30 Mei 2011

Kelantan ‘hutang budi’ Kedah

Red Warriors hanya menang tipis 1-0 tewaskan Pahang di Kota Bharu

KELANTAN berterima kasih kepada Kedah yang menundukkan Terengganu (1-0), sekali gus membawa The Red Warriors kembali ke persada Liga Super selepas turut menang tipis ke atas Pahang 1-0 di Stadium Sultan Mohamad ke-IV, Kota Bharu, kelmarin.

29 Mei 2011

Liga Super makin hangat

Aksi Liga Super 2011 semakin hangat apabila tiga pasukan iaitu Kelantan,Terrengganu dan Selangor bersaing rapat untuk merebut kejuaraan.

Kelantan yang baru merampas takhta liga dari Terengganu ekoran kemenangan tipis 1-0 keatas Pahang semalam menghadapi tugas getir apabila dijadualkan bertemu Terengganu.Pertembungan ini boleh diibaratkan pertembungan paling menarik kerana pemenang bakal menjuarai Liga.

Piya wira Red Warriors

NORSHAHRUL (kanan) melonjak merebut bola mengatasi pemain Pahang, Zaiza Zainal Abidin pada saingan Liga Super di Kota Bharu, malam tadi.

Gol jaringannya bantu Kelantan rampas persada liga, Terengganu gigit jari tewas 0-1 di halaman sendiri

KELANTAN kembali mendahului persada Liga Super dengan kelebihan jaringan selepas mengutip mata penuh mengatasi Pahang 1-0, sementara pendahulu sebelumnya, Terengganu tersentak apabila tewas 0-1 kepada Kedah di halaman sendiri, malam tadi.

28 Mei 2011

Terkini Liga Super 2011 : Kelantan vs Pahang

Yahooooo...Teganu Kaloh 1-0 kepada Kedah... 

Full Time :


Kelantan 1 - 0 Pahang

Kelantan sedang mendahului Pahang hasil jaringan Badri Radzi.NorSahrul pula gagal menyempurnakan sepakan penalti apabila mudah diselamatkan oleh penjaga gol Pahang.Di Kuala Terengganu,Kedah sedang mendahului Terengganu 1-0 hasil jaringan Baddrol Bakhtiar.

Kemenangan Kelantan malam ini membolehkan Kelantan menerajui Takhta liga yang dirampas Terengganu sebelum ini.Apa yang menariknya 'penentuan' peneraju liga untuk perlawanan ke-24 adalah diantara Kelantan dan Terengganu pada 6 jun ini iaitu pada hari isnin.Kelantan akan berkunjung ke Kuala Terengganu bagi memastikan siapa jaguh Pantai Timur yang paling hebat musim ini.Sama-sama kita doakan kejayaan Kelantan nanti.

Keputusan-keputusan lain:-


Perak 2 -0 T.Team
Terengganu 0 - 1 Kedah 
H.Muda A 2 - 0 Sabah
K.L 1 - 2 Johor FC
Perlis 0 - 1 Felda Utd
Selangor 2 -0 N.Sembilan

26 Mei 2011

Idea dan pandangan dari Presiden KAFA,Tan Sri Annuar Musa

Presiden KAFA memohon cadangan dari penyokong-penyokong Kelantan melalui facebooknya,antara cadangan-cadangan beliau : -

1.JUALAN TIKET DI HAD SETAKAT 18,000
2.pintu di buka mulai pukul 7.30/lepas azan
3.penjualan Makanan/minuman di haramkan
4.menggabungkan semua Kelab penyokong
5.RUANG scoreboard utk ahli Kelab saja
6.sistem harga tiket rm10/12/15 mengikut petak Tempat duduk terbuka
7.pass bermusim perlu/tidak

Ini adalah lantaran 'keganasan' dari penyokong-penyokong Kelantan serta 'kesesakan' yang berlaku pada perlawanan dengan pasukan T.Team semalam serta pasukan-pasukan lain sebelum ini.

Kelantan 1-2 T-Team | LIGA SUPER 2011-Ulasan Azman Ibrahim



credit : Sokernet

Cetusan rasa dari Sek Kito

Penonton sentiasa Hardcore...
Coach pasukan kito supo Pok kor....
Asyik duk angguk Palo apo yang Asst coach kato...
Nok harap ko taktikal..tok tahu gapo...
Player hok buleh main molek-molek ado...duk sipe wak sako...
Nok main tok leh mugo coach dan kuncu-kuncu nyo tok berapo suko...
Pah time team keno..Tan Sri dan penyokong hok menderita...
Nok wak guano mugo Pitih abih JUTO-JUTO...
Semata-mata nok tgk TRW berjaya sokmo...
Duit abih tok caro mano....katonyo penyokong dan Tan sri Annuar Musa...
Mujur la ado penyokong kito...
Stadium penuh sokmo...buleh wak backup kantung gaji player..
Main manopun pok kito tok caro...giiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii SOKMO!!!
Ni 11 aribulan final pulok puok kito....
Tapi kalu duk main coach wak caro tulo....
tok napok jalanlah sek kito nok jadi juara....
AIR MATo LA TETU KESUDAHANYA....

PAROK NISE PADO GULO!!!

The Red Warriors tumbang

Kelantan 1 - 2 T.Team

Gol Indra minit-minit akhir musnahkan impian Kelantan,rekod tanpa kalah digelanggang sendiri musim ini lebur...

Kelantan akhirnya tumbang di gelanggang sendiri gara-gara kecuaian barisan pertahanan di saat-saat akhir perlawanan.Rizal Fahmi terpaksa menerima hakikat bahawa kecemerlangan beliau dalam perlawanan ini tercemar gara-gara satu kesilapan yang membolehkan Indra menghasilkan gol kemenangan T.Team.

25 Mei 2011

'Kelantan lunas hasrat balas dendam'

MISI membalas dendam jelas terpancar pada wajah Datuk M Karathu dan anak didiknya apabila Kelantan turun menentang T-Team dalam perlawanan penting Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, malam ini.

Devan bengang

“KENAPA saya harus letak jawatan. Dalam tempoh dua tahun, saya sudah membawa lima piala untuk Selangor, ada jurulatih lain boleh memberikannya?”

Persoalan itu dilontar ketua jurulatih Selangor yang juga pengurus pasukan, K Devan berikutan khabar angin peminat Merah Kuning itu yang hilang sabar akibat kekalahan 2-1 kepada Pahang, Jumaat lalu ketika skuad itu memerlukan kemenangan untuk terus bersaing merebut kejuaraan Liga Super musim ini.

24 Mei 2011

‘Saya sudah lihat sinaran baru’

Piya yakin Red Warriors calon paling layak julang Piala FA musim ini

KAPTEN skuad Kelantan, Mohd Badhri Rahdzi sudah melihat satu sinaran baru betapa pasukannya kini berada dalam landasan terbaik untuk mengungguli lebih daripada satu trofi, musim ini.

23 Mei 2011

KAFA pecah rekod...

KAFA ingin memecahkan rekod untuk sukan bolasepak di Malaysia apabila menawarkan tiket berharga RM1000.Di fahamkan tiket tersebut dikhaskan untuk penaja-penaja yang ingin memberi sumbangan kepada KAFA dalam merealisasikan impian merangkul Piala FA musim ini.Penaja-penaja akan diberikan tiket kapal terbang serta penginapan serta kemudahan pengangkutan ke Stadium Bukit Jalil pada hari perlawanan.

Menarik kah perlawanan Akhir Piala FA 2011 nanti?

Final Piala Fa 2011 akan berlangsung kurang tiga minggu lagi,bahangnya sudah dapat dirasakan dikalangan penyokong-penyokong setia The Red Warriors dan penyokong-penyokong 'Sang Penyu'.

Kelantan sekadar seri

SHAH ALAM - Harimau Muda A berjaya mengikat Kelantan 2-2 pada perlawanan Liga Super 2011 di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Keputusan seri 2-2 Kelantan menentang Harimau Muda A itu, ternyata memberi ruang kepada Terengganu merapatkan jurang untuk berkongsi takhta Liga Super setelah mengalahkan Negeri Sembilan 3-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. 

Video Harimau Muda A vs Kelantan 2011



Credit : SokerNet

22 Mei 2011

Info TRW 2011 : Harimau Muda A vs Kelantan

Update : 

Full Time :

Harimau Muda A 2 - 2 Kelantan


Keputusan lain :

Felda Utd 0 - 1 Perak
Johor FC 2 - 1 Perlis
Pahang 2 -  1 Selangor
Terengganu 3 - 0 N.Sembilan
Kedah 0 - 0 K.Lumpur
Sabah 1 - 3 T.Team

info live Futbol24

Poll Arena : Terengganu pilihan juarai Piala FA

Undian

1. Pasukan manakah yang bakal menjulang trofi Piala FA musim 2011?


Kelantan (151) 45%
Terengganu (188) 55%


Undian yang dijalankan oleh Arena Astro memihak kepada pasukan Penyu.

Sumber : Astro Arena

Gambar sekitar pertunangan Khairul Fahmi

Arab mana da....
Sehati sejiwa


lagi gambar-gambar menarik  jejariruncing

KAFA sedia bantu penyokong

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) bersedia membantu menguruskan pembelian tiket untuk peminatnya menyaksikan perlawanan akhir Piala FA menentang Terengganu di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada 11 Jun ini.

Red Warriors resah

PENGURUS pasukan Kelantan, Azman Ibrahim, bimbang dengan keadaan beberapa pemain yang masih kepenatan, malah ada yang mengalami sedikit kecederaan dan demam ketika Kelantan bakal berdepan Harimau Muda A di Stadium Shah Alam, malam ini.

Perebutan Kasut Emas

Final Piala FA di Stadium Nasional

Venue perlawanan akhir bolasepak Piala FA antara Kelantan dan Terengganu ialah Stadium Nasional di Bukit Jalil.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata perkara itu diputuskan selepas   Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bermohon supaya perlawanan itu diadakan di venue itu pada 11 Jun.

21 Mei 2011

PKNS juara Liga Perdana selepas tewaskan Johor 2-0

KUALA LUMPUR 20 Mei - Kelab Selangor, PKNS sah bergelar juara bola sepak Liga Perdana 2011 selepas menumpaskan Johor 2-0 dalam perlawanan ke-19 mereka di Stadium Petaling Jaya, malam ini.
Biarpun masih berbaki tiga perlawanan liga, skuad bimbingan Abdul Rahman Ibrahim itu yang sudah mengumpul 51 mata, tidak mungkin dapat ditandingi pencabar terdekatnya, Sarawak.
Gol PKNS dijaringkan oleh Ahmad Tarmini Saiban menerusi tandukan daripada sepakan bebas dan terjahan Mohd. Azrif Nasruhaq masing-masing pada minit ke-56 dan 72.

Keputusan lain Liga Perdana, malam ini
ATM 1 Pulau Pinang 0
MP Muar 2 Pos Malaysia 2
SDM Navy 2 Sime Darby 1
Sarawak 3 PDRM 0
USM 1 Harimau Muda B 0.

Sumber Utusan Malaysia

19 Mei 2011

Terkini Liga Super 2011 : Felda Utd vs Kelantan

Full time
Felda Utd 1 - 3 Kelantan

Kelantan sedang mendahului Felda United 1-0 hasil jaringan ketua pasukan,Badri Radzi.Gol tersebut berpunca dari hantaran pemain pertahanan Kelantan Daudsu.

Sebelum itu Khairul Fahmi telah berjaya menyelamatkan sepakan penalti dari pemain Felda United pada minit ke-5 perlawanan.

Kelantan memperolehi kemenangan hasil jaringan Badri,penalti dari NorSahrul serta gol sendiri dari pemain Felda Utd.

Permainan Kelantan malam ini 'hancur lebur',walaupun menang tetapi tiada 'klimaks' dari pemain-pemain.Hakikat yang perlu diterima oleh penyokong-penyokong Kelantan bahawa coach hanya mengharapkan 'kesebelasan' utama sahaja untuk digunakan dalam setiap perlawanan, tapi pandai pula komen bahawasanya players kelantan tak cukup rehat....yang lain simpan buat pekasam dan hanya kroni-kroni serta pemain yang diminati oleh coach dan pihak pengurusan saja dapat bermain 'bola'... REALITINYA.......

Keputusan lain :
  • N.Sembilan 2 - 1 Johor FC
  • H.Muda A 1 - 2 Terengganu
  • Pahang 0 - 2 K.Lumpur
keputusan lain yang berlangsung petang tadi :
  • T.Team 2 - 1 Selangor
  • Perak 1 - 1 Sabah

Stadium Nasional dapat lampu hijau

PERSOALAN pihak mana yang akan membayar RM500,000 sebagai penalti kepada kontraktor terhadap penangguhan kerja penurapan trek di Stadium Nasional, Bukit Jalil bukan lagi menjadi isu.

Rekod pertemuan TRW vs Felda Utd 2011

Liga Super :P1
Kelantan     6-0    Felda United
   
Piala FA : Suku Akhir
Kelantan           2 - 2     Felda United       
Felda United     0 - 3     Kelantan
Aggr.     Kelantan     5 - 2     Felda United

Liga Super : P2
Felda Utd  ?? - ?? Kelantan

Mampukah TRW mengulangi rekod pertemuan yang memihak kepada mereka tahun ini?

Red Warriors sedia ‘baham’ FELDA

SELEPAS kejayaan mara ke perlawanan akhir Piala FA, kapten Kelantan, Mohd Badri Radzi mahu memburu kemenangan ke atas FELDA United pada pertemuan pusingan kedua Liga Super di Stadium KLFA Cheras, malam ini.

18 Mei 2011

Kenyataan Media : Kelantan akan bina stadium muat 40,000

Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini.

Faktor penggempur

Oleh Syed Riduan Ahmad
smriduan@nstp.com.my
2011/05/18

pix_gal0
Senjata tambahan jadi penentu skuad Karathu, Irfan ke final Piala FA

TUGAS berat menanti dua penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat dan Mohd Sharbinee Allawee (gambar) pada final Piala FA antara Kelantan dan Terengganu pada 11 Jun nanti yang bakal menyaksikan pertembungan dua pasukan dengan peledak berbisa musim ini.

330 terpilih sertai Akademi Bola Sepak Alhamra

KOTA BHARU - Akademi Bola Sepak Alhamra Red Warrrior (Army) akan memulakan latihan sulung di tujuh pusat latihan masing-masing tidak lama lagi.
Ia melibatkan 330 pelatih yang telah dipilih selepas sesi pemilihan di enam lokasi seluruh negeri bermula penghujung bulan Mac lalu.

Venue final Piala FA belum ditetapkan - Azzuddin

VENUE aksi final Piala FA antara Kelantan dan Terengganu yang akan berlangsung pada 11 Jun depan, hanya akan diketahui selewat-lewatnya minggu ini.

Karathu senyum lebar


KAPTEN Kelantan, Badri Radzi (kiri) melakukan percubaan ke gawang Selangor pada aksi separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam kelmarin.


KEGEMBIRAAN jelas terpancar di raut wajah pengendali Kelantan, Datuk M. Karathu sebaik sahaja barisan kendaliannnya mengesahkan tempat ke final Piala FA.

16 Mei 2011

Karathu tagih aksi mantap

Oleh Ismail Muhamad
bhsukan@bharian.com.my
2011/05/16

KARATHU (kiri) memberi penerangan kepada pemain Kelantan sebelum  
menjalani latihan ringan, semalam. - Foto Fathil Asri
KARATHU (kiri) memberi penerangan kepada pemain Kelantan sebelum menjalani latihan ringan, semalam. - Foto Fathil Asri
Jurulatih Kelantan tetap anggap perlawanan separuh akhir kedua getir

BAYANGAN ke pentas final sudah terbayang namun Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu tetap menganggap perlawanan separuh akhir kedua Piala FA menentang The Red Giant di Stadium Sultan Muhammad ke-IV malam ini, sebagai getir.

Sentuhan pemusnah Ramzul masih berbisa


RAMZUL (dua dari kanan) bersama rakan-rakan sepasukannya giat menjalani latihan di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu semalam.


NAMA Muhammad Ramzul Zahini Adenan tiba-tiba kembali meniti di bibir penyokong serta peminat bola sepak Kelantan.
Semuanya bermula apabila Ramzul meledak dua gol bagi membantu Kelantan mencipta kemenangan bergaya 5-1 ke atas Selangor pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Shah Alam, Jumaat lalu.

15 Mei 2011

Karathu puji semangat Red Warriors

Kemenangan besar Kelantan ke atas Selangor adalah perlawanan terbaik pasukan musim ini
TANPA berfikir-fikir, Datuk M Karathu mentakrif kemenangan besar Kelantan ke atas Selangor dalam saingan separuh akhir pertama Piala FA, malam kelmarin adalah perlawanan terbaik bagi pasukannya, musim ini.

Satu malapetaka - Devan


PEMAIN Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha (tengah) diraikan rakan sepasukan, Mohd. Badri Mohd. Radzi (dua dari kiri) dan Khalid Jamlus selepas menjaringkan gol kelima di Stadium Shah Alam kelmarin.


"KEKALAHAN teruk ini boleh dianggap satu malapetaka buat Selangor. Inilah kekalahan terbesar yang pernah kami alami. Saya memang tak sangka."

14 Mei 2011

TRW di Padang PPD Pasir Mas

Menurut fb Tan Sri Annuar, pasukan TRW akan berada di Padang PPD Pasir Mas pada petag ini jam 4 petang.. Marilah kita ramai² pakat g memberi sokongan kepada TRW dan melihat dengan lebih dekat pasukan yang meratah Selangor pada malam td. 

Berikut petikan daripada fb Tan Sri Annuar..
"ESOK 14hb THE RED WARRIORS AKAN BERADA DI PADANG PPD PASIR MAS JAM 4PTG DI IRINGI AHLI BIG BIKERS..SETIAP PEMAIN AKAN MENENDANG BOLA YG SIAP DITANDATANGANI KE ARAH PARA HADHIRIN...TURUT BERSAMA IALAH YB DATO SRI NOH OMAR YG MERESMIKAN KARNIVAL KADA-TRW...SEBARKAN..."

Pakat² stand by la blako nok igak bola tu, mana tahu ado rezeki, boleh bola hok pemain tandotange..

Selangor 1-5 Kelantan | Separuk Akhir 1 PIALA FA 2011 [TV1]

Amukan Kijang

“PERLAWANAN terbaik pada musim ini.” Itu reaksi ketua jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu selepas skuad The Red Warriors itu hampir pasti ke final Piala FA musim ini apabila membelasah Selangor 5-1 pada separuh akhir pertama malam tadi.

Kelantan ratah Gergasi Merah


PENYERANG Kelantan, Khalid Jamlus (kiri) diasak dua pemain Selangor, Mohd Buyamin Omar (tengah)) dan Yosri Derma Raju pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Shah Alam malam tadi.


KELANTAN boleh dikatakan sudah hampir pasti layak ke final Piala FA setelah membelasah teruk Selangor 5-1 pada separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam malam tadi.

Selangor 1 - 5 Kelantan

12 Mei 2011

P'lawanan MSL'11 T.Team vs Harimau Muda 'A'

KEPUTUSAN PENUH :
T.TEAM 1-3 HARIMAU MUDA 'A'

Fahmi penyelamat Kelantan

FAHMI pamer aksi cemerlang apabila berjaya mengawal gawang tanpa bolos ketika berdepan Perlis, Kuala Lumpur, Selangor, Johor FC, Kedah dan Negeri Sembilan.

Gawang Red Warriors belum terbolos selepas enam perlawanan

KELANTAN harus menghambur pujian ke atas Khairul Fahmi Che Mat yang tampil gah menafikan Negeri Sembilan daripada mengutip mata penuh di Paroi, malam kelmarin. 

Minta FAM siasat insiden bakar bendera

KOTA BHARU - Kelab Penyokong Siber Bola Kelantan (kelate.net) mendesak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil tindakan terhadap insiden penyokong bola sepak Negeri Sembilan yang didakwa membakar bendera Kelantan ketika perlawanan Liga Super di antara kedua-dua pasukan di Seremban, kelmarin.

11 Mei 2011

Bakar bendera Kelantan...siapa yang tak bertamadun sebenarnya?

Tak bertamadun dan biadap(gambar dari Blog Rizal Hashim)
Alahai Jang buat lagi...memang jenis tak boleh menerima hakikat bahawa pasukan mereka lemah...lemah selemahnya.Hajat hati nak tumbangkan The Red Warriors tapi diri sendiri yang nak tumbang...mujur lah penjaga garisan 'low class' yang tolong kalau tidak memang Jang dah tersungkur di Paroi semalam.

Membuat Keputusan Kritikal


MEMBUAT KEPUTUSAN KRITIKAL
(Amir Sharifuddin Wong)

PENDAHULUAN
Apabila keputusan Pengadil adalah berdasarkan pendapatnya, kebolehan untuk melaksanakan keputusan sedemikian untuk menghukum, bergantung kepada tindakbalas pemain. Jika anda boleh lakukannya dalam sekelip mata, dan melakukannya dengan tegas, iaitu ia perlu dilihat sebagai betul pada masa itu (walaupun orang lain mungkin berkeputusan berlainan) – bolasepak adalah sesuai untuk anda (Julian Carosi).

Kelantan di nodai?

Kelantan terpaksa berputih mata apabila sekadar seri 0-0 dengan Negeri Sembilan semalam.Perlawanan tersebut ternyata menjadi bualan hangat penyokong-penyokong The Red Warriors kerana peluang untuk Kelantan mengutip tiga mata dinafikan oleh dua orang penjaga garisan dari wisma FAM.

Kelantan gagal rampas takhta

PEMAIN Negeri Sembilan, Mohd Alif Samsudun (kiri) berebut bola dengan pemain Kelantan, Zairul Fitree Ishak dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam tadi.

Red Warriors sekadar seri dengan Negeri Sembilan di Stadium Paroi
KELANTAN gagal merampas kembali tampuk penguasaan Liga Super apabila sekadar seri 0-0 menentang Negeri Sembilan di Stadium Paroi, malam tadi.

FAM disiasat

IMBAS KEMBALI... Penyerang Malaysia, Zaquan Adha Radzak (kiri) bersaing dengan pemain Zimbabwe, Voster Chitema pada perlawanan persahabatan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 12 Julai 2009.

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan disiasat pegawai antirasuah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang dijadual datang ke negara ini minggu depan.

9 Mei 2011

Laluan tiga pasukan dalam baki saingan Liga Super 2011

Laluan pasukan mana yang paling sukar?

Kelantan :

  1. N.Sembilan vs Kelantan*
  2. Felda United vs Kelantan
  3. Harimau Muda vs Kelantan

Kelantan perlu menang

Keputusan liga super untuk malam ini sudah diketahui dan kejutan serta harapan penyokong Kelantan berlaku jua.Terengganu sebuah pasukan mantap kendalian Irfan Bakti tersungkur akhirnya ditangan Johor FC dengan jaringan 2-1.

Kelantan vs Kedah

8 Mei 2011

Tiket RM 5 untuk kanak-kanak

Pada perlawanan Liga Super Kelantan menentang Kedah khabar 'duka' diterima penyokong-penyokong Kelantan yang sering membawa anak ke Stadium untuk menonton perlawanan melibatkan TRW apabila pihak KAFA mengumumkan akan mengenakan tiket bagi kanak-kanak.Sebelum ini kanak-kanak dibenarkan masuk tanpa membeli tiket.

Kelantan makin mengganas

KHALID JAMLUS membuka jaringan Kelantan pada aksi menentang Kedah kelmarin.

KELANTAN terus mengungguli persada liga selepas mencatat kemenangan kelima berturut- turut pada pusingan kedua Liga Super selepas membenam cabaran Kedah 2-0 di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam kelmarin.

Kelantan kian bisa

Karathu mahu anak didik Red Warriors lebih waspada

KETUA jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu mengakui anak buahnya terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya mengutip mata penuh ketika menewaskan Kedah 2-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Mohamad Ke- IV, Kota Bharu, malam kelmarin. 

7 Mei 2011

Aksi Kelantan Vs Kedah 6 May 2011


Jaringan Mat Yo yg. dinafikan




Percubaan pertama Khalid




Nurul Azwan Roya menewaskan penjaga gol Kedah


Gol pertama Khalid






Chanturu menerima umpanan Khalid


Rembatan untuk gol kedua









6 Mei 2011

Terkini : Kelantan vs Kedah

Kelantan 2 (khalid, chanturu) - 0 Kedah

lain² keputusan:

Sabah 2 - 0 Negeri Sembilan
Terengganu 4 - 0 Kuala Lumpur
Perak 0 - 0 Pahang
Selangor 3 - 2 Johor FC
Perlis 2 - 1 T-Team
Felda United 2 - 0 Harimau Muda

5 Mei 2011

Beri Norshahrul masa: Karathu

‘Saya akan berbincang untuk kenal pasti punca dia kemarau gol’

KELIBAT penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha yang kebuntuan jaringan dalam aksi Liga Super sejak kebelakangan ini tidak mengundang rasa cemas buat jurulatih Datuk M Karathu.

3 Mei 2011

Info TRW : Johor FC vs Kelantan

Update : Keputusan Penuh :

Johor FC 0 - 1 Kelantan

Gol pertama Kelantan telah dijaringkan oleh Mohd Badri Radzi minit ke 45.Johor FC 0 - 1 Kelantan.

Keputusan lain :

Pahang 0 - 0 Felda Utd
N.Sembilan 3 -1 Perak
K.Lumpur 1 - 3 Selangor
Terengganu 3 - 1 Perlis
Kedah 1 - 1 Sabah

2 Mei 2011

Piya dah kembali?

Aksi Piya setelah menjaringkan gol untuk Kelantan musim lepas
Bagi mereka yang menyaksikan perlawanan Kelantan menentang Kuala Lumpur baru-baru ini pasti merasa sudah ada perubahan dari kapten pasukan,Badri Radzi yang dikecam hebat sebelum ini gara-gara persembahan buruk beliau.

Jadual Liga Super Pusingan kedua 2011


Klik gambar atau jadual untuk lebih jelas...

Sumber : KAFA

*Tertakluk kepada perubahan dari FAM

Kelantan tekad kekal rentak

The Red Warriors mahu pertahankan kedudukan tangga teratas carta

DATUK M Karathu tampil dengan nada keras, semalam apabila mengutarakan betapa Kelantan kini bertekad mempertahankan kedudukan tangga teratas Liga Super, musim ini dan menyambung terus rentak kemenangan sehingga perlawanan terakhir.

“Kami akan menentang Johor selepas ini. Sudah pasti ia menjadi satu lagi tugas besar untuk pasukan dan saya benar-benar berharap pemain akan terus mengekalkan tahap kecemerlangan sepanjang baki cabaran liga nanti. 

Kijang cemerlang

KELANTAN meneruskan kecemerlangan apabila berjaya menewaskan Kuala Lumpur 2-0, di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu malam kelmarin, sekali gus merampas kedudukan Selangor selaku pendahulu liga musim ini dengan perbezaan jumlah jaringan.

1 Mei 2011

Kelantan kembali ke puncak



BADRI (kiri) menjaringkan gol pembukaan Kelantan pada aksi menentang Kuala Lumpur di Kota Bharu malam tadi.


KELANTAN berjaya merampas kedudukan selaku pendahulu Liga Super 2011 daripada Selangor selepas membenam Kuala Lumpur 2-0 pada aksi di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam tadi.

Gol Piya dan Chanturu