketika berdepan Sri Lanka di Colombo pada 24 Mac 2007 dengan kemenangan 4-1.
Penyerang sensasi, Safee Sali membuka tirai jaringan Harimau Malaya pada minit ke-59.
Ini disusuli jaringan Safiq Rahim pada minit ke-82 sebelum Ahmad Fakri Saarani menutup tirai kejayaan skuad negara dengan gol pada masa kecederaan.
Kali terakhir Malaysia memenangi perlawanan persahabatan antarabangsa di gelanggang lawan adalah ketika berdepan Sri Lanka di Colombo pada 24 Mac 2007 dengan kemenangan 4-1.
Kejayaan mengalahkan Hong Kong semalam merupakan kemenangan pertama Datuk K. Rajagobal di tempat lawan sejak menjadi jurulatih negara dalam 16 perlawanan antarabangsa.
Tanpa diperkuatkan dengan pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kelantan, persembahan anak-anak buah Rajagobal tidak banyak terjejas sebaliknya masih mampu menguasai perlawanan.
Menggandingkan Mohd. Faizal Muhammad dan Mohd. Fadhli Shas pada bahagian pertahanan di samping Safee dan Baddrol Baktiar mengemudi serangan, percaturan itu ternyata menghasilkan persembahan positif.
Pada separuh masa pertama sahaja, sekurang-kurangnya tiga peluang keemasan untuk meledak gol dimiliki oleh Harimau Malaya untuk mendahului namun dinafikan oleh palang dan kecekapan penjaga gol lawan.
Percubaan S. Kunanlan pada minit ke-37 dihampakan oleh palang, sebelum tiga minit kemudian rembatan leret Baddrol dapat ditepis penjaga gol Hong Kong.
Tiga minit sebelum rehat, impian Baddrol meletakkan Harimau Malaya mendahului masih tidak kesampaian apabila tandukan pemain Kedah itu dapat ditepis keluar penjaga gol lawan.
Jaringan yang dicari skuad negara akhirnya menjelma pada minit ke-59 melalui tindakan bijak Safee, yang merembat melalui kaki kiri ke penjuru kanan pintu gol Hong Kong selepas menerima hantaran Kunanlan.
Jaringan tersebut ternyata menyemarakkan semangat Harimau Malaya yang kemudiannya menambah gol kedua pada minit ke-82 melalui sepakan percuma menarik Safiq Rahim yang terus menerjah ke dalam gawang.
Anak-anak buah Rajagobal nyata belum berpuas hati dengan dua jaringan itu dan Ahmad Fakri Saarani yang masuk menggantikan Baddrol menambah gol ketiga Harimau Malaya apabila bijak membaca sepakan percuma Safiq sebelum menolak masuk bola ke dalam gawang hasil bola muntah penjaga gol Hong Kong.
Perlawanan persahabatan timbal balik kedua dengan Hong Kong akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 14 November ini.
Sumber : Utusan Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan