5 Apr 2012

Luahan penyokong Malaysia

Komen ini diambil dari akhbar online Berita Harian :

Bukan untuk menidakkan atau durhaka terhadap kebawah duli tuanku, tapi ini adalah realiti, dari zaman penggantungan Allahyarham datuk basri akil hingga ke nafas terakhir beliau, perkara sama tetap berlaku, seluruh rakyat malaysia sudah jelik akan perkara ini, dan ada yg sudah tidak memperdulikan bolasepak negara, adakah bolasepak kita punyai mertababat?


ada sesetengahnya mengatakan tidak, kenapa? sebabnya bolasepak kita tidak segah sewaktu dahulu, mana dia selangor? perak? kedah? ataupun perlis? kegentalan sarawak, corak kepantasan sabah? corak perancang johor? tiada lg melainkan kenangan, sehingga ada pasukan negeri hilang taraf dan terpaksa bermain untuk liga FAM, apakah FAM masih berbangga? program pembangunan sudah bermula dari peringkat bawahan yg disokong penuh kerajaan, tetapi berapakah yg layak serta mampu FAM pandang?

bagaimanapula pandangan negara luar terhadap malaysia? apakah FAM sudah merasa selesa atas kejayaan berganda pingat emas sukan sea? ataupun FAM sudah bersedia mempertahan kejuaraan suzuki cup? yg pasti kali ini pasukan yg menyertai akan sedaya upaya memalukan pasukan negara, itu sememangnya pasti, meraka akan buktikan bahawa meraka lebih tggi taraf berbanding negara kita, lihat saja thailand, ada pasukan kelab mereka setaraf pasukan di eropah, punyai infrasruktur latihan lengkap serta stadium sendiri, 

sedangkan FAM sendiri pun terpaksa menyewa stadium utk menagnjurkan kejohanan, apakah FAM kekurangan dana? buat apa jika wang setinngi gunung jika merasai kejayaan yg begitu singkat, rasanya FAM lebih kaya berbanding persatuan bolasepak negara2 afrika? contohnya zambia, walaupun meraka tak layak utk ke piala dunia, mereka tetap juara afrika,

mamapukah FAM lakukan sebegini? sebenarnya tidak, jika ya negara kita dah setaraf pasukan elit asia, FAM hanya tahu menghukum, menamatkan kerier seseorang yg terbukti berjaya, yg lebih teruk lagi FAM hanya tahu bercakap berbanding hasil serta pulangan, apakah bolasepak negara kepunyaan FAM amnya? kita rakyat malaysia yg berkongsi saat pahit serta manis, mungkin peraturan2 FAM patut diubah, agar dilihat tidak kelihatan berat sebelah. 


Apakah dosa yg dibuat Tan Sri Annuar Musa sehinggakan dijatukan hukuman tanpa boleh membela diri? sedangkan FIFA sendiri membenarkan pembelaan dibuat sebelum kesalahan dapat dibuktikan. Ataupun ini satu konspirasi bg menutup keselahan FAM sendiri? kita tidak tahu hanya mereka di dalam FAM yg mengetahui. 

mungkin suatu hari FAM akan punyai kepimpinan seperti Tan Sri Annuar Musa, yg mampu memertabatkan kembali bolasepak kita, tetapi entah bila kita akan merasai,ketika ini bukan hendak menidakkan kuasa kebawah duli tuanku, tetapi terlalu banyak kegagalan serta kelemahan yg meragui rakyat yg cintakan bolasepak, mungkin pengurusan bawahan perlu dirombak, wujudkan gabungan idea antara tuaku serta tan sri, 

insyaallah sedikit cahaya akan kelihatan dalam kemajuan bolasepak kita, usahlah mencari salah lg? bersama bangunkan bolasepak kita, agar nama negara kan tercatat dlm kalender piala dunia.

Sumber : komen peminat 

1 ulasan:

Gukita berkata...

Zip Mulut.. FAM seolah-oleh mempunyai martabat seorang Raja Melayu yang tidak boleh dikritik sedangkan realitinya ianya hanyalah sebuah Persatuan Sukan walaupun presidennya seorang Sultan..