Gergasi Liga Perdana Inggeris sekali lagi akan bertandang ke Malaysia pada 24 julai dalam siri jelajah Asia.Kali ini bukan Manchester United atau Liverpool tetapi kelab yang sedang meningkat naik dan sedang bersaing dengan Manchester United bagi merebut kejuaraa Liga Perdana Inggeris(EPL) iaitu Manchester City.
Kedatangan kelab tersebut dianggap tidak tepat pada masanya kerana ketika itu umat islam sedang berpuasa dalam konteks Malaysia sebuah negara yang majoritinya beragama islam.Rajagopal yang ditanya wartawan tentang faedah perlawanan ini menjawab : “Daripada kita tiada perlawanan pada bulan Ramadan, saya kira ini
kesempatan terbaik untuk pemain belajar satu dua perkara daripada pemain
bertaraf dunia. Kita kena berfikiran positif.”