2 Mei 2011

Kijang cemerlang

KELANTAN meneruskan kecemerlangan apabila berjaya menewaskan Kuala Lumpur 2-0, di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu malam kelmarin, sekali gus merampas kedudukan Selangor selaku pendahulu liga musim ini dengan perbezaan jumlah jaringan.

Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu berkata, meskipun mempunyai jumlah mata yang sama iaitu sebanyak 33 mata, tetapi jumlah jaringan yang banyak meletakkan Kelantan pada kedudukan pertama Liga Super ketika ini.

Katanya, beliau memang menjangkakan saingan sengit ketika menyaksikan pertembungan Kelantan dengan Kuala Lumpur sebelum ini berikutan lawan miliki ramai pemain muda dan bertenaga, selain mampu mengasak kubu pertahanan pasukannya.

Karathu berkata, beliau memuji barisan pertahanan kerana berjaya mengawal permainan walaupun diasak bertubi-tubi namun jaringan sulung Mohd Badri Radzi pada babak pertama meningkatkan semangat pemain untuk mengharungi babak kedua.

“Permainan memang sengit, walaupun menang, Kuala Lumpur adalah pasukan kuat dan mampu melakukan serangan balas pantas memaksa Kelantan bertungkus-lumus menyelamatkan beberapa serangan berbahaya lawan “Barisan pertahanan dan penjaga gol Kelantan, Mohd Khairul Fahmi Che Mat mempamerkan aksi cemerlang kerana berjaya mengecewakan lawan,” katanya.

Katanya lagi, Kelantan akan cuba mempertahankan kedudukan teratas Liga Super untuk mengelak keciciran mata dan dipintas Selangor dan Terengganu yang mengumpul 33 dan 32 mata.
Sementara itu, Jurulatih Kuala Lumpur, Razip Ismail kecewa kerana pasukannya gagal menjaringkan gol walaupun miliki banyak peluang

Tiada ulasan: