9 Mei 2011

Kelantan perlu menang

Keputusan liga super untuk malam ini sudah diketahui dan kejutan serta harapan penyokong Kelantan berlaku jua.Terengganu sebuah pasukan mantap kendalian Irfan Bakti tersungkur akhirnya ditangan Johor FC dengan jaringan 2-1.


Seteru utama Kelantan adalah Selangor yang masih lagi mengekalkan rentak kemenangan dengan menjadikan mangsa terbaru mereka Kedah.Pasukan kendalian Wan Jamak ini terpaksa menelan hakikat bahawa Kedah belum mantap lagi untuk menewaskan Selangor.

Kelantan yang tidak bermain malam ini bakal turun esok menentang 'bekas' seteru utama iaitu Negeri Sembilan dilihat tidak mempunyai masalah untuk menewaskan pasukan tersebut andai pemain-pemain dapat mengekalkan komitmen sepenuhnya kepada pasukan.Hanya kemenangan sahaja yang dapat memastikan impian bergelar juara Liga Super tercapai musim ini.

Seri merumitkan keadaan,
kalah memadamkan harapan!!! 

Ayuh gegarkan Paroi The Red Warriors!!!

Tiada ulasan: