26 Apr 2012

Rasional Manchester City ke Malaysia pada bulan Ramadhan

Gergasi Liga Perdana Inggeris sekali lagi akan bertandang ke Malaysia pada 24 julai dalam siri jelajah  Asia.Kali ini bukan Manchester United atau Liverpool tetapi kelab yang sedang meningkat naik dan sedang bersaing dengan Manchester United bagi merebut kejuaraa Liga Perdana Inggeris(EPL) iaitu Manchester City.

Kedatangan kelab tersebut dianggap tidak tepat pada masanya kerana ketika itu umat islam sedang berpuasa dalam konteks Malaysia sebuah negara yang majoritinya beragama islam.Rajagopal yang ditanya wartawan tentang faedah perlawanan ini menjawab : “Daripada kita tiada perlawanan pada bulan Ramadan, saya kira ini kesempatan terbaik untuk pemain belajar satu dua perkara daripada pemain bertaraf dunia. Kita kena berfikiran positif.” 

Rajagopal juga menolak cadangan untuk menggunakan pemain-pemain import yang menonjol dalam liga Malaysia seperti Francis Forkey Doe (Terengganu), Mohammad Ghaddar (Kelantan), Effa Owona (Negeri Sembilan), Patrick Ronaldinho Wleh (Sime Darby) ataupun dua import Selangor, Bosko Balaban dan Ramez Dayoub.
Gambar dari Kosmo

Adakah Rajagopal sudah berpuashati dengan kudrat yang dimiliki oleh pemain-pemain tempatan yang ada?Adakah Rajagopal ingin membuktikan bahawa skuad yang dimiliki beliau mampu menangani cabaran MC walaupun kelab tersebut menurunkan pemain-pemain simpanan.

Bukan hendak memperkecilkan kemampuan pemain tetapi kita perlu juga mengambil pemain-pemain luar seperti yang dilakukan oleh negara jiran Singapura dan Indonesia.Kemasukan import dalam skuad kebangsaan dapat 'mengimbangi' sedikit perlawanan yang pasti akan berat sebelah.

Keputusan terletak pada jurulatih serta FAM kerana segala keputusan terletak ditangan mereka tanpa boleh digangu gugat oleh mana-mana pihak.Rasionalnya kedatangan MC ke Malaysia hanya sekadar perlawanan 'tumpang glamor' dan tidak memberikan input yang besar kepada pasukan kebangsaan.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rajagobal ni bukan kah dia org kafir mana dia reti tentang puasa ni semua,saya harap Datuk Fendi tdk terlibat dalam mengurus perlawanan ini....

Tanpa Nama berkata...

Pasukan malaysia tengah hanyut. Tiada matlamat lerana tengah cari player lagi. Ragagopal tak tahunak pilih kerana ramai sangat player yg hebat dalam liga malaysia. Dia alan jumpa player nanti bila semua player sakit masuk hospital cuma 11 player yg selamat tu lah player terbail malaysia. Nak tunggu sampai jadimacam tak tahu bila boleh dapat kesebelasam utama. Rajagopal ooo ragagopal kalau kalahdgn sri lanka kalau tak resign juga tak tahulah ..... Muka tebal agaknya