23 Mei 2011

Menarik kah perlawanan Akhir Piala FA 2011 nanti?

Final Piala Fa 2011 akan berlangsung kurang tiga minggu lagi,bahangnya sudah dapat dirasakan dikalangan penyokong-penyokong setia The Red Warriors dan penyokong-penyokong 'Sang Penyu'.


Ada yang mempersoalkan 'kehebatan' malam final tersebut ekoran terdapat dua perlawanan yang melibatkan Kelantan dan Terengganu.Sebelum final piala FA berlangsung kedua-dua pasukan dijadualkan berentap dalam kempen Liga super pada 6 jun ini.

FAM perlu membuat keputusan penting jika ada permintaan dari kedua-dua persatuan agar di tunda perlawanan liga super melibatkan Terengganu dan Kelantan.

Ironinya perlawanan Liga Super tersebut perlu ditangguhkan kerana sebarang keputusan pada perlawanan pertama sedikit sebanyak akan memberikan impak kepada penyokong kedua-dua pasukan.Jualan tiket juga mungkin terjejas jika keputusan 'besar' berlaku sebelum final Piala FA berlangsung.

Jika perlawanan ini ditangguh atau ditund, 'klimaks' perlawanan dijangka akan lebih menarik lagi..Mungkin akan ada dua 'klimaks' iaitu perlawanan akhir Piala Fa dan perebutan juara Liga Super yang memungkinkan Kelantan dan Terengganu terpaksa membuat penentuan dihujung musim liga super nanti.

Tiada ulasan: