7 Apr 2012

Tengku Abdullah tawar diri jadi orang tengah

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Ma laysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menawarkan diri untuk menjadi orang tengah demi ‘menjernihkan’ suasana bola sepak negara ekoran penggantungan seorang lagi Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa selama dua tahun setengah pada 4 April lalu.

Dalam reaksi pertamanya terhadap penggantungan Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Ke lantan (KAFA) itu, Tengku Abdullah turut meluahkan rasa kesal baginda atas apa yang berlaku.

Baginda turut melahirkan rasa simpati terhadap Annuar yang digantung tugasnya sebagai Timbalan Presiden FAM dan Presiden KAFA. 

Namun apa yang membimbangkan baginda, penggantungan Annuar, yang didapati bersalah kerana membuat kenyataan media tanpa izin yang melanggar arahan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif 4 Februari lalu, mungkin mewujudkan keretakan dalam FAM.

“Dengan itu saya menawarkan diri saya sebagai pengantara untuk menamatkan kebuntuan ini dan membaiki apa-apa keretakan yang mungkin wujud disebabkan oleh insiden malang ini.

“Kita mesti akui dan menghargai sumbangan - sumbangan dan usaha-usaha yang diberikan oleh Annuar untuk membangunkan sukan bola sepak di Malaysia khususnya bola sepak di Kelantan,” kata ba ginda dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Tambah Tengku Abdullah, semua pihak juga perlu mengkaji adakah hukuman tersebut akan merosakkan kerja-kerja baik yang di lakukan oleh Annuar. - UTUSAN

p/s : Tengku Abdullah mungkin sudah nampak kesan pengantungan Annuar kerana 'Gelombang Annuar' sedang melanda bolasepak negara.FAM boleh membuat pusingan UTurn andai tidak mahu diperlekehkan oleh peminat-peminat bolasepak Malaysia.

Tiada ulasan: