26 Mei 2011

The Red Warriors tumbang

Kelantan 1 - 2 T.Team

Gol Indra minit-minit akhir musnahkan impian Kelantan,rekod tanpa kalah digelanggang sendiri musim ini lebur...

Kelantan akhirnya tumbang di gelanggang sendiri gara-gara kecuaian barisan pertahanan di saat-saat akhir perlawanan.Rizal Fahmi terpaksa menerima hakikat bahawa kecemerlangan beliau dalam perlawanan ini tercemar gara-gara satu kesilapan yang membolehkan Indra menghasilkan gol kemenangan T.Team.


Malam ini membuktikan bahawa skuad kendalian Datuk M.Karathu ini masih lagi belum sempurna untuk bergelar juara.Jika sebelum ini banyak kesilapan yang ditonjolkan skuad DMK,bezanya mereka selalu bernasib baik kerana tidak mengalami kekalahan.

Walaupun gol pertama T.Team boleh dipertikaikan,keputusan pengadil adalah muktamad.Penjaga garisan sekali lagi menjadi tumpuan apabila keputusan beliau mencetuskan kontroversi sehinggakan segelintir penyokong-penyokong Kelantan yang tidak berpuashati 'merusuh' diluar stadium.Natijahnya pihak FRU terpaksa bertindak tegas.

Malam ini juga boleh dijadikan pengajaran agar tidak terlalu mendabik dada dengan kekuatan pasukan yang ada kerana semangat melawan luar biasa yang ditunjukkan T.Team gagal disekat oleh pemain-pemain TRW.Kemampuan NorFarhan dengan larian kencangnya berjaya mengucar kacirkan pertahanan Kelantan.

Kehilangan Daudsu yang terpaksa direhatkan  kerana pengantungan akibat menerima kad kuning ternyata memberi impak yang besar kepada pasukan.Inilah akibatnya jika terlalu bergantung kepada 'skuad utama',sedangkan pemain-pemain simpanan tidak diturunkan bagi menyesuaikan diri dengan strategi pasukan.

Kelantan sepatutnya boleh mencuri satu mata tetapi strategi merapu menyebabkan Kelantan terpaksa melepaskan rekod tanpa kalah digelanggang sendiri.Serangan balas pasukan T.Team ternyata memakan diri Kelantan apabila hanya mebiarkan dua pemain pertahanan sahaja berada di bawah.Kecerdikan Indra serta kecuaian Rizal diminit-minit akhir perlawanan telah menyebabkan rekod tersebut hancur ditangan musuh tradisi Kelantan musim ini.

Andai ingin merangkul Piala FA musim ini,Post Mortem perlu dilakukan oleh pengurusan tertinggi,cari dimana silapnya kekalahan Kelantan malam ini.Jurulatih DMK perlu memikul tanggungjawab atas kekalahan malam ini kerana percaturan merapu beliau tidak menjadi malam ini.

Keputusan perlawanan lain : 

Johor Fc 0 - 1 Kedah
K.Lumpur 1 - 1 N.Sembilan
Perlis 1 - 2 Perak
Selangor 1 - 2 H.Muda A
Sabah 2 - 1 Felda Utd
Terengganu 5 - 0 Pahang

10 ulasan:

cikgu jimmy berkata...

Koho payoh napok gayo ni….ado 4 game lagi…semua game ngan team hok kito tok menang maso first round. harap2 ado sinar la….

Tanpa Nama berkata...

keno mene semua game..harap-harap terengganu kaloh untuk game sterusnya

Tanpa Nama berkata...

kekalahan kelate dgn T-team sudoh pasti bakar semangat juang TRW untuk mng game seterusnya.

MOHD RAZMI berkata...

kito tok leh harapkan team lain kaloh,kita yang kena pastikan kemenangan utk plawanan seterusnya tanpa kalah

Tanpa Nama berkata...

SILAP-SILAP PAH NI PAHANG PULOK MENGAIBKAN KITO...

Tanpa Nama berkata...

menang kalah 2 adat pertandingan... yang pasti puak kita dah kejo sungguh

Tanpa Nama berkata...

janganlah berdoa agar kita kalah atau dikalahkan...kita mesti fikir yang positif... kita berusaha untuk menang...kita pasti boleh

jeput pise berkata...

rilek blakow. baselona pon kaloh jare2.

Are-K berkata...

ambo cuma imtak..bui la ko sep smpanan main jugok..ksian ko player..letih sngt.. lg 1, supo biasa2 doh..bilo ada pasukn lawe klte, dia akn main sgguh2....klah ngn pasukn xpnadi xpo..jnji ngn kelate sep dio menang..baso dio la blko gitu..

Tanpa Nama berkata...

lemah kawe tengok last manet keno sokmo

nik