18 Apr 2012

'Kelantan keliru'

KAFA mungkin buat rayuan kepada FAM minta penjelasan
 
SEPERTI tidak puas hati dan mula meragui kesahihan hukuman awal, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mungkin akan membuat langkah berikut membuat rayuan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meminta penjelasan kenapa 14 mata dipotong daripada skuad Piala Presiden. 

Semalam, Naib Presidennya, Rosmadi Ismail menjelaskan selepas menyemak buku manual berhubung denda kerana menggunakan pemain tidak sah, mereka tidak menemui sebarang peraturan seperti disiarkan atau itu berlaku mungkin kerana tersilap maklumat.


KAFA tetap terima keputusan dibuat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT). - Rosmadi Ismail, Naib Presiden KAFA
 
KAFA tetap terima keputusan dibuat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) tapi selepas menyemak buku manual berkenaan kami terdorong untuk mendapatkan lebih penjelasan.

“Selepas bermesyuarat dan melihat manual undang-undang pertandingan diberi kami sepakat menghantar rayuan,” katanya.
Sumber : Berita Harian

p/s : Bait-bait yang di 'bold' diatas nadanya semacam ajer...

Tiada ulasan: