21 Mei 2011

PKNS juara Liga Perdana selepas tewaskan Johor 2-0

KUALA LUMPUR 20 Mei - Kelab Selangor, PKNS sah bergelar juara bola sepak Liga Perdana 2011 selepas menumpaskan Johor 2-0 dalam perlawanan ke-19 mereka di Stadium Petaling Jaya, malam ini.
Biarpun masih berbaki tiga perlawanan liga, skuad bimbingan Abdul Rahman Ibrahim itu yang sudah mengumpul 51 mata, tidak mungkin dapat ditandingi pencabar terdekatnya, Sarawak.
Gol PKNS dijaringkan oleh Ahmad Tarmini Saiban menerusi tandukan daripada sepakan bebas dan terjahan Mohd. Azrif Nasruhaq masing-masing pada minit ke-56 dan 72.

Keputusan lain Liga Perdana, malam ini
ATM 1 Pulau Pinang 0
MP Muar 2 Pos Malaysia 2
SDM Navy 2 Sime Darby 1
Sarawak 3 PDRM 0
USM 1 Harimau Muda B 0.

Sumber Utusan Malaysia

Tiada ulasan: