KOTA BHARU - Kelab Penyokong Siber Bola Kelantan (kelate.net) mendesak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil tindakan terhadap insiden penyokong bola sepak Negeri Sembilan yang didakwa membakar bendera Kelantan ketika perlawanan Liga Super di antara kedua-dua pasukan di Seremban, kelmarin.
Timbalan Presidennya, Mahizi Mahmmod berkata, perbuatan itu bertentangan dengan semangat kesukanan dan mencemarkan imej penyokong negeri itu.
"Saya berharap FAM menilai perkara ini secara mendalam kerana ia melibatkan maruah pasukan yang bertanding dan bertentangan dengan prinsip-prinsip bola sepak.
"Siasatan perlu dilakukan dan sekiranya ia satu kesalahan maka tindakan tegas perlu diambil bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang lagi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Mahizi meminta penyokong setia The Red Warriors supaya tidak melatah dengan insiden tersebut dan mengekalkan semangat kesukanan serta tidak melakukan perkara yang sama.
Sumber : utusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan