22 Apr 2012

Terengganu dan Kelantan berhadapan tugas berat untuk separuh akhir kedua Piala FA

Dua pasukan gergasi Pantai Timur, Terengganu dan Kelantan menggalas tugas berat untuk melangkah ke final Piala FA apabila gagal memiliki kelebihan gol selepas saingan separuh akhir pertama Sabtu malam.

Terengganu, bekas juara pada 2000 dan 2011, dikejutkan di gelanggang sendiri apabila kalah 1-2 kepada pasukan kelab Sime Darby FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.



Kelantan pula gagal mengambil kelebihan bermain di gelanggang sendiri apabila hanya mampu terikat 1-1 dengan Kedah di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu.

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V dan Tunku Laksamana Kedah, Datuk Seri Diraja Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah turut berkenan mencemar duli untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

Pada perlawanan timbal balik separuh akhir pada 1 Mei ini, Kelantan akan bertandang ke Stadium Darul Aman di Alor Setar manakala Terengganu pula ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

-- BERNAMA

Tiada ulasan: