21 Apr 2012

Persada Liga dari RTM padat dan menarik

Petang ini berkesempatan menonton rancangan persada liga yang disiarkan secara langsung oleh RTM1.Di hoskan oleh pengacara muda Izwan yang menampilkan latar belakang penyokong-penyokong Kelantan dan Kedah.

Menariknya rancangan ini memberikan info-info tentang perjalanan liga dan hari ini rancangan tersebut mengupas tentang perjalanan pasukan Kelantan dan Kedah dalam saingan Piala FA musim ini dari pusingan pertama sehingga ke suku akhir lalu.


Hari in juga rakan penulis yang dikenali oleh 'Abe Ya' diminta berkongsi maklumat tentang pasukan.Penulis yang mengenali 'Abe Ya' ketika bersama-sama aktif dalam kelate.net seketika dahulu terkejut kerana beliau mempunyai nama samaran lain selain nama panggilanya sekarang.Abe Ya memaklumkan Norshahrul bakal disisihkan ekoran kecederaan beliau dan mungkin menjadi 'senjata rahsia' Bojan Hodak di Alor Star nanti.

Tahniah buat RTM kerana berjaya menerbitkan rancangan ini yang membuat kupasan-kupasan menarik tentang perlawanan malam ini.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jolo sngoti ada game di kelate.kawe tengok goni jah (persada liga)nak confirm mano game ader

nik

kelatefc the red warriors berkata...

yolo tu...

Tanpa Nama berkata...

pukul bp?