30 Jul 2009

Celcom Blue Vs Digi Edisi Khas


Digi Edisi Khas

Celcom Blue

Diantara kedua-dua pakej yang ditawarkan yang mana anda rasa lebih berbaloi-baloi?

Tiga pasukan rebut RM200,000....Kelantan berputih mata

KEJAYAAN Terengganu membelasah Pulau Pinang 4-1 pada aksi Liga Super malam kelmarin telah menghidupkan peluang mereka untuk mencuri kedudukan tempat ketiga keseluruhan musim ini.

Terengganu kini menghuni tangga keempat dengan 46 mata manakala Kedah di tangga ketiga dengan 48 mata dan Johor FC pula di tangga kelima dengan 45 mata.

Mereka masing-masingnya akan menghadapi perlawanan terakhir pada Sabtu ini.

Hanya tiga pasukan ini masih berpeluang untuk meraih tempat ketiga Liga Super sekali gus merangkul hadiah wang tunai RM200,000 kerana pasukan di tangga keenam, Kelantan kini hanya memiliki 44 mata dan terkeluar daripada persaingan.

Juara Liga Super dengan hadiah wang tunai RM500,000 telah sah milik Selangor manakala naib juara dengan hadiah wang tunai RM300,000 menjadi milik Perlis.

Antara Kedah, Terengganu dan Johor FC, kelebihan untuk muncul pemenang tempat ketiga berpihak kepada juara Liga Super 2007 dan 2008 iaitu Kedah.

Ini kerana, jika Kedah berjaya mencatat kemenangan ketika melayan kunjungan Pulau Pinang di Alor Setar Sabtu ini, mereka tidak mampu lagi dipintas oleh Terengganu mahu pun Johor FC.

Namun jika Kedah tewas mengejut, Terengganu mampu muncul pemenang tempat ketiga jika mereka berjaya menewaskan Negeri Sembilan di Paroi.

Bagi Johor FC, mereka seakan mengharapkan keajaiban supaya Kedah dan Terengganu tewas dalam perlawanan terakhir sambil mereka pula mencatat tiga mata penuh ke atas Kelantan di Pasir Gudang untuk menduduki tangga ketiga.

Sementara itu, jaringan hatrik oleh Ashaari Shamsudin ketika Terengganu menewaskan Pulau Pinang 4-1 malam kelmarin memungkinkan dia berpeluang memenangi anugerah Kasut Emas selaku penjaring terbanyak.

Ashaari, 24, kini berkongsi 16 gol bersama penyerang Perlis, Nizaruddin Yussof dan mana-mana pemain yang berjaya menjaringkan lebih banyak gol Sabtu ini akan muncul pemenang Kasut Emas. -ihsan kosmo

29 Jul 2009

FAM 'minta nyawa'

Rayu bola sepak ke Laos bawah Kategori B

MENYEDARI skuad negara tampil tanpa sebarang keputusan memberangsangkan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akur meminta simpati Majlis Olimpik Malaysia dengan tiket Kategori B untuk ke Sukan Sea Laos, Disember ini.

Ini diakui Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzudin Ahmad (gambar) yang berkata, FAM sedar betapa tiada sebarang keputusan membanggakan diperoleh skuad negara dalam tempoh dua tahun lalu.
"Ketika Sukan Sea Korat 2007, kami memohon supaya MOM membiayai pemergian skuad negara ke Thailand kerana baru saja memenangi Pesta Bola Merdeka. Tapi sekarang kami tidak menang apa-apa pun," katanya.

MOM semalam mengadakan mesyuarat pemilihan untuk ke Sukan Sea Laos dengan wakil persatuan hadir membentangkan prestasi peserta masing-masing bagi menentukan sama ada pemergian mereka ditanggung MOM (Kategori A) atau persatuan (B).

Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Tunku Imran Almarhum Tuanku Ja'afar berkata, sebanyak 14 persatuan hadir membentangkan permohonan masing-masing semalam termasuk bola sepak.

"Kami perlu menghantar skuad bola sepak ke Sukan Sea kerana ia sukan yang popular dan bagi menjaga maruah persatuan di kalangan negara serantau. Malah, FAM datang dengan permohonan untuk Kategori B," katanya.

Sementara itu, Tunku Imran turut berkata, Lembaga Eksekutif MOM akan bersidang pada Ogos ini bagi membincangkan permohonan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) untuk membayar pendahuluan untuk atlit Kategori B persatuan itu.

"Mereka ada mengusulkan supaya MOM terlebih dulu menanggung kos penghantaran atlit Kategori B mereka, dan kami akan bincangkan kemudian," katanya mengulas mengenai pembentangan KOAM yang ketika ini menyenaraikan lebih 32 atlit. -ihsan BHarian

Terengganu hampiri tempat ke-3

KUALA LUMPUR - Terengganu mencerahkan peluang untuk menamatkan kempen bola sepak Liga Super pada kedudukan tiga terbaik selepas menundukkan Pulau Pinang 4-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah semalam, untuk melonjak ke tangga keempat.

Pada ketika saingan musim 2009 hanya tinggal satu perlawanan, Terengganu kini mengumpul 46 mata, dua mata di belakang pasukan tempat ketiga, Kedah.

Selangor dan Perlis, masing-masing sudahpun ditabal sebagai juara dan naib juara Liga Super dengan mengutip 63 dan 53 mata.

Terengganu dan Kedah akan bersaing untuk merebut tempat ketiga liga apabila turun pada perlawanan terakhir musim, Sabtu ini.

Dalam perlawanan semalam, Pulau Pinang terlebih dulu mengejutkan tuan rumah dengan membuka jaringan seawal minit kelima, menerusi rembatan kencang Failee Md. Ghazali.

Bagaimanapun Terengganu tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila Mohd. Shazlan Alias merembat bola dari kotak penalti pada minit ke-25.

Hanya lima minit selepas babak kedua bermula, Terengganu mendahului 2-1 hasil jaringan Ashaari Shamsuddin.

Terengganu ditimpa malang apabila terpaksa meneruskan permainan dengan 10 pemain pada minit ke-61 selepas Hari Mohd. Saffi dibuang padang kerana menerima kad kuning kedua.

Bagaimanapun, ia tidak menjejaskan semangat Terengganu untuk menambah dua lagi gol, sekali lagi menerusi Md. Ashaari pada minit ke-73, sebelum dia melengkapkan hatrik dengan menyempurnakan penalti di minit ke-77.-ihsan utusan

KEPUTUSAN PENUH :

TERENGGANU 4
Md Shazlan Alias 27mins

Md Ashaari Shamsuddin 55, 78, 82mins
P.PINANG 1
Md Failee 5mins

28 Jul 2009

FAM rombak liga lagi!!! Apa rasionalnya?

Semangat penyokong fanatik Kelantan tiada tandingan

Setelah mengharungi liga super 2009 yang di warnai dengan pelbagai kontroversi kini FAM sekali lagi beria-ria untuk menukar format liga.

Entah format apa yang akan di gunapakai oleh FAM kita tak pasti.Desas desus mengatakan hanya pasukan yang ‘kaya’ sahaja boleh beraksi dalam liga M musim depan.

Istilah ‘kaya’ atau kewangan stabil yang dimaksudkan oleh FAM itu agak kabur kerana kita semua maklum di Malaysia hanya pasukan negeri sahaja yang mampu menarik penonton datang ke stadium.

Dengan semangat kenegerian sahaja dapat merancakkan bolasepak di negara kita.Lihat sahaja pasukan liga super Kelantan,Perlawanan yang diadakan di stadium Sultan Muhammad keIV berjaya menarik ribuan penonton.

Perlawanan diantara Kelantan menentang Kedah baru-baru ini mampu menarik hampir 25000 orang,bayangkan berapa keuntungan yang KAFA perolehi dari perlawanan tersebut.

Jika dibandingkan dengan pasukan kelab sudah pasti tidak mampu untuk menarik jumlah penonton yang sebegitu ramai.Fam sepatutnya menyedari perkara ini dari awal lagi dan tidak memperjudikan liga M kita seperti sarkas yang boleh diubah kemana-mana venue yang dikehendaki.!!!

bersambung…

Rombakan Liga M Isnin ini


Saya jamin satu rombakan pasti berlaku dengan soal kebajikan pemain dan kewangan pasukan bakal menjadi syarat utama penyertaan pasukan dalam liga musim depan Azzuddin Ahmad Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia

PETALING JAYA - Baru enam tahun berjalan sejak diperkenalkan pada 2004, Liga Malaysia kian pasti dirombak lagi bagi musim depan gara-gara kerenah segelintir pasukan yang tidak mampu mengharunginya atas alasan kesempitan kewangan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad memberikan jaminan rombakan itu walaupun hanya Jawatankuasa Pertandingan Tempatan yang mampu memuktamadkan format sewajarnya bagi persaingan tertinggi negara itu dalam mesyuarat Isnin ini.

Ditemui selepas sidang akhbar praperlawanan akhir Bawah 14 100 PLUS Piala Menteri Pelajaran, katanya: "Saya jamin satu rombakan pasti berlaku dengan soal kebajikan pemain dan kewangan pasukan bakal menjadi syarat utama penyertaan pasukan dalam liga musim depan.

"Kami perlu memperketatkannya memandangkan akibat ketidakcekapan pengurusan pasukan, imej bola sepak negara dan nama baik FAM terjejas sedangkan kita sudah berada di era profesional."

Beliau berkata demikian di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Azzuddin bagaimanapun enggan mengulas sama ada rombakan itu melibatkan penurunan dua pasukan terbawah Liga Super, Pahang dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Liga Perdana atau Sarawak dan Sinar Dimaja Mai Sarah ke Liga FAM pada musim depan.

Menurutnya, bola sepak negara juga bakal kerugian besar sekiranya satu demi satu pasukan menarik diri daripada liga yang merangkumi Piala Malaysia, Liga Super, Liga Perdana, Piala FA, Piala FAM dan Piala Presiden sedangkan ramai pemain berbakat yang mewakili mereka, mampu diketengahkan.

"Akibat tidak dapat membayar gaji pemain atau jurulatih seperti yang berlaku pada Steve Darby (Perak) dan Robert Alberts, nama baik FAM turut terjejas di mata FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) atau ada persatuan negeri yang cuba diheret ke mahkamah oleh pemain," katanya. -Ihsan utusan

27 Jul 2009

FAM selamatkan Pahang lagi?




MALAM kelmarin, satu sejarah telah tercipta di Stadium Shah Alam.

Bukan kerana Selangor muncul juara Liga Super buat kali pertama tetapi sejarah yang dimaksudkan ialah Pahang yang buat pertama kalinya tersingkir ke saingan liga bawahan sejak liga semi-pro diperkenalkan pada 1989.

Kekalahan 1-5 kepada Selangor malam kelmarin menyebabkan skuad Tok Gajah bimbingan Dollah Salleh itu menamatkan 26 perlawanan Liga Super musim ini di tangga kedua tercorot.

Secara automatik, dua pasukan tercorot Liga Super akan tersingkir ke Liga Perdana musim berikutnya.

Namun, pada Kongres Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke-46 pada 21 Jun lalu, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah selaku Presiden FAM biarpun tidak hadir sempat menyampaikan titahnya menerusi Timbalan Presiden FAM, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad yang mahu- kan format Liga Malaysia dirombak musim depan.

Pemerhati dan juga peminat bola sepak tempatan melihat cadangan Presi- den FAM itu secara umumnya mahu me- nyelamatkan pasukan Pahang daripada beraksi di saingan liga bawahan pada musim depan.

Kenapa perlu diubah format liga yang dilihat sudah stabil sedangkan FAM sepatutnya perlu mencari jalan untuk memperkasakan lagi saingan liga sedia ada?

Jika masalah kewangan pasukan-pasukan bertanding dijadikan alasan, kenapa pula format yang perlu dipersalah- kan sedangkan pihak yang terlibat itu sepatutnya mencari jalan bagi menyele- saikan masalah kewangan tersebut.

Tindakan mahu mengubah format liga musim depan sebenarnya 'ulangan' kepada tindakan FAM ketika mereka menukar format Liga Malaysia untuk musim 2007 sejurus berakhir saingan musim 2006.

Pada musim 2004, 2005 dan 2006, FAM menetapkan lapan pasukan sahaja beraksi pada Liga Super tetapi mereka membuat keputusan mengubahnya kepada 14 pasukan untuk musim 2007.

Alasan yang sama digunakan FAM ketika itu iaitu mahu Liga Super lebih kompetitif sedangkan pada saingan 2006 itu, Pahang menduduki tangga ketujuh daripada lapan pasukan dan sepatutnya turun ke Liga Perdana musim 2007.

Disebabkan perubahan format baru itu, Pahang tidak disingkirkan ke Liga Perdana, sebaliknya diberi peluang beraksi dalam saingan playoff bagi menentukan 14 pasukan yang layak beraksi pada Liga Super format baru pada 2007.

Pada perlawanan playoff pertama iaitu pada 18 dan 21 Jun 2006, Pahang tewas dengan agregat 1-2 kepada Brunei DPMM selepas seri 0-0 pada perlawanan di tempat sendiri sebelum tewas 1-2 di tempat lawan.

Namun, Pahang diberi peluang kedua apabila bertemu Sabah pula dalam perlawanan playoff kedua pada 25 dan 28 Jun 2006 dan kali ini mereka berjaya juga ke Liga Super selepas menang dengan agregat 4-3.

Menjelang perbincangan format baru di antara FAM dan barisan setiausaha agung persatuan bola sepak (FA) negeri dan kelab yang akan berlangsung pada 3 Ogos depan, mereka sepatutnya membuat satu keputusan terbaik demi menjaga maruah bola sepak negara.

Buat Presiden FAM, biarlah pasukan yang layak beraksi dalam Liga Super sahaja dibenarkan bertanding kerana jika baginda tetap mahukan Pahang kekal dalam Liga Super, ia hanya akan mencacatkan kemeriahan saingan.

Ini kerana berdasarkan prestasi pasukan Pahang musim ini, hanya saingan Liga Perdana lebih sesuai buat mereka, bukannya saingan Liga Super.

Biarlah Pahang kembali layak ke Liga Super 2011 berdasarkan merit dua pasu- kan teratas Liga Perdana 2010, bukan- nya atas 'ihsan'. - kosmo

25 Jul 2009

ASTRO meningkatkan lagi bayaran

Bagi kaki-kaki sukan, yang mengikuti siaran langsung di saluran sukan ASTRO, akan terpaksa membayar lebih pada 1 ogos depan. Di ulangi, TERPAKSA MEMBAYAR LEBIH. Ini kerana, stesen televisyen satelit berbayar, Astro akan menaikkan kadar bayaran sebanyak RM 12.

Menurut ketua Saluran Sukan Astro, Lee Choong Khay kenaikan ini adalah disebabkan peningkatan kos bagi hak penyiaran Liga Perdana England (EPL) baru-baru ini. Kenaikan kos ini menyebabkan pihak astro juga terpaksa menaikkan kadar bayaran dan yang tentunya, PELANGGAN-PELANGGAN ASTRO yang terpaksa menanggung beban kenaikan ini. Dengan kenaikan bahan api, dan juga di uar-uarkan pula kenaikan tarif elektrik, maka kenaikan ini dianggap satu bebanan kepada pelanggan yang melanggan saluran sukan.

Menurut Choong Khay lagi, kenaikan tersebut antara lain berpunca daripada peningkatan kos operasi kelab-kelab bola sepak yang bermain dalam liga tersebut di mana kelab terpaksa membayar gaji pemain dan menguruskan kelab mereka. Tetapi yang malangnya, caj tersebut terpaksa di tanggung oleh pelanggan ASTRO yang tiada kaitan dalam pengurusan kelab-kelab dalam EPL.

Untuk berita penuh, boleh baca di kosmo online.

23 Jul 2009

Perlawanan akan datang Liga Super '09

Sumber : sportmalaysia.net

Next Game: Saturday, 25 July 2009 - Liga Super 2009 LS26 Schedule:

No Team vs Team
177 Selangor vs Pahang

8:45pm
Std Shah Alam

Next Game: Tuesday, 28 July 2009 - Liga Super 2009 LS25 Schedule:

No Team vs Team
160 Terengganu vs Pulau Pinang

8:45pm
Std Sultan Ismail, Kuala Terengganu

Next Game: Saturday, 1 August 2009 - Liga Super 2009 LS26 Schedule:

No Team vs Team
176 Kedah vs Pulau Pinang

8:45pm
Std Darul Aman, Alor Setar
178 Negri Sembilan vs Terengganu

8:45pm
Std Tuanku Abdul Rahman, Paroi
179 Johor FC vs Kelantan

8:45pm
Std JCORP, Pasir Gudang
180 Perlis vs PDRM

8:45pm
Std Utama Negeri, Kangar
181 PLUS FC vs Kuala Muda NAZA

8:45pm
Std Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras
182 Perak vs MyTeam

8:45pm
Std Perak, Ipoh

Thailand ikat Liverpool dalam aksi persahabatan



PEMAIN Liverpool, Ryan Babel (kiri) diasak oleh pemain Thailand, Suree Sukha dalam perlawanan persahabatan di Stadium Rajamangala, Bangkok, malam tadi. - AP

BANGKOK - Liverpool sekadar mencatat keputusan seri 1-1 ketika menentang Thailand dalam perlawanan pra-musim pertama di Stadium Nasional Rajamangala, semalam.

The Reds gagal mempertahankan gol yang dijaringkan Ryan Babel seawal minit keenam apabila pemain gantian skuad bimbingan Peter Reid itu memperoleh gol penyamaan melalui pemain gantian, Panupong Sutee pada minit ke-72.

Thailand terlebih dahulu melakukan serangan terhadap pasukan bimbingan Rafael Benitez dan Datsakorn Thonglao melakukan percubaan dari jarak 28 meter, namun bola tersasar.

Liverpool yang rata-rata menurunkan pemain muda memperoleh gol pertama melalui penyerangnya, Babel pada minit keenam selepas menerima hantaran dari ketua pasukan, Jamie Carragher.

Selepas 15 minit beraksi Thailand lebih banyak bertahan tatkala Liverpool melakukan beberapa serangan melalui gandingan penyerang muda, David Ngog dan Krisztian Nemeth.

Pada minit ke-20 Lucas melakukan hantaran cantik kepada Babel, namun sepakan voli yang dilakukannya tidak menepati sasaran.

Sebaik separuh masa kedua bermula The Reds melakukan tujuh pertukaran dengan memasukkan pemain berpengalaman termasuk Glen Johnson, Andriy Voronin dan Javier Mascherano.

Mascherano melakukan percubaan dari jarak jauh pada minit ke-63 tetapi ditumbuk keluar oleh penjaga gol Thailand, Kosin Hathairattanakool.

Thailand memperoleh gol penyamaan pada minit ke-72 hasil gerakan menarik Sutee yang berjaya melepasi pertahanan Liverpool.

Pada minit ke-80 Liverpool memasukkan penyerang sensasi mereka, Fernando Torres menggantikan Daniel Pacheco, namun gagal mencari gol kemenangan sehingga perlawanan tamat. -ihsan utusan

Gerhana pukau penduduk Asia


URUTAN gambar yang menunjukkan gerhana matahari di Baihata yang terletak 30 kilometer dari ibu negeri Assam, Guwahati, India semalam.


VARANASI, India - Gerhana matahari paling panjang dalam abad ke-21 menyebabkan puluhan juta penduduk benua Asia terpaksa bergelap seketika semalam.

Gerhana matahari penuh lazimnya berlaku seketika setiap kitaran 18 bulan tetapi fenomena kelmarin disifatkan luar biasa kerana tempohnya yang panjang iaitu selama enam minit 39 saat matahari terlindung sepenuhnya di sebalik bulan.


SEORANG guru Sains, Bibi Nasratjahan Gulab Khan (tengah) bersama pelajarnya menggunakan bekas berisi air untuk melihat gerhana matahari di Kuala Lumpur semalam.


Lebih istimewa, gerhana semalam dipercayai mencatat paling ramai penonton berikutan laluannya di benua Asia yang memiliki penduduk paling ramai di dunia.

Gerhana matahari penuh semalam dapat disaksikan dengan jelas di beberapa buah negara iaitu India, Nepal, Bangladesh, Bhutan, Myanmar dan China.

Kali kedua gerhana matahari seperti itu diramal berlaku ialah pada tahun 2132. -ihsan kosmo

22 Jul 2009

Kepimpinan Yang Benar


Fox News TV (Amerika Syarikat) di dalam temuramahnya bertanya kepada Presiden Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad"Apabila anda melihat ke cermin setiap pagi, apa yang anda perkatakan kepada diri sendiri ?"

Beliau menjawab : Saya melihat kepada insan yang berada dalam cermin tersebut dan berkata kepadanya, "Ingatlah, anda adalah tidak lebih daripada seorang hamba yang lemah, menanti di hadapan anda hari ini adalah sebuah tanggungjawab yang amat berat dan ianya adalah berkhidmat kepada negara dan rakyat Iran.

Ahmadinejad, Presiden Iran yang mengejutkan ramai sewaktu mula-mula tiba di pejabat Presiden apabila beliau mendermakan segala permaidani Iran yang berharga kepada sebuah masjid di Tehran dan menggantikannya dengan permaidani murah yang biasa.

Beliau mendapati bahawa terdapat sebuah bilik istirahat yang besar lagi mewah yang berfungsi untuk menerima dan menyambut kehadiran tetamu VIP, lalu beliau telah mengarahkan agar bilik itu ditutup dan meminta pejabat protokol untuk menyediakan sebuah bilik lain yang sederhana serta hanya dilengkapi dengan kerusi-kerusi kayu.

Beliau juga telah banyak kali turut bersama-sama dengan pekerja-pekerja majlis perbandaran untuk membersihkan jalan-jalan yang berada di sekitar kawasan rumah serta pejabatnya.

Di bawah pentadbirannya, setiap kali beliau melantik mana-mana individu untuk memegang jawatan menteri, beliau akan mengarahkan individu tersebut untuk menandatangani sebuah dokumen yang menggariskan pelbagai syarat-syarat yang perlu dipatuhi, terutamanya yang menekankan bahawa individu tersebut harus sentiasa kekal dalam kesederhanaan dan akaun-akaun persendirian serta milik ahli keluarganya akan sentiasa diperhatikan dan perlu meninggalkan pejabatnya kelak dalam keadaan yang bermaruah. Oleh itu, adalah satu kesalahan yang besar untuk individu tersebut dan ahli keluarganya mengambil kesempatan ke atas jawatan yang dipegangnya itu.

Perkara pertama yang beliau isytiharkan selepas memegang jawatan Presiden adalah pemilikan hartanya yang ‘Besar’ iaitu sebuah kereta Peugeot 504 model tahun 1977, sebuah rumah lama yang kecil yang diwarisi daripada bapanya 40 tahun yang lalu di salah sebuah kawasan yang termiskin di Tehran, akaun simpanannya yang tidak berbaki dan sumber kewangan yang masuk ke dalam akaunnya hanyalah daripada gaji yang diterimanya sebagai seorang pensyarah di Universiti yang berjumlah hanya 250 Dolar Amerika sebulan.

Beliau masih lagi tinggal di rumahnya yang lama itu. Itulah sahaja harta yang dimilikinya. Beginilah kehidupan seorang Presiden kepada salah sebuah negara yang terpenting di dunia ini, dari sudut lokasinya yang strategik, ekonomi, politik serta pemilikan sumber minyak dan sistem pertahanannya.

Beliau malah langsung tidak mengusik gaji Presidennya dengan sebuah hujjah bahawa segala kekayaan adalah menjadi hak milik negaranya dan beliau mempunyai amanah untuk memeliharanya.

Salah satu perkara yang amat menakjubkan buat kakitangan-kakitangan di pejabatnya adalah sebuah beg yang sentiasa dibawa setiap hari. Di dalamnya mengandungi makanan sarapan paginya, sedikit roti sandwic atau roti biasa dengan minyak zaitun dan keju yang disediakan oleh isterinya. Beliau menikmati makanan-makanan tersebut dengan begitu ceria sekali.

Perubahan lain yang dilakukannya adalah menukar jet peribadinya sebagai seorang Presiden menjadi kapal terbang kargo untuk menjimatkan perbelanjaan daripada hasil wang rakyat dan beliau menegaskan bahawa beliau akan terbang menggunakan pesawat awam biasa pada kelas ekonomi.

Beliau kerap mengadakan mesyuarat dengan semua para menteri untuk mengetahui segala aktiviti mereka dan keberkesanan pelaksanaannya.

Di samping itu, beliau juga telah menutup pejabat pengurus Presiden demi untuk memudahkan para menteri untuk berjumpa dengannya tanpa perlu meminta keizinan terlebih dahulu.

Beliau telah membubarkan beberapa acara seperti majlis karpet merah untuk menyambut tetamu, sesi fotografi serta segala bentuk pengiklanan atau promosi peribadi sewaktu mengadakan lawatan ke pelbagai tempat di dalam negaranya.

Setiap kali beliau perlu untuk menginap di hotel, beliau akan memastikan bahawa beliau hanya akan diberikan bilik tanpa katil yang besar kerana tidak gemar untuk tidur di atas katil sebaliknya lebih suka untuk tidur di atas lantai dengan sebuah tilam sederhana dan sehelai kain selimut.

Dalam salah sebuah gambar berikut menunjukkan beliau sedang tidur di dalam bilik tetamu di rumahnya tanpa ditemani oleh para pengawal peribadinya yang sentiasa bersama dengannya ke mana sahaja beliau pergi. Gambar tersebut telah diambil oleh adiknya, menurut laporan akhbar Wifaq yang kemudian menyiarkannya di dalam ruangan akhbar mereka. Pada keesokan harinya, gambar tersebut telah disiarkan di dalam kebanyakan akhbar-akhbar di seluruh dunia termasuklah di Amerika Syarikat.

Sewaktu ingin menunaikan solat, anda boleh lihat yang beliau tidak duduk di barisan pertama dan tidak pula dilengkapi dengan pengdingin hawa. Gambar yang lain pula menunjukkan beliau sedang menikmati hidangan makanannya yang amat sederhana.

sumber : http://hiz-tough.blogspot.com

KELANTAN DINODA DALAM HUJAN, TEMPAT KE-3 TINGGAL KENANGAN.... SELANGOR JUARA LIGA SUPER '09


SELAYANG 21 Julai 2009 - Jurulatih Selangor, K. Devan dijulang oleh pemain-pemain Selangor selepas tamat perlawanan menentang PDRM yang menentukan juara liga milik Selangordi Stadium MPS, Selayang malam tadi


Itulah yang mampu diluahkan untuk menggambarkan kekecewaan warga Kelantan umumnya dan seluruh penyokong 'The Reds Warriors' khususnya apabila Kelantan tewas kepada Kedah dalam perlawanan penuh dengan ketegangan dan kontroversi yang disaksikan oleh hampir 25,000 penyokong setia Kelantan serta K.Rajagopal (Jurulatih Malaysia) yang turun ke Kota Bharu semata-mata ingin menyaksikan pertemuan yang boleh dianggap perlawanan penentuan tempat ke-3 Liga Super '09.

Pada minit ke-2, Ailim Fahmi penyerang muda bagi pasukan Kelantan menggamatkan seketika Stadium Sultan Muhammad IV dengan membuat percubaan yang menarik ke arah pintu gol Kedah tetapi nasib tidak menyebelahinya apabila sepakan tersebut dinafikan oleh tiang gol pasukan Kedah. Kelantan terus menggandakan asakan tetapi dapat diselamatkan oleh pertahan pasukan Kedah.

Indraputra yang turun selaku ketua pasukan mendapat kad kuning kerana mengkasari pihak lawan. Selepas pada itu, rentak permainan menjadi milik kedah dan gerakkan pasukan Kelantan serba tak menjadi. Ketiadaan Mohd. Badhri Radzi (Piya) amat dirasai oleh pasukan Kelantan kerana mengalami kecederaan ketika pertemuan dengan Pulau Pinang yang lepas.

Pada separuh masa yang ke-2 hujan mula turun dan jaringan tunggal sumbangan Wan Zaim Wan Azizan yang memanfaat peluang pada minit ke-49 merubah kedudukan dengan tuan rumah ketinggalan 0-1 kepada pasukan pelawat.

Kelantan membuat beberapa pertukaran pemain dengan mengeluarkan Ailim Fahmi, Safwan dan rizal Fahmi dengan memasukkan 'Supersub' mereka iaitu Khalid Jamlus serta Hishamudin dan Zamri Mohd Nor yang sekian lama disisih akibat kecederaan yang dialami merubah rentak permainan pasukan Kelantan dengan gerakkan yang pantas dan menarik serta beberapa serangan dan percubaan ke arah pintu gol pasukan Kedah untuk mencari gol penyamaan tetapi nasib tidak menyebelahi pasukan Kelantan kerana dapat digagalkan oleh penjaga gol pasukan Kedah Helmi.

Perlawanan terpaksa dihentikan seketika kerana insiden pergaduhan pemain. Mujurlah pengadil berjaya mengawal keadaan walaupun segelintir penyokong yang tidak berpuashati mula membaling objek ke arah padang. Pemain Kelantan, Ahmad Azlan Zainal dilayani kad merah setelah mengasari pemain Kedah berjersi nombor 9, Mohd Azrul Ahmad pada minit ke-69. Pada minit-minit terakhir perlawanan usaha Kedah untuk menambah jaringan gagal apabila percubaan Khyrill Muhaimeen dapat diselamatkan oleh penjaga gol Kelantan Mohd. Shahrizan walaupun beliau hanya berhadapan dengan Shahrizan.

Kedudukan 0-1 tidak berubah sehinggan tamat perlawanan dan sekaligus memberikan kemenangan kepada pasukan Kedah untuk meletakkan mereka tangga yang ke-3 kedudukan Liga Super '09 walaupun masih berbaki satu perlawanan.



KEPUTUSAN PENUH :
KELANTAN 0-1 KEDAH

Wan Zaim mnt-49

21 Jul 2009

Gol-gol Owen dan Macheda

Malaysia XI 0 United 2

Michael Owen struck his second United goal in as many games as the Reds completed the double over the Malaysian XI with a comprehensive 2-0 victory.


Owen blasted home from close range on 13 minutes after capitalising on a loose ball inside the area having played his part in the build-up. Two minutes earlier Federico Macheda had opening the scoring with calm finish following Darren Fletcher’s set-up.

In truth, the Reds could have had more – substitutes Rooney, Berbatov and Anderson all went close late on in the second half, but it was certainly another useful work-out for Sir Alex’s men.

Jonny Evans was the only survivor from Saturday’s starting line-up against the same opposition with Sir Alex opting to give everyone some minutes on the clock. Ben Foster, a second half substitute in the first match, kept his place in goal, while Gary Neville, Wes Brown, Jonny Evans and Fabio made up the back four. Darren Fletcher and Michael Carrick both returned from minor knocks to take up right side and central midfield positions respectively. Ryan Giggs partnered Carrick in the centre with Zoran Tosic out on the left flank. Matchwinner Michael Owen started his first match for the Reds alongside Federico Macheda up front.

There was a minute’s silence before kick-off in tribute to those who lost their lives in Friday’s bombings in Indonesia, the country, of course, where United should have been playing their second tour match.

Following Saturday’s impressive display, the home side were understandably full of confidence with goalscoring hero Yahyah getting the loudest cheers whenever he touched the ball. Another big favourite, Reds’ veteran Ryan Giggs, thrilled the partisan crowd with a host of tricks and flicks, alongside some exquisite close.

credit:manutd.com

20 Jul 2009

Malaysia perlu pertahan maruah...

Perlawanan ulangan Malaysia menjanjikan saingan sengit dari Manchester united yang tidak menduga kita mampu membolosi gawang mereka sebanyak 2 kali.

Kesilapan tersebut sudah pasti mahu di tebus oleh Van Der Sar dan Ben Foster.Kelalaian mereka membolehkan Amri Yahyah menjaringkan 2 gol berharga Malaysia.

Perlawanan sabtu lepas bukanlah aksi sebenar yang dipertontonkan oleh pasukan kendalian Alex Ferguson yang tidak menyangka Malaysia mampu beraksi cemerlang.

Jika MU mempamerkan aksi sebenar sudah tentu Malaysia akan di belasah teruk jika terus mempamerkan aksi seperti perlawanan pertama.

K.Rajagopal perlu memikirkn bagaimana untuk mengurangkan gol yang bakal di jaringkan oleh pemain-pemain MU seperti Rooney,Nani dan Owen yang ternyata menjadi duri dalam daging kepada Malaysia.

Tumpuan harus diberikan pada pertahanan dan bahagian serangan hanyalan sebagai pelengkap permainan kerana MU sudah tentu akan mengasak Malaysia dan mencipta seberapa banyak gol bagi 'menebus' malu kerana melepaskan dua gol kepada Malaysia.

Harapan dari penyokong Malaysia agar pemain-pemain dapat mepamerkan aksi semantap mungkin dan berjuang bermati-matian agar maruah dapat dipertahankan dan tidak mengalami kekalahan teruk.

Mungkinkah amukan United hari ini?


KUALA LUMPUR – Mungkinkah Manchester United akan mempamerkan belang sebenar pada perlawanan kedua hari ini setelah hampir dikejutkan dengan aksi bertenaga pasukan kebangsaan, kelmarin?

Atau mungkin juga keputusan 2-3 kelmarin disebabkan United ‘beri muka’ kepada pasukan kebangsaan dan menyimpan tenaga untuk memberikan keputusan yang mengaibkan seperti mana pada 2001 di mana kita kalah 0-6?

Ini merupakan antara kemungkinan yang bermain difikiran jurulatih kebangsaan K. Rajagobal menjelang perlawanan kedua United-Pilihan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Dalam hal ini, beberapa jurulatih berpengalaman tempatan berbeza pendapat apabila ditanya mengenai peluang pasukan kebangsaan untuk sekali lagi mempamerkan kejutan.

Jurulatih Kedah, Azrai Khor Abdullah tidak yakin kejutan ke atas United, kelmarin mampu diulangi oleh pemain kebangsaan pada perlawanan kedua hari ini.

Alasannya, perlawanan kelmarin diadakan pada sebelah waktu di mana pemain United keletihan beraksi dalam cuaca panas, juga kerana baru sahaja tiba di negara ini sehari sebelum perlawanan.

‘‘Keputusan 2-3 kelmarin memang baik namun secara peribadinya saya berpendapat United tidak beraksi pada tahap terbaik. Ini merupakan perlawanan pertama mereka selepas rehat musim liga bola sepak di negara mereka.

‘‘Kelmarin mereka juga mungkin memandang rendah kemampuan kita yang membawa kepada aksi kurang bersungguh-sungguh.

‘‘Namun esok (hari ini) mereka mungkin akan bangkit dengan aksi sebenar kerana mereka kini sudah mendapat rehat secukupnya.

‘‘Saya tidak rasa kecemerlangan yang kita lakukan kelmarin mampu diulangi. Lagipun para pemain kita sudah berhabis-habisan pada perlawanan kelmarin.

‘‘Begitu juga Amri Yahyah, bagi saya dua gol yang dijaringkan kelmarin hanya akan kekal sebagai kenangan paling manis dalam kariernya tanpa mampu diulangi esok.

‘‘Bagi saya keputusan kelmarin baik kerana sekurang-kurangnya kita tidak diaibkan dengan jaringan besar,’’ katanya.

United-Pilihan Malaysia beraksi dalam perlawanan kedua di stadium yang sama hari ini setelah Siri Jelajah 2009 kelab England itu dibatalkan di Indonesia ekoran insiden pengeboman dua hotel mewah di Jakarta, Jumaat lalu.

Walaupun kalah, kelmarin Amri Yahyah muncul wira pasukan kebangsaan apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-45 dan ke-61.

Sebelum itu, United membayangkan satu lagi pesta gol apabila mendahulu 2-0 menerusi jaringan Wayne Rooney pada minit ke-8 dan Nani pada minit ke-27.

Kedudukan tersebut bertahan sehingga minit ke-84 apabila Micheal Owen, yang dimasukkan pada babak kedua menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-84.

Namun, jurulatih Perlis Irfan Bakti melaungkan nada yakin pasukan kebangsaan mampu meneruskan kecemerlangan kelmarin cuma beberapa aspek perlu diperbaiki.

Menurutnya, keputusan kelmarin membuktikan skuad kebangsaan sudah dapat menandingi pasukan terbaik di dunia, namun kita kalah dari segi taktikal.

Jelasnya, apa yang menarik ialah permainan agresif para pemain yang sentiasa mengejar bola.

‘‘Saya yakin pasukan kebangsaan mampu mengulangi kecemerlangan seperti mana kelmarin kerana kita telah membuktikan mampu memberi tentangan ke atas United yang beraksi dengan baik.

‘‘Walaupun United tidak beraksi hingga ke tahap maksimum tapi sebagai pemain profesional, mereka mahu menang dan tidak beraksi sambil lewa,’’ katanya. -ihsan utusan

19 Jul 2009

Perubahan tarikh Liga Super 2009

Semua perlawanan yang bakal di adakan pada Sabtu 25 Julai 2009 akan di ubah ke tarikh 1 Ogos 2009 kecuali perlawanan di antara Selangor menentang Pahang kekal di adakan seperti tarikh asal.

Perlawanan di antara Terengganu menentang Pulau Pinang juga akan di tunda pada 28 Julai 2009 dan masa serta venue kekal.

Info:Kelantan FA

Perlawanan antara Malaysia dan ManU

Gol-gol aksi perlawanan persahabatan Malaysia menentang Manchester United sempena jelajah Asia 2009

Sedikit sedutan perlawanan antara Malaysia dan ManU.

Ferguson kagum aksi Malaysia



PERSEMBAHAN bertenaga yang dipamerkan pemain negara semalam mendapat pujian Alex Ferguson.





PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson tidak menjangkakan pasukan kebangsaan Malaysia yang pernah dibelasah mereka 6-0 pada 2001 hampir mengikat mereka pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam, lapor WAN FAKHRUL BAKAR.

Sambil menganggap perlawanan kali ini lebih memberi caba- ran kepada anak-anak buahnya, Ferguson berpendapat bahawa corak permainan terbuka yang ditonjolkan barisan pemain muda negara nampak menyerlah .

"Saya melihat satu permainan terbuka pada perlawanan ini. Mereka (pemain Malaysia) telah menunjukkan kepantasan dan permainan bertenaga sehingga menjadikan perlawanan agak sengit.

"Selepas mendahului 2-0, kami berasa agak selesa tetapi mereka mendapat gol pertama pada penghujung babak pertama.

"Gol penyamaan itu hasil kesilapan Ben Foster yang telah menghidupkan semangat mereka untuk memberi saingan sebenar sepanjang babak kedua.

"Tetapi saya tetap gembira dengan permainan hari ini (semalam). Lagipun ini perlawanan pertama kami dan kami perlukan lebih banyak perlawanan untuk memantapkan pasukan," kata Ferguson pada sidang media selepas perlawanan itu.

Namun, Ferguson tetap menjanjikan barisan pemain lebih kuat dan persembahan lebih mantap pada perlawanan ulangan bertemu Malaysia di venue yang sama, Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.

Sementara itu, jurulatih Malaysia, K. Rajagobal nyata berbangga dengan semangat juang dan prestasi mantap yang dipamerkan anak-anak buahnya sepanjang perlawanan tersebut.

"Amri Yahyah sudah tiga tahun tak beraksi dengan skuad kebangsaan dan saya panggil dia semula dan dia telah membuktikan dia masih seorang yang bernilai.

"Dia seorang pemain yang ada naluri gol, sentuhan penyu- dah dan bijak memanfaatkan peluang.

"Gol penyamaannya telah menyuntik semangat kami untuk mencari gol ketiga tetapi malangnya United pula berjaya mendapat gol kemenangan pada lima minit terakhir," kata Rajagobal.

Selain menganggap ia hadiah terbaik sempena hari jadinya yang ke-53 tahun pada 10 Julai lalu, Rajagobal turut menerima ucapan tahniah daripada Ferguson selepas perlawanan.

"Alex (Ferguson) kata, aksi pasukan kami tidaklah teruk sangat. Katanya, pasukan kita kali ini telah bermain dengan baik.

"Memang benar United memiliki penyerang terbaik dunia. Tetapi kalau pertahanan kita berjaya dibentuk dan dikawal dengan tersusun, mereka pasti sukar menembusinya.

"Saya berharap agar pemain kita mengambil peluang sebaik mungkin pada perlawanan ulangan Isnin ini (esok)," jelas Rajagobal.

Sebelum beredar daripada sesi sidang media tersebut, Rajagobal sempat memberi pesanan kepada Ferguson: "Saya harap anda dapat mengambil seorang dua pemain Malaysia untuk United."

ihsan:kosmo



16 Jul 2009

Sasaran utama Sukan SEA Laos


RAJAGOBAL (kiri) memberi kata-kata semangat kepada anak buahnya
pada sesi latihan skuad kebangsaan di Wisma FAM baru-baru ini.


TIDAK ada ruang lagi buat pemain senior untuk beraksi dalam perlawanan antarabangsa tahun ini.

Perancangan awal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memang menarik dengan pembahagian kejohanan sama rata buat skuad senior dan juga skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan.

Skuad senior dijadualkan beraksi bertemu Manchester United Sabtu ini dan juga bersaing dalam Pestabola Merdeka 2009 yang sepatutnya berlangsung 1 hingga 15 Ogos depan.

Skuad B-23 pula dicadangkan beraksi untuk Piala Antara Benua 2009 yang sepatutnya berlangsung 1 hingga 14 Jun lalu disusuli beberapa siri perlawanan persahabatan sebagai persiapan menjelang Sukan SEA XXV di Laos, Disember depan.

Namun pembatalan Piala Antara Benua dan Pestabola Merdeka atas alasan risiko penyebaran wabak selesema babi telah mencacatkan perancangan asal FAM itu.

FAM tiada pilihan selain memberi tumpuan sepenuhnya terhadap skuad B-23 kebangsaan yang dalam misi memburu pingat emas pada Sukan SEA yang kali terakhir dimenangi Malaysia pada 1989 iaitu 20 tahun yang lalu.

Bagi jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal, dia masih belum memikirkan siapa yang akan dipanggil untuk aksi-aksi persahabatan antarabangsa selepas ini tetapi membayangkan untuk memberi lebih tumpuan kepada barisan pemain-pemain B-23.

"Buat masa ini biarlah kita beri tumpuan dahulu untuk perlawanan menentang United. Selepas itu, barulah saya akan fikirkan siapa yang akan dipanggil untuk aksi akan datang.

"Tapi kita kena ingat, kejohanan terpenting yang menjadi sasaran utama kita tahun ini adalah Sukan SEA. Jadi perlawanan dengan United ini pun sebahagian daripada persiapan kami menghadapi Sukan SEA. Sebab itulah saya hanya senaraikan empat saja pemain senior," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Mengikut laman web rasmi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Malaysia akan berkunjung ke Jakarta untuk menghadapi dua aksi persahabatan bertemu Indonesia pada 5 dan 8 Ogos depan.

Ketika ini, terdapat suara-suara sinis yang mempertikaikan pemilihan pemain yang dibuat Rajagobal untuk perlawanan menentang United Sabtu ini kerana dia tidak memanggil beberapa pemain senior yang beraksi cemerlang dalam Liga Super dan Liga Perdana musim ini.

Sebaliknya, Rajagobal hanya menyenaraikan empat pemain senior iaitu Amri Yahyah (Selangor), Norhafiz Zamani Misbah (KL Plus), Indra Putra Mahayuddin (Kelantan) dan V. Thirumurugan (Kedah) untuk bersama-sama 24 pemain B-23 tahun yang lain.

Sementara itu, ditanya persiapannya menjelang pertemuan dengan United petang Sabtu ini, Rajagobal memberitahu, dia akan menyenaraikan 25 pemain untuk berada dalam skuad akhir pada perlawanan tersebut.

"Daripada 28 pemain yang ada ketika ini, saya akan pilih 25 pemain terbaik untuk senarai akhir. Mungkin saya akan umumkan sehari sebelum perlawanan," katanya. - Ihsan Kosmo

'Jangan biar perasaan hormat jejas rentak'


Indra tengah menjadi sandaran Malaysia untuk bertemu Manchester United 18 Julai ini

Indra dan rakan janji akan beri aksi terbaik untuk banggakan peminat

MENGIMBAU kembali nostalgia 2001, Indra Putra Mahyuddin masih teringatkan kembali kelibat Ryan Giggs dan Paul Scholes yang menyinari pasukan Manchester United ketika bertandang ke Malaysia dalam kunjungan terakhir gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu ke tanah air.

Kini dia bakal bertentang mata dengan Giggs dan Scholes sekali lagi dengan dua pemain itu adalah pemain yang masih tinggal daripada skuad kendalian Sir Alex Ferguson lapan tahun lalu itu dengan dirinya dan kapten kebangsaan, Norhafiz Zamani Misbah adalah tonggak yang masih kekal daripada barisan bimbingan Allan Harris ketika itu.

Pemain senior dalam skuad kendalian K Rajagobal itu, seakan tidak percaya diberi peluang berdepan juara EPL itu dan mengakui dirinya gugup ketika berdepan idolanya, David Beckham.

"Saya memang berasa gugup ketika, seakan tidak percaya dapat bermain dengan Manchester United.

"Antara pemain United masa itu yang masih kekal beraksi adalah Ryan Giggs dan Paul Scholes. Daripada skuad Malaysia itu, saya dan Norhafiz yang kekal.

"Niat saya ketika itu adalah untuk menukar jersi dengan Beckham tetapi hasrat saya tidak kesampaian kerana (kapten) Ahmad Shahrul Azhar yang berjaya berbuat demikian. Pemain diarahkan ke bilik persalinan selepas perlawanan," katanya yang turut mengakui meminati pasukan bergelar Red Devils itu.

Pengalaman meluas Indra - pemain tertua dalam skuad Malaysia bersama Norhafiz pada usia 27 tahun, jelas ditagih oleh skuad muda Rajagobal yang hanya dibarisi empat pemain senior pada kali ini.

Nasihatnya kepada rakan sepasukannya yang baru hendak bertatih di pentas antarabangsa, cukup mudah, jangan biarkan perasaan hormat menggunung berdepan United menjejaskan permainan di atas padang.

"Saya akui kita perlu menghormati United tetapi jangan biarkan perasaan hormat melampau menguasai diri sehingga menjejaskan permainan.

Ihsan:Bharian

15 Jul 2009

Kami perlu menang walau tanpa kelibat Piya: Hashim Mustapha

KOTA BHARU - Patah tumbuh hilang berganti, kini pasukan Kelantan masih lagi mencari pemain yang berkebolehan untuk menggantikan tempat ketua pasukan pahlawan merah, yang kini diberikan cuti sakit akibat tercedera di bahagia buku lali kaki kirinya.

Penolong Jurulatih pasukan, Mohd Hashim Mustapha berkata, ketiadaan Mohd Badhri Mohd Radzi(gambar) sedikit sebanyak menjejaskan kualiti permainan pasukan ini.

Menurutnya, kini pasu-kan Kelantan masih lagi dalam proses mencari pengganti ketua pasukan. Peter James Buttler yang lebih arif akan melakukan pemilihan yang ketat, bagi mencari siapa yang berkebolehan untuk mengetuai pasukan pilihan di hati rakyat negeri ini.

“Ketiadaannya sedikit sebanyak terasa di kalangan pemain, kerana kekuatan pasukan sedikit sebanyak terjejas akibat kehilangan ketua pasukan. Bagaimanapun, pasukan ini masih memiliki pemain yang berkebolehan,” katanya.

Hashim berkata, Badhri banyak menghulurkan bantuan dan jasa kepada pasukan. Ketika beraksi, Badhri berkebolehan untuk mencorakkan perlawanan yang menarik di setiap perlawanan.

“Bukan niat saya untuk memperlekehkan pemain yang lain, tapi saya yakin dengan kebolehannya di setiap perlawanan. Jari-ngannya banyak membantu pasukan untuk mara ke akhir perlawanan,” katanya.

Harapan Hashim agar pemain akan beraksi seperti biasa, walaupun bermain tanpa ketua pasukan pada perlawanan akan datang, di mana tiga perlawanan terakhir bakal menyaksikan pasukan Kelantan menentang Kedah dan Johor FC.

“Pasukan ini memerlukan kemenangan. Kalau kami kalah, peluang semakin tipis untuk berada di kedudukan ketiga liga. Kini pasukan ini ketinggalan satu mata jaringan dengan Kedah.

“Kami perlu memastikan kemenangan milik kami pada perlawanan akan datang. Kalau seri peluang semakin tipis. Tak kisah menang berapa kosong, janji kami menang,” katanya.

Hashim yang juga merupakan bekas pemain Kelantan, turut berharap agar penyokong setia Kelantan hadir memberikan sokongan kepada pasukan ini pada perlawanan akan datang.-Ihsan Sinar

Jentera serangan masih tumpul (MAS 1-0 ZBW)



JENTERA serangan skuad kebangsaan nampak masih tumpul. Peluang menjaringkan gol banyak dilepaskan.

Itu kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan dua perlawanan persahabatan yang dilalui skuad kebangsaan bertemu Zimbabwe atau lebih tepat menentang barisan pemain kelab Liga Perdana Zimbabwe, Monomotapa United.

Jika pada Ahad lalu di Stadium KLFA, Cheras skuad kebangsaan begitu garang mencatat kemenangan 4-0, petang semalam di Stadium Shah Alam mereka hanya mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan yang sama.

Gol tunggal itu diperoleh menerusi gerakan solo pemain pertahanan kanan, V. Thirumurugan pada minit ke-38 yang disudahkannya menerusi sepakan leret dari dalam kotak penalti.

Selebihnya, tiada langsung percubaan bahaya dilakukan sehinggalah pada minit ke-90 apabila rembatan kencang Stanley Bernard Samuel ditepis penjaga gol Zimbabwe dan Ahmad Shakir Md. Ali yang menyambar bola tersebut gagal menyempurnakannya dengan baik.

Kelemahan di barisan serangan diakui jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal yang menganggap barisan penyerang muda negara memerlukan masa untuk memantapkan sentuhan penyudah mereka.

"Memang pada perlawanan pertama kita berjaya menjaringkan empat gol tetapi hari ini (semalam) hanya satu gol berjaya dihasilkan. Kita mencipta banyak peluang tetapi tidak cukup agresif dalam melakukan sentuhan penyudah.

"Saya kena terima hakikat mereka ini penyerang-penyerang muda dan banyak lagi yang perlu diperbaiki," katanya pada sidang media selepas perlawanan petang semalam.


PENYERANG kebangsaan, Norshahrul Idlan (kiri) diasak oleh pertahanan Zimbabwe pada aksi di Shah Alam semalam.


Pada perlawanan tersebut, Rajagobal meletakkan Norshahrul Idlan Talaha sebagai penggempur utama sambil dibantu Amri Yahyah sebelum beliau memasukkan Stanley, Farderin Kadir dan Ahmad Shakir pada babak kedua.

Penyerang utama, Zaquan Adha Radzak tidak disenaraikan selepas dia mengalami kecederaan pada penghujung separuh masa pertama pada perlawanan pertama Ahad lalu.

Menjelang pertemuan dengan Manchester United petang Sabtu ini, Rajago- bal berkata, beliau sudah mempunyai ke- sebelasan utama yang bakal diturunkan kelak.

"Kita ada tiga hari lagi untuk berlatih dan saya mahu lihat sikap pemain agar terus bersemangat merebut tempat.

"Kita optimis untuk berhadapan United. Kami akan cuba memberikan yang terbaik dan termampu di hadapan penon- ton sendiri nanti," jelasnya.

Sementara itu, penolong jurulatih Zimbabwe, Taurayi Mangwiro berkata, persembahan pasukannya sedikit meningkat berbanding aksi pertama Ahad lalu.

"Kita telah mengubah sedikit taktik dan kami berjaya mengelak dibolosi banyak gol seperti pada Ahad lalu. Saya lihat Malaysia sebuah pasukan yang bagus," kata Mangwiro.

Kelantan atasi kelab Yala (3-0)

Kelantan berjaya mengalahkan wakil kelab Yala dengan kemenangan 3-0,Gol-gol di hasilkan pada minit ke-6 oleh Faizol,Nizab Ayub minit ke-65 dan satu gol lagi di hasilkan pada minit ke-66 oleh pemain muda Zairul Nizam (Skuad Presiden).

Kelantan turun dengan tanpa ramai pemian utama. Hanya beberapa tonggak utama seperti Khalid Jamlus, Daudsu (yang baru sembuh dari kecederaan), rizal fahmi dan Ailim Fahmi serta dibantu oleh pemain simpanan dan beberapa pemain skuad piala presiden. Pasukan dari selatan Thai (Yala) juga dibarisi oleh pemain-pemain muda.

Dari segi kawalan permainan, kelab Yala banyak menguasai bola tetapi tiada penyudahan dan perlawanan semalam hanya untuk mencuba beberapa pemain baru serta pemain simpanan untuk membentuk keserasian bagi pasukan Kelantan.

Perlawanan persahabatan semalam diserikan lagi dengan persembahan seni silat pada masa rehat separuh masa oleh pesilat-pesilat handalan dari Selatan Thai (Yala).

KEPUTUSAN PENUH :
KELANTAN 3-0 YALA

Faizol Che Noh mnt-6, Nizab Ayub mnt-65, Zairul Nizam mnt-66

13 Jul 2009

Kelantan, Thailand bakal bersaing esok

KOTA BHARU - Pahlawan merah yang berada di tangga keempat Liga Super, bakal bersaing melalui perlawanan persahabatan dengan pasukan divisen dua daripada Thailand bakal diadakan pada 14 Julai ini, di Stadium Sultan Muhammad ke-1V.

Rombongan pasukan Thailand akan diketuai oleh Gabenor Yala. Selain membawa pemain pasukan kebangsaan, pasukan ini turut membawa pasukan pemain veteran Thailand yang turut beraksi pada perlawanan pembuka.

Selain itu, pertunjukan kebudayaan Thai turut diadakan pada hari perlawanan tersebut.

Dua pasukan negeri ini akan bersaing di perlawanan persahabatan iaitu skuad veteran dan juga pemain Liga Super 2009.

Pengurus Pasukan Kelantan, Azman Ibrahim berkata, tujuan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan luar negara ini akan dijadikan sebagai ukuran buat pasukannya.

“Selain dapat meningkatkan prestasi pemain, kami juga nak mencuba kebolehan pemain sementara menunggu perlawanan dengan Kedah. Jurulatih pasukan ini akan memilih mana-mana pemain yang sesuai untuk perlawanan akan datang.

“Latihan dan persediaan kini giat dilakukan pasukan ini. Dalam masa sepuluh hari, kami akan melakukan pertukaran taktikal untuk menilai kemampuan dan siapa yang bakal menggantikan posisi ketua pasukan untuk sementara waktu,” katanya.

Pasukan Kelantan yang kini ketinggalan satu mata jaringan, inginkan kemenangan pada dua perlawanan terakhir Liga Super untuk memastikan pasukan Cik Siti Wan Kembang berada di tangga ketiga liga. -Ihsan Sinar

Terkini: Selasa (14 Jul '09) cuti seluruh negeri Kelantan - Tok Guru

ISNIN, 13 JULAI 2009, 9.00 PAGI

KOTA BHARU, 13 Julai - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengisytiharkan esok cuti di seluruh negeri Kelantan. Semua kakitangan kerajaan negeri, Persekutuan dan swasta yang bertugas di negeri ini mendapat 'cuti am' esok (14 Julai 2009) yang diambil atas 'Cuti Peristiwa'.

"Setelah menghalusi dan mempertimbangkan keadaan hari pembuangan undi pilihan raya kecil Manek Urai yang barangkali dilihat sedikit tidak cermat, yang jatuhnya pada hari bekerja dan boleh menimbulkan banyak kesulitan, maka bersifat simpati kepada para pengundi dan anggota keluarga terlibat, saya bercadang untuk mengistiharkan 14 Julai sebagai cuti am bagi seluruh negeri Kelantan,"ujarnya lagi.

Beliau menyatakan demikian dalam satu sidang media di Pejabat Menteri Besar, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, Kota Darul Naim, Kota Bharu pagi ini.
Esok, 14 Julai merupakan hari pembuangan undi bagi pilihan raya kecil Dun Manek Urai, yang kebetulannya jatuh pada hari Selasa iaitu hari bekerja.
Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan bahawa 14 Julai sebagai hari pengundian, manakala 6 Julai adalah hari penamaan calon.

Skuad Rajagobal tunjuk taring


INDRA PUTRA (kanan) diasak keras pemain Zimbabwe, Fidelis Mangezie pada aksi persahabatan di Stadium KLFA, Cheras semalam.


KHABAR gembira dijelmakan pasukan bola sepak kebangsaan.

Skuad kendalian K. Rajagobal itu mencatat kemena- ngan bergaya 4-0 ke atas Zimbabwe pada perlawanan persahabatan di Stadium KLFA, Cheras malam tadi.

Turun dalam misi membentuk pasukan terbaik menjelang aksi persahabatan menentang juara Liga Bola Sepak England, Manchester United hujung minggu ini, pasukan negara tampil pada kelas tersendiri.

Malah, kemenangan itu juga dianggap sesuatu yang positif berdasarkan perbezaan ranking antara pasukan negara dengan Zimbabwe.

Ketika ini, Zimbawe menduduki ranking ke-116 dunia, kedudukan yang jauh lebih baik berbanding Malaysia yang sekadar berada di tangga ke-157.

Selain itu, permainan agresif yang dipamerkan pemain negara turut menceriakan hampir 3,000 peminat bola sepak tempatan yang hadir memberi sokongan.

Pada aksi semalam, Safiq Rahim terlebih dahulu membuka jaringan apabila mudah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-45.

Mereka memperoleh sepakan tersebut selepas Nor- shahrul Idlan Talaha dijatuhkan pemain Zimbabwe, Asani Nhongo dalam kawasan kotak penalti.

Babak kedua bersambung, giliran Indra Putra Mahayuddin meletakkan namanya selaku penjaring.

Indra yang menjadi nadi kepada kebangkitan pasu- kan Kelantan musim ini mudah menanduk masuk bola hantaran silang S. Kunalan pada minit ke-49.

Pada minit ke-85, derita pasukan pelawat bertambah apabila pemain gantian, Farderin Kadir menjadikan kedudukan 3-0.

Farderin bijak melepaskan rembatan leret dari sebe- lah kanan untuk menewaskan penjaga gol Zimbabwe, Godfrey Mangove.

Kerakusan skuad negara diteruskan apabila Nor- shahrul meledakkan gol peribadi keduanya untuk Malaysia melengkapkan kemenangan 4-0 pada minit ke-88 perlawanan itu.

12 Jul 2009

Friendly-Malaysia vs Zimbabwe


Malaysia akan menentang Zimbabwe dalam siri
perlawanan persahabatan pada hari Ahad
(12 Julai) jam 8.45 malam di Stadium KLFA
Cheras dan hari Selasa (14 Julai) jam 5.30 ptg
di Stadium Shah Alam.

Tiket perlawanan berharga RM10 untuk dewasa
dan RM5 untuk kanak-kanak akan mula dijual
di kedua-dua stadium pada hari perlawanan.