Nasib malang menimpa skuad Piala Presiden Kelantan apabila menerima berita mendukacitakan apabila di potong 14 mata kerana menurunkan pemain yang tidak sah.
Setelah sekian lama Skuad Piala Presiden mengharungi perlawanan,berita yang diterima cukup menyentap semangat anak-anak buah Hashim Mustafa ini.
Apa tidaknya,mereka dikatakan bersalah setelah menurunkan pemain dari Liga Super iaitu penjaga gol ketiga Kelantan yang didaftarkan untuk liga super musim ini.Tujuh perlawanan yang diharungi selama ini dengan keputusan empat kemenangan dan tiga kali seri sia-sia sahaja ekoran keputusan terbaru FAM ini.
Adakah disebabkan FAM sekarang 'berdendam' dengan Tan Sri Annuar Musa menyebabkan segala kesalahan atau kesilapan yang melibatkan Kelantan dicari sehingga ke lubang cacing.Kenapa baru sekarang pihak tertentu meneliti perkara ini.
Andai inilah fenomenanya Kelantan perlu bersedia untuk berhadapan dengan apa jua tindakan dari FAM.Pasukan Kelantan perlu berhati-hati dari semua aspek andai tidak mahu dihukum oleh FAM terutamnnya dari segi pemilihan pemain import dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan