9 Apr 2012

Perang terhadap FAM bermula

Hari ini terpampang didada akhbar mengenai Artikel 88 yang dianggap kejam.Kenyataan Tan Sri Annuar Musa yang mengulas mengenai perkara tersebut jelas telah memulakan 'perang psikologi' terhadap FAM dan FAM perlu bersedia untuk menghadapi serangan-serangan dari beliau.


Lembaran baru ini bakal mencetuskan tsunami kepada pegawai-pegawai FAM yang dilihat agak 'selesa' sebelum ini mungkin akan merasa terancam kerana umum bakal mengetahui segala gerak kerja yang dilakukan oleh mereka sebelum ini.

Pegawai-pegawai FAM yang dilihat sebelum ini lebih 'rileks' perlu bekerja keras untuk menyahut cabaran dari Annuar yang mahukan perubahan dalam bolasepak negara.Oleh itu Tengku Abdullah semalam ingin menjadi 'orang tengah' dalam isu ini namun hari ini ianya disanggah oleh Presiden FAM.

Berikut adalah sebahagian kata-kata Tan Sri Annuar Musa dalam isu pengantungan beliau yang disiarkan akhbar perdana hari ini...TAN Sri Annuar Musa menyifatkan Artikel 88 Statut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) edisi 2010-2014 yang menidakkan hak ahli FAM mengeluarkan kenyataan membabitkan bola sepak Malaysia adalah sama seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kenyataan penuh TSAM boleh dilihat melalui rungan sukan berita harian hari ini

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Azzudin...demo ada buat kenyataan minta TSAM bayar kos perbicaraan 404 baru2 ini, tapi bila diminta ulasan dari Presiden dia mengatakan TSAM "MENGARUT" siapa yang mengarut ni tuan SU agung,???? kamu ke dia.. betullah cerdik tak leh ikut bodoh tak leh ajar

Tanpa Nama berkata...

buang2 la aizuddin tu..palo pengat di FAM...

sunny berkata...

Presiden FAM memang keras kepala. Dia saja yang betul. Tidak boleh dibawa berunding. Sikapnya terserlah apabila tidak bersetuju dengan cadangan anaknya sendiri

Tanpa Nama berkata...

xmaju doh bola sepak kito klu FAM xdibubar semula..