22 Mei 2011

KAFA sedia bantu penyokong

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) bersedia membantu menguruskan pembelian tiket untuk peminatnya menyaksikan perlawanan akhir Piala FA menentang Terengganu di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada 11 Jun ini.
Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya juga telah berunding dengan pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk mengadakan perkhidmatan tempahan khas bagi penyokong negeri itu bertandang ke Stadium Nasional.
"Ini bagi memastikan 60,000 penyokong Kelantan yang bakal menyaksi dan memberi sokongan kepada pemain dari negeri ini," katannya pada majlis orientasi dan pendaftaran Pelatih-Pelatih Akademi Red Warriors Al-Amra (Army) di Pangkal Kala, dekat Kota Bharu semalam.
Pada majlis itu, seramai 320 pelajar pelbagai peringkat umur menyertai akademi itu yang bertujuan melahirkan pemain pelapis yang bakal mewarisi kegemilangan pasukan bola sepak Kelantan.
Annuar berkata, penyokong yang ingin ke Kuala Lumpur secara rombongan supaya menghubungi KAFA bagi mendapatkan tiket.
Katanya, tempahan tiket juga boleh dibuat melalui Internet dan setiap orang boleh membeli empat tiket secara online dengan melayari www.redwarriors@tiket.com.my.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jelas sekali percaturan Peter Butler hampir mengundang padah sedmasa pertemuan dengan PKNS Selangor dengan tidak menurunkan pada permulaan perlawanan Muhammad Gaddar, Indra dan Farhan. Peter telah tersilap mengunderate kemampuan pasukan lawan dan begitu gah dengan kemenangan TRW mengatasi Lion XII. Apa yang sepatutnya ketiga-tiga pemain itu diturnkan terlebih dahulu diawal permainan, dan sdekiranya perlawanan memihak kepada kita, barulah wajar ketiga-tiga pemain itu direhatkan dan diganti dengan pemain-permain simpanan yang ada. Diharap kesilapan seperti ini tidak berulang lagi jika kita mahu melihat Kelantan kekal menjuari Liga Super.