5 Apr 2012

Gembira dalam tangis

Itulah luahan kata-kata yang dapat diungkapkan setelah keputusan 'perbicaraan' yang melibatkan Tan Sri Annuar Musa.Dibicarakan oleh FAM gara-gara mengeluarkan kenyataan kepada media kerana mempertikaikan corak kendalian ketua jurulatih Malaysia yang suka membuat 'ekperimen' terhadap skuad bimbingannya dan meragui keupayaan Skuad kebangsaan untuk mempertahankan Piala AFF yang dimenangi tahun lepas.
Walaupun Kelantan menang keatas Arema FC dalam saingan Piala AFC malam tadi rata-rata penyokong Kelantan bermuram durjana atas tindakan FAM tersebut.
Bapa pemangunan bolasepak Kelantan

Presiden KAFA merangkap Timbalan FAM itu digantung 2 tahun 6 bulan dan seterusnya 'menamatkan' karier beliau dalam FAM yang akan tamat tempohnya pada 2014 ini.Memang benar telahan penyokong-penyokong TRW bahawa ada seolah-olah konspirasi untuk menjatuhkan beliau.

Annuar yang mengulas lanjut tentang keputusan tersebut di perkarangan Wisma FAM mengatakan FAM hanya boleh dikritik dengan menulis kepada jawatankuasa kongres yang hanya akan bersidang dua atau tiga kali setahun sahaja.Hanya Presiden dan Setiausaha sahaja yang berhak membuat kenyataan media,Adilkah undang-undang ini diwujudkan?

Selagi pengurusan FAM tidak diubah selagi itulah kita tidak akan dapat melihat bolasepak kita maju kedepan.Hasrat untuk menyaingi pasukan seperti Korea atau Jepun hanya tinggal angan-angan Mat Jenin sahaja.Lupakan Piala Dunia andai ini sahaja yang kita ada...

Tiada ulasan: