15 Apr 2012

The Red Warriors sekadar seri dengan T.Team

Keputusan Penuh : 

Kelantan 1 - 1 T.Team 
 
The Red Warriors sekadar seri 1-1 dengan T.Team dalam aksi penutup pusingan pertama Liga Super 2012.TRW gagal memanfaatkan peluang ekoran kekalahan mengejut Lions xii kepada PKNS.Percaturan Bojan Hodak yang masih menggunakan khidmat Rizal Fahmi yang bermain diposisi 'Defensive Midfielder' mengantikan Shakir yang direhatkan ternyata mengundang padah apabila Kelantan Seolah-olah bermain '10 orang' apabila beliau gagal berfungsi dengan baik.


Gol Kelantan dijaringkan oleh Nurul Azwan hasil tolakan cantik Norfarhan yang disudahi rembatan deras pada minit ke-42 perlawanan menyaksikan Samsuri tertewas.

Seolah-olah sudah berpuashati dengan satu gol,Kelantan memperlahankan rentak permainan pada separuh masa kedua dan  ini mebolehkan pasukan T.Team menguasai permainan.Rizal Fahmi ternyata tidak berupaya menunaikan tanggungjawab yang diberikan kerana kerap kali melakukan kesilapan serta kurang agresif untuk mendapatkan bola.

Kemasukan Norsahrul yang mengantikan Norfarhan juga gagal menterjemahkan gol buat Kelantan kerana jarang menerima umpanan dari rakan-rakan.

Kegagalan import sensasi Nwoha yang boleh mengucapkan selamat tinggal untuk liga super juga menjadi punca Kelantan gagal mencari gol tambahan.Pemain ini dikawal ketat oleh import T.Team Bojan Petric menyukarkan lagi usaha beliau untuk bergerak dan kerap kali rebah hasil asakan lawan.

Kealpaan benteng pertahanan dihukum oleh jaringan Khairul Izwan pada minit ke 74 perlawanan yang menerima hantaran cantik Zairo melepasi empat pertahanan Kelantan dan menguis mudah melepasi Shahrizan yang sudah merebahkan badan.

Kelantan sedikit bernafas apabila mengeluarkan Nwoha dan mengantikan dengan S.Chanturu serta mengeluarkan Nurul dan mengantikan dengan Zamri Ramli.Namun kemasukan mereka sudah terlambat kerana masa sudah semakin suntuk untuk Kelantan disamping pemain T.Team mencari pelbagai helah untuk memperlahankan perlawanan.

Kesilapan melakukan pertukaran dan menurunkan kesebelasan utama mungkin menjadi punca utama Kelantan gagal mengutip mata penuh malam ini.Jika ingin menang pada pertemuan di Terengganu nanti,Bojan mesti menurunkan kesebelasan utama The Red Warriors dan perlu merehatkan Rizal Fahmi walaupun pemain tersebut 'meminta' untuk bermain.

Kesebelasan Utama : 

Shahrizan(GK), S.Subramaniam, Daudsu, Obinna, Zairul Fitri, Rizal Fahmi, Badri Radzi,Indra Putra, Norfarhan(Norsahrul), Nwoha(S.Chanturu), Nurul Azwan(Zamri).

Keputusan lain : 

PKNS 1 - O Lions XII
Terengganu 1 - 0 N.Sembilan 
Sabah 1 - 3 Perak
Johor FC 1 - 1 Selangor
K.Lumpur 0 - 4 Felda
Kedah 0 - 2 Sarawak

Tiada ulasan: