“PERLAWANAN terbaik pada musim ini.” Itu reaksi ketua jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu selepas skuad The Red Warriors itu hampir pasti ke final Piala FA musim ini apabila membelasah Selangor 5-1 pada separuh akhir pertama malam tadi.
“Mereka menunjukkan keazaman tinggi dengan kepelbagaian rentak permainan. Malah kami sepatutnya mendapat jaringan yang lebih besar selepas dua percubaan menggegar palang dan tiang lawan pada separuh masa pertama.
“Namun selepas dua gol awal saya memang merasakan kami boleh mendapat lebih daripada itu dan ternyata tiga gol lagi dijaringkan,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan itu.
Karathu berkata kemenangan itu dicapai hasil kerjasama antara semua pemain dan itu adalah karektor yang diinginkan beliau agar skuad bimbingannya terus cemerlang musim ini.
Kelantan bagaimanapun kehilangan dua pemain pertahanan iaitu Mohd Zairul Fitri Ishak dan Mohd Farisham Ismail akibat penggantungan kad kuning dalam perlawanan timbal balik di Kota Bharu, Isnin ini.
Sementara itu ketua jurulatih Selangor, K Devan ‘kehilangan suara’ dan tidak dapat memberikan kenyataan media selepas menyaksikan anak-anak buahnya tewas untuk kali ketiga di tangan Kelantan musim ini.
“Kalah...kalah,” itu saja yang diperkatakannya selepas dilihat menjerit dan memberikan arahan kepada pemainnya sepanjang perlawanan berlangsung, malam tadi. -HMetro
2 ulasan:
Tahniah kelantan..:))
puh kiri puh kane,,main manopon klate mene...
Catat Ulasan