22 Apr 2012

Tan Sri Annuar sponsor penyokong ke Kedah

Tan Sri Annuar Musa dalam facebooknya dilaporkan akan menaja bas untuk Ultras Kelate,Kelab Penyokong Kelantan serta Kelab penyokong Kelantan yang berada di Lembah Klang.Penajaan bas ini bagi menaikkan kembali semangat penyokong-penyokong yang sedikit pudar ekoran kegagalan menumpaskan Kedah dalam saingan separuh akhir pertama di Kota Bharu semalam.

Kegagalan Kelantan melakar kemenangan semalam juga menerbitkan seribu persoalan diminda penyokong yang mendakwa Kelantan 'sengaja' tidak mahu memenangi perlawanan semalam dan ada juga 'mulut-mulut' nakal yang mengatakan Kelantan 'menjual' perlawanan.

Hakikat sebenarnya sesetengah penyokong-penyokong tidak tahu masalah sebenar pemain-pemain diatas padang ekoran taktik kotor dari kem Kedah yang menggunakan 'psikologi' bagi menangkis kehebatan pemain-pemain Kelantan.Siapa tak kenal Wan Jamak?Beliaulah arkitek utama yang merencanakan misi ini kerana tahu pasukan mereka tidak mampu menandingi Kelantan.

Apapun masih ada 90 minit lagi untuk Kelantan membuktikan bahawa semua tohmahan yang dilemparkan adalah tidak benar dan mereka berhak menang pada perlawanan timbal balik di Alor Star nanti. 

Terima Kasih kepada KAFA kerana mengadakan inisiatif ini bagi memastikan pasukan Kelantan turun ke gelanggang bukan keseorangan tetapi disokong penuh pemain kedua belas dibelakang mereka iaitu penyokong-penyokong setia The Red Warriors.

Tiada ulasan: