VENUE aksi final Piala FA antara Kelantan dan Terengganu yang akan berlangsung pada 11 Jun depan, hanya akan diketahui selewat-lewatnya minggu ini.
"Ia masih dalam perbincangan. Kita pasti akan tentukan perlawanan akhir Piala FA pada Jumaat nanti ataupun selewatnya dalam minggu ini," kata Azzuddin semalam.
Ditanya sama ada pemilihan venue akan melibatkan di Kelantan ataupun Terengganu, beliau berkata, perkara tersebut tidak akan berlaku memandangkan kapasiti kedua-dua stadium tersebut tidak mampu menampung jumlah penonton pada aksi final nanti.
Perlawanan itu dijangka berlangsung di Stadium Shah Alam yang berkapasiti 80,000 tempat duduk ketika Stadium Nasional di Bukit Jalil masih dalam proses pe- nyelenggaraan.
Sekiranya FAM berhasrat untuk menggunakan Stadium Nasional sebagai venue perlawanan tersebut, badan induk itu perlu mencari RM500,000 untuk menanggung kos penangguhan pembaikan trek di stadium tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan