26 Apr 2012

Footytube kongsi video bolasepak terkini

Bagi rakan-rakan yang tidak berkesempatan menonton televisyen dirumah atau sememangnya tiada 'akaun Astro' di rumah boleh mengikuti 'highlight' video-video perlawanan utama Liga Utama dunia seperti EPL atau La Liga dengan mengikuti video-video pilihan di web Footytube

Video terbaru adalah perlawanan diantara Real Madrid menentang Byern Munich dalam saingan 'Champions League' yang menyaksikan Real Madrid ditunjukkan jalan keluar oleh Bayern Munich melalui sepakan penalti.Real Madrid mengikut jejak langkah Barcelona yang tersingkir setelah ditumbangkan oleh Chelsea sebelum ini.

Rasional Manchester City ke Malaysia pada bulan Ramadhan

Gergasi Liga Perdana Inggeris sekali lagi akan bertandang ke Malaysia pada 24 julai dalam siri jelajah  Asia.Kali ini bukan Manchester United atau Liverpool tetapi kelab yang sedang meningkat naik dan sedang bersaing dengan Manchester United bagi merebut kejuaraa Liga Perdana Inggeris(EPL) iaitu Manchester City.

Kedatangan kelab tersebut dianggap tidak tepat pada masanya kerana ketika itu umat islam sedang berpuasa dalam konteks Malaysia sebuah negara yang majoritinya beragama islam.Rajagopal yang ditanya wartawan tentang faedah perlawanan ini menjawab : “Daripada kita tiada perlawanan pada bulan Ramadan, saya kira ini kesempatan terbaik untuk pemain belajar satu dua perkara daripada pemain bertaraf dunia. Kita kena berfikiran positif.” 

Terengganu mengamuk di Kuala Terengganu

Pasukan Terengganu menunjukkan kemampuan sebenar mereka malam ini apabila mengamuk dengan membelasah Song Lam Nghe An 6-2 dalam sainga Piala AFC 2012 bagi kumpulan F.

Selepas ini pemyokong-penyokong Terengganu boleh 'tidur lena' dengan kemenangan besar ini dan tidak lagi kedengaran isu-isu letak jawatan yang melibatkan pengurusan pasukan.

Terengganu sekarang menduduki tangga kedua kumpulan F manakala Kelantan menerajui kumpulan H bakal bertemu Kelantan andai kedudukan ini kekal dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan nanti.

Tahniah buat pasukan Terengganu kerana berjaya menewaskan pasukan Song Lam Nghe An mengikut jejak langkah Kelantan yang berjaya membenam Navibank Saigon 2-1 semalam.


25 Apr 2012

Kedudukan Piala AFC kumpulan H


p/s : Adakah FAM tidak berbangga dengan pencapaian dari pasukan 'anak tiri' ini?

Anugerah Astro Arena 2012

  1. Atlit Lelaki Pilihan Berpasukan - Khairul Fahmi Che Mat (Bola sepak)
  2. Atlit Wanita Pilihan Berpasukan - Nur Fatehah Mustapha (Berbasikal)
  3. Atlit Muda Pilihan - Muhamad Nazmi Faiz Mansor (Bola sepak)
  4. Kebangkitan Pilihan - Lee Hup Wei (Olahraga)
  5. Jurulatih Pilihan - Ong Kim Swee (Bola sepak)
  6. Perlawanan Pilihan - Malaysia lwn Indonesia (Acara akhir bola sepak Sukan Sea 2011
  7. Blog Sukan Pilihan - SuaraSukan1Mas (Mohd Aiman)
  8. Meja Sukan Pilihan - Harian Metro
Sumber : Astro Arena

24 Apr 2012

AFC Cup 2012 : Live Steaming Navibank Saigon FC vs Kelantan

Keputusan Penuh :

Navibank Saigon FC 1 - 2 Kelantan

Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh Indra Putra pada minit ke 75 melalui sepakan percuma,Ghaddar menyumbang gol kedua pada minit ke 79 hasil hantaran Norsahrul yang berjaya disudahi beliau.Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi mengikuti Live Streaming di Blog ini.

Kesebelasan Utama : 

Khairul Fahmi, Farisham, Obinna, Zamri, Daudsu, Rizal Fahmi Indra, Shakir, Nwoha(Norshahrul), Norfarhan(Ghaddar), Antwi(Nurul).

22 Apr 2012

Tan Sri Annuar sponsor penyokong ke Kedah

Tan Sri Annuar Musa dalam facebooknya dilaporkan akan menaja bas untuk Ultras Kelate,Kelab Penyokong Kelantan serta Kelab penyokong Kelantan yang berada di Lembah Klang.Penajaan bas ini bagi menaikkan kembali semangat penyokong-penyokong yang sedikit pudar ekoran kegagalan menumpaskan Kedah dalam saingan separuh akhir pertama di Kota Bharu semalam.

Kegagalan Kelantan melakar kemenangan semalam juga menerbitkan seribu persoalan diminda penyokong yang mendakwa Kelantan 'sengaja' tidak mahu memenangi perlawanan semalam dan ada juga 'mulut-mulut' nakal yang mengatakan Kelantan 'menjual' perlawanan.

Ranking FIFA Amat Penting, Kata Bekas Bintang Manchester United

Bekas bintang Manchester United (MU), Ronny Johnsen dan Gary Pallister percaya ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) adalah amat penting dalam memastikan pembangunan berterusan sukan itu di peringkat antarabangsa.

Johnsen, yang juga bekas pemain Norway, berkata ranking FIFA sentiasa menjadi keutamaan bagi semua pasukan kebangsaan di seluruh dunia.

Terengganu dan Kelantan berhadapan tugas berat untuk separuh akhir kedua Piala FA

Dua pasukan gergasi Pantai Timur, Terengganu dan Kelantan menggalas tugas berat untuk melangkah ke final Piala FA apabila gagal memiliki kelebihan gol selepas saingan separuh akhir pertama Sabtu malam.

Terengganu, bekas juara pada 2000 dan 2011, dikejutkan di gelanggang sendiri apabila kalah 1-2 kepada pasukan kelab Sime Darby FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

21 Apr 2012

Persada Liga dari RTM padat dan menarik

Petang ini berkesempatan menonton rancangan persada liga yang disiarkan secara langsung oleh RTM1.Di hoskan oleh pengacara muda Izwan yang menampilkan latar belakang penyokong-penyokong Kelantan dan Kedah.

Menariknya rancangan ini memberikan info-info tentang perjalanan liga dan hari ini rancangan tersebut mengupas tentang perjalanan pasukan Kelantan dan Kedah dalam saingan Piala FA musim ini dari pusingan pertama sehingga ke suku akhir lalu.

Video menarik untuk dikongsi

Info Liga Super 2012 : Siaran Langsung bulan April dan Mei melibatkan TRW


Sumber : Facebook KPSTRW

18 Apr 2012

'Kelantan keliru'

KAFA mungkin buat rayuan kepada FAM minta penjelasan
 
SEPERTI tidak puas hati dan mula meragui kesahihan hukuman awal, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mungkin akan membuat langkah berikut membuat rayuan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meminta penjelasan kenapa 14 mata dipotong daripada skuad Piala Presiden. 

Semalam, Naib Presidennya, Rosmadi Ismail menjelaskan selepas menyemak buku manual berhubung denda kerana menggunakan pemain tidak sah, mereka tidak menemui sebarang peraturan seperti disiarkan atau itu berlaku mungkin kerana tersilap maklumat.

Info Liga Super 2012 : Kelantan atasi T.Team 2-1 di Kuala Terengganu

Kelantan akhirnya berjaya menundukkan T.Team 2-1 hasil jaringan S.Chanturu dan pemain import yang baru didaftarkan kembali untuk Liga Super Mohammed Ghaddar.

Kemasukan beliau ternyata berbaloi apabila beliau berjaya 'menghadiahkan' tiga mata penting buat Kelantan bagi merapatkan jurang mata dengan pendahulu liga Lions XII yang menang besar keatas PKNS 5-0 di Stadium Jalan Besar.

Keputusan lain :


Felda    1 - 0    Kuala Lumpur
N.Sembilan    1 - 1    Terengganu
Perak    2 - 2    Sabah
Selangor    2 - 0    Johor FC
Sarawak    0 - 2    Kedah
Lions xii   5 - 0

16 Apr 2012

Mengapa slot Masa Tambahan Astro Arena tak siar sedutan perlawanan Kelantan?

Tertarik dengan komen rakan-rakan penyokong bolasepak The Red Warriors mengenai Slot Masa Tambahan Bolasepak yang disiarkan oleh pihak Astro yang tidak menyiarkan sedutan perlawanan yang melibatkan pasukan Kelantan menentang T.Team.

Rancangan tersebut disiarkan secara langsung disaluran Astro Arena 801 pada jam 1.30 tengahari semalam.Kecewa kerana ingin melihat sedutan perlawanan serta gol menarik yang dijaringkan oleh Nurul Azwan tidak disiarkan oleh pihak Astro walaupun sudah menontonnya melalui berita nasional RTM1 pada 12.30 pagi ahad lalu.

15 Apr 2012

Syiling 10 sen untuk FAM dari penyokong Kelantan

Kelab penyokong bolasepak Kelantan malam tadi melancarkan kutipan derma untuk membayar kos kos perbelanjaan Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru-baru ini yang berjumlah RM 2124.00.

Dalam kempen itu ternyata sokongan penyokong-penyokong TRW dalam isu melibatkan Annuar mendapat sambutan hangat apabila kutipan berjaya diperolehi sebanyak RM 2734.00(menurut portal rasmi KAFA).Wan selebihnya akan didermakan kepada madrasah disebelah stadium Sultan Muhammad ke-IV.

The Red Warriors sekadar seri dengan T.Team

Keputusan Penuh : 

Kelantan 1 - 1 T.Team 
 
The Red Warriors sekadar seri 1-1 dengan T.Team dalam aksi penutup pusingan pertama Liga Super 2012.TRW gagal memanfaatkan peluang ekoran kekalahan mengejut Lions xii kepada PKNS.Percaturan Bojan Hodak yang masih menggunakan khidmat Rizal Fahmi yang bermain diposisi 'Defensive Midfielder' mengantikan Shakir yang direhatkan ternyata mengundang padah apabila Kelantan Seolah-olah bermain '10 orang' apabila beliau gagal berfungsi dengan baik.

14 Apr 2012

Annuar: FAM perlu keluar sindrom penafian

Tan Sri Annuar Musa, yang kini digantung selama 30 bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),  menganggap sikap memandang remeh ranking Harimau Malaya hanya menggambarkan sikap tidak mengambil peduli badan induk itu berhubung kedudukan skuad kebangsaan di peringkat global.

Malah menurut Timbalan Presiden FAM ini, sikap sedemikian juga menunjukkan badan induk itu cuba menutup kelemahannya sendiri.

Mampukah TRW kejar LIONS XII?

Hari ini adalah 'penutup' pusingan pertama Liga Super bagi pasukan Kelantan.Kelantan kini menghuni tangga kedua liga setelah 'dipintas' pasukan pendatang LIONS XII.

LIONS XII yang bermain cemerlang dalam lapan perlawanan sebelum ini belum lagi mampu dikalahkan oleh mana-mana pasukan kecuali pasukan Kelantan dan Terengganu.

FAM perlu diajar!!!

Kami penyokong menyokong TRW menyokong penuh hasrat Tan Sri Annuar Musa untuk mengambil tindakan undang-undang ekoran keputusan zalim dari FAM baru-baru ini.

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh TSAM mengenai perkara ini...

Saya telah melantik FIRMA GUAMAN JESWANT & KAMARUDDIN untuk menasihati dan mendalami kes saya serta mengambil apa apa langkah yg perlu dan sesuai disisi undang2..PERLU DIKETAHUI PEGUAM KAMARUDIN (BEKAS PEMAIN KELANTAN DAN MSIA)ADALAH BEKAS PENGERUSI JK TATATERTIB FAM DAN BELIAU TERLIBAT SECARA LANGSUNG MENGGUBAL STATUT FAM..BELIAU MASA INI AHLI JK RAYUAN AFC DAN JUGA BERKHIDMAT KPD FIFA..BELIAU ADALAH ANTARA TOKOH GUAMAN PALING BEROTORITI DLM PERATURAN BERKAITAN BOLASEPAK..SAYA AKAN TELITI DARI SEMUA SUDUT AGAR KEMELUT INI MEMBAWA KEBAIKAN KEARAH TRANSFORMASI PENTADBIRAN BOLASEPAK NEGARA....

Nampaknya TSAM sedang memalu gendang untuk menyahut cabaran dari FAM dengan mengutarakan tokoh hebat seperti Kamaruddin.Mungkin selepas ini FAM perlu memikirkan semula hukuman yang dikenakan keatas beliau.

Nasib malang buat Skuad Junior TRW

Nasib malang menimpa skuad Piala Presiden Kelantan apabila menerima berita mendukacitakan apabila di potong 14 mata kerana menurunkan pemain yang tidak sah.

Setelah sekian lama Skuad Piala Presiden mengharungi perlawanan,berita yang diterima cukup menyentap semangat anak-anak buah Hashim Mustafa ini.

Apa tidaknya,mereka dikatakan bersalah setelah menurunkan pemain dari Liga Super iaitu penjaga gol ketiga Kelantan yang didaftarkan untuk liga super musim ini.Tujuh perlawanan yang diharungi selama ini dengan keputusan empat kemenangan dan tiga kali seri sia-sia sahaja ekoran keputusan terbaru FAM ini.

Adakah disebabkan FAM sekarang 'berdendam' dengan Tan Sri Annuar Musa menyebabkan segala kesalahan atau kesilapan yang melibatkan Kelantan dicari sehingga ke lubang cacing.Kenapa baru sekarang pihak tertentu meneliti perkara ini.

Andai inilah fenomenanya Kelantan perlu bersedia untuk berhadapan dengan apa jua tindakan dari FAM.Pasukan Kelantan perlu berhati-hati dari semua aspek andai tidak mahu dihukum oleh FAM terutamnnya dari segi pemilihan pemain import dan sebagainya.

10 Apr 2012

Info AFC Cup 2012 : Keputusan Arema vs Kelantan

Dua gol hari ini

Keputusan Penuh :

Arema FC 1 - 3 Kelantan

Keputusan terkini Arema FC vs Kelantan masih lagi terikat 1-1,rakan-rakan boleh mengikuti keputusan perlawanan ini melalui livescore.Separuh masa pertama telah tamat.

Kelantan berjaya mengalahkan Arema Fc 3-1,dua gol hasil jaringan Ghaddar dan satu gol lagi dijaringkan oleh Zamri Ramli.

7 PENYELEWENGAN FAM MULA TERSEBAR!!!!!

#1 Penyelewengan Pertama :

Jawatankuasa pasukan kebangsaan hanya bermesyuarat sekali sahaja. Dalam mesyuarat ini diutuskan bahawa setiap pasukan mempunyai timbalan, TS Annuar dilantik timbalan pasukan Senior. Selepas mesyuarat ini tiada lagi mesyuarat diadakan untuk bincang pasukan kebangsaan. Perlawanan persahabatan tidak dapat diatur, FIFA keluarkan jadual selama 4 tahun tetapi pasukan kebangsaan hanya setahun, itupun belum tentang ada pihak yg hendak berlawan memandangkan jadual FIFA 4 tahun?

AFC Cup 2012 : Arema FC vs Kelantan FA

Venue : Stadium Gajayana,Malang,Indonesia
Tarikh :10.04.2012
Masa : 1600(waktu malaysia)

Live Streaming : RCTI
 

9 Apr 2012

Perang terhadap FAM bermula

Hari ini terpampang didada akhbar mengenai Artikel 88 yang dianggap kejam.Kenyataan Tan Sri Annuar Musa yang mengulas mengenai perkara tersebut jelas telah memulakan 'perang psikologi' terhadap FAM dan FAM perlu bersedia untuk menghadapi serangan-serangan dari beliau.

8 Apr 2012

Penyokong Sarawak serang Polis FRU



SEORANG anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa dikejarkan ke hospital akibat parah dibelasah dua orang penyokong fanatik pasukan bola sepak Sarawak di Stadium Negeri, Kuching, malam tadi.

7 Apr 2012

Tengku Abdullah tawar diri jadi orang tengah

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Ma laysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menawarkan diri untuk menjadi orang tengah demi ‘menjernihkan’ suasana bola sepak negara ekoran penggantungan seorang lagi Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa selama dua tahun setengah pada 4 April lalu.

Info : Keputusan Liga Super 2012 P12

Kelantan sekadar seri 1-1 dengan Sarawak,FArhan sekali lagi menjadi penyelamat apabila gol penyamaaannya pada minit ke 85 perlawanan memastikan Kelantan pulang dengan satu mata.Terengganu pula dibelasah Selangor 6-1 manakal LIONS XII makin gah terajui takhta.

Keputusan Penuh :

T.Team 1 - 4 PKNS Sel.
Sarawak 1 - 1 Kelantan
Felda 2 - 0 Kedah
Johor FC 0 - 1 LIONS XII
N.9 2 - 2 Sabah
Perak 2 - 1 K.Lumpur
Selangor 6 - 1 Terengganu

*Perlawanan Kelantan dan Sarawak telah tamat

5 Apr 2012

Luahan penyokong Malaysia

Komen ini diambil dari akhbar online Berita Harian :

Bukan untuk menidakkan atau durhaka terhadap kebawah duli tuanku, tapi ini adalah realiti, dari zaman penggantungan Allahyarham datuk basri akil hingga ke nafas terakhir beliau, perkara sama tetap berlaku, seluruh rakyat malaysia sudah jelik akan perkara ini, dan ada yg sudah tidak memperdulikan bolasepak negara, adakah bolasepak kita punyai mertababat?


Malam Ghaddar

KETUA Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak menyifatkan kemenangan 3-0 Kelantan ke atas pasukan Indonesia, Arema FC pada perlawanan ketiga peringkat kumpulan H Piala AFC malam ini sebagai hadiah bermakna buat Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa.

Bojan berkata, kemelut yang melanda Annuar ternyata memberi suntikan semangat kepada anak buahnya ketika menghadapi pasukan lawan walaupun bermain tanpa beberapa tonggak utama pasukan Kelantan.

Komen Tan Sri Annuar Musa serta rakan-rakan facebook

Kepada kawan kawan yg tadi berada da FAM berjemur dan berpanas TIADA KATA NAK SAYA UCAPKAN..TAK TAU BAGAIMANA NAK MEMBALASNYA..MAAF TERPAKSA BERGEGAS KEAIRPORT...saya akan fikirkan cara terbaik memperjuangkan aspirasi peminat bola msia..KITA BERSABAR DAN BERTENANG DULU..hari ini bukan yg terakhir buat kita MALAH IA HANYA PERMULAAN..INSYAALLAH

Racing Spirit Hok kawe tok pehey nyor..bakpo pah ko Klate keno jgok pdhal TSAM komen psal bola Msia.? Kalu stakat keno pecat jwtae Tim. Presiden FAM kito pehey lar tp pah ko jawatae dale KAFA pn keno gantung jugok pasal apo.??? Bengong kelu gapo tindokae bodor ginie.?? Maroh nyamuk kelambu nga katil skali nyor bakar..biarnyo tido atah latar..

Gembira dalam tangis

Itulah luahan kata-kata yang dapat diungkapkan setelah keputusan 'perbicaraan' yang melibatkan Tan Sri Annuar Musa.Dibicarakan oleh FAM gara-gara mengeluarkan kenyataan kepada media kerana mempertikaikan corak kendalian ketua jurulatih Malaysia yang suka membuat 'ekperimen' terhadap skuad bimbingannya dan meragui keupayaan Skuad kebangsaan untuk mempertahankan Piala AFF yang dimenangi tahun lepas.

4 Apr 2012

info afc cup 2012 : kelantan vs arema fc

Keputusan Penuh :

Kelantan 3 - 0 Arema Fc

Ghaddar membuktikan diri beliau yang sebenar apabila melakukan hatrik.Tiga gol beliau cukup untuk menutup mulut pengkritik beliau sebelum ini.Tahniah buat Kelantan dan terima kasih Ghaddar...We Love U...
Gambar dari rakan facebook

Kesebelasan Utama TRW :

Shahrizan(GK), S.Subramaniam, Obinna, Rizal Fahmi, Daudsu(Shahrul Azim),Badri(KP), Shakir,S.Chanturu, Antwi, M.Ghaddar(Izuan),Nurul Azwan(Indra Putra),

info afc cup 2012

Sekitar perbicaraan TSAM di wisma FAM

Gambar ni ambo ambil dari facebook rakan-rakan dilaporkan keadaan terkawal.

AFC CUP 2012 : Kelantan vs Arema

Venue : Stadium Sultan Muhammad ke -IV
Hari : Rabu
Tarikh : 4 April 2012
Masa : 8.45 mlm

Live : RTM1

*Daripada sumber-sumber tak rasmi,pihak RTM akan mengadakan siaran tertunda bagi perlawanan ini.Belum disahkan,kita harap akan ada siaran langsung untuk perlawanan penting ini