KETUA Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak menyifatkan kemenangan 3-0 Kelantan ke atas pasukan Indonesia, Arema FC pada perlawanan ketiga peringkat kumpulan H Piala AFC malam ini sebagai hadiah bermakna buat Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa.
Bojan berkata, kemelut yang melanda Annuar ternyata memberi suntikan semangat kepada anak buahnya ketika menghadapi pasukan lawan walaupun bermain tanpa beberapa tonggak utama pasukan Kelantan.
"Kita bermain lebih baik pada malam ini... bagaimanapun, saya tak menjangka kita menang dengan jumlah gol yang banyak," katanya pada sidang media selepas perlawanan tersebut di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, di sini, malam ini.
Laporan Bernama menyebut bahawa pada perlawanan tersebut, penyerang import Kelantan dari Lubnan, Mohamad Ghaddar mencatat hatrik menyumbat semua gol buat The Red Warriors.
Annuar yang juga Timbalan Presiden FAM, hari ini digantung 30 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak di peringkat nasional dan negeri oleh Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Arema FC, Dejan Antonic, akur dengan kekalahan pasukannya itu dan berjanji akan memberi saingan yang lebih hebat pada perlawanan timbal balik di Surabaya, Indonesia pada 10 April ini.
Dalam pada itu, wartawan Sinar Harian MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD melaporkan jaringan hatrik Mohammad memastikan Kelantan melakarkan kemenangan pertama pada Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia setelah menewaskan Arema FC 3-0.
Memanfaatkan peluang beraksi di halaman sendiri buat pertama kali, The Red Warriors seharusnya berterima kasih kepada penyerang import dari Lubnan itu yang bukan sahaja mencipta hatrik malah berjaya menamatkan penantian sejak dua bulan lalu dengan menjaringkan gol padang dalam perlawanan malam tadi.
Seawal minit keempat perlawanan Kelantan hampir mendahului namun hantaran lintang S Chanturu gagal disambar Mohammad Ghaddar dan Dennis Antwi di depan pintu gol Arema FC.
Sepuluh minit kemudian, Ketua Pasukan, Mohd Badhri Radzi mencetuskan gerakan menarik bersama Mohammad Ghaddar di depan pintu gol lawan namun Chanturu memilih untuk merembat terus ke dakapan penjaga gol, Deniss Romanovs.
Pasukan pelawat yang dilihat gagal menyerap asakan awal pemain Kelantan kembali melancarkan serangan menerusi rembatan jarak jauh Abdul Mushafry Talaohu yang menyaksikan bola terus ke dakapan penjaga gol, Mohd Shahrizan Ismail pada m-20 perlawanan.
Seminit kemudian giliran Kelantan kembali membalas serangan namun Chanturu mensia-siakan ‘dummy’ yang dilakukan Mohammad Ghaddar apabila melepaskan rembatan liar ke sebelah kanan pintu gol Arema FC.
Begitupun Mohammad Ghaddar menamatkan keresahan hampir 9,000 penyokong setia The Red Warriors apabila menjaringkan gol pertama tiga minit kemudian. Berpunca gerakan solonya yang memperdayakan dua pemain pertahanan lawan, Mohammad Ghaddar merembat kencang untuk menewaskan Romanovs di pintu golnya.
Ketinggalan satu gol memaksa pasukan pelawat bangkit menyusun serangan dan satu-satunya peluang terbaik hadir pada m-38 perlawanan apabila Roman Chmelo melakukan hantaran mengelirukan di depan pintu gol Kelantan namun rembatan Putut Waringin Jati diselamatkan Mohd
Shahrizan.
Seminit babak kedua bersambung, Arema FC kembali memberikan saingan namun kempunan untuk menyamakan kedudukan apabila percubaan Chmelo di dalam kotak penalti terkena tiang gol kanan Kelantan.
Mohammad Ghaddar terus membuktikan sentuhannya masih belum berkarat apabila menjaringkan gol kedua seminit selepas itu. Berpunca sepakan penjuru Mohd Badhri, Mohammad Ghaddar pantas menanduk masuk untuk menewaskan Romanovs buat kali kedua.
Seakan berpuas hati dengan kelebihan dua gol itu, barisan pemain Bojan Hodak dilihat mula mengendurkan corak permainan dan situasi tersebut dipergunakan sebaiknya oleh pemain Arema FC dengan melancarkan serangan ke pintu gol Kelantan.
Hasilnya mereka mempunyai dua peluang terbaik untuk merapatkan jurang pada m-56 namun rembatan Abdul Mushafry sedikit melewati pintu gol sementara percubaan pemain gantian, Ahmad Amiruddin yang melepasi kekangan Mohd Daudsu Jamaluddin pada m-64 perlawanan terus ke dakapan
Mohd Shahrizan.
Tidak terhenti di situ asakan pemain Arema FC apabila Abdul Mushafry sekali lagi mempunyai peluang untuk memecahkan kebuntuan dua minit kemudian namun rembatan kencangnya pula tersasar di sebelah kiri pintu ol Kelantan.
Enggan membenarkan Arema FC terus menguasai perlawanan, Kelantan kembali melancarkan serangan namun tindakan Mohammad Ghaddar yang terlalu lama menyimpan bola pada m-70 perlawanan memaksa beliau menggigit jari apabila rembatannya dikeluarkan pemain pertahanan Arema FC meski pun berjaya menewaskan Romanovs sbelum itu.

Malah simulasi Mohammad Ghaddar yang mendakwa dijatuhkan oleh pemain pertahanan lawan di dalam kotak penalti dua minit kemudian turut mengundang padah apabila beliau dilayangkan kad kuning oleh pengadil dalam perlawanan malam tadi.
Pemain gantian, Indra Putra Mahayuddin turut terlepas peluang menambahkan jaringan untuk Kelantan apabila rembatannya pada m-82 perlawanan hasil tolakan ke ke belakang Mohammad Ghaddar terus ke dakapan Romanovs.
Hasrat Arema FC untuk sekurang-kurangnya mendapatkan gol saguhati terus gagal apabila sepakan percuma Herman Rhomansyah yang ditanduk cantik Andrew Nikolas Barisic terkena palang gol pada m-88 perlawanan.

Seminit kemudian, Mohammad Ghaddar memastikan nama beliau terpahat selaku penjaring hatrik apabila bijak menyempurnakan hantaran Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim dengan merembat masuk menewaskan Romanovs untuk gol ketiga Kelantan dalam perlawanan malam tadi.
sumber : Sinar Harian
1 ulasan:
ghaddar telah pon menemui sentuhannya. masukkan balik ghaddar dalam liga super
Catat Ulasan