Perlawanan pusingan kedua akan diadakan pada 26 februari 2012
27 Jan 2013
Piala FA 2013 : Keputusan Penuh Pusingan pertama
PKNS 1 - 0 LIONS XII
PBAPP 5 - 1 Preah Khan Reach
Kuala Lumpur 0 - 5 Pos Malaysia
PDRM 1 - 2 Pulau Pinang
SPA 1 - 3 Terengganu
Johor DT 1 - 0 Perak
Sabah 2 - 1 Felda United
Shahzan Muda 0 - 2 ATM Tentera Darat
T-Team 3 - 2 Perlis
Sarawak 3 - 0 Melaka
Kedah 3 - 0 NS Betaria
Selangor 2 - 2 ATM (Selangor layak penentuan sepakan penalti 3-2)
Johor 2 - 3 Pahang
UiTM 0 - 2 N.Sembilan
PKNS akan bertemu Kelantan pada pusingan kedua.
PBAPP 5 - 1 Preah Khan Reach
Kuala Lumpur 0 - 5 Pos Malaysia
PDRM 1 - 2 Pulau Pinang
SPA 1 - 3 Terengganu
Johor DT 1 - 0 Perak
Sabah 2 - 1 Felda United
Shahzan Muda 0 - 2 ATM Tentera Darat
T-Team 3 - 2 Perlis
Sarawak 3 - 0 Melaka
Kedah 3 - 0 NS Betaria
Selangor 2 - 2 ATM (Selangor layak penentuan sepakan penalti 3-2)
Johor 2 - 3 Pahang
UiTM 0 - 2 N.Sembilan
PKNS akan bertemu Kelantan pada pusingan kedua.
Pengurusan FAM masih di takuk lama?
BANYAK keputusan dikatakan dibuat secara ad-hoc dalam setiap mesyuarat majlis exco FAM.-Gambar hiasan |
BOLA sepak negara sejak kebelakangan ini sering diselubungi kontroversi melibatkan banyak perkara.
Jika dilihat pada sudut yang positif, kekalutan yang melanda memberi
sedikit ruang publisiti untuk menarik semula perhatian peminat bola
sepak bagi mengembalikan zaman kegemilangannya.
Namun, dalam dunia global yang semakin berubah, bola sepak juga
memerlukan satu transformasi yang bukan sekadar dihebohkan dalam akhbar
mahupun televisyen tetapi ia menuntut kesediaan dan komitmen serta jiwa
besar agensi, badan atau individu yang terlibat dalam pembangunan bola
sepak negara.
Dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, kehebatan Liga Malaysia
kembali menjadi tumpuan peminat terutama melibatkan pasukan kerdil yang
kini menjadi gergasi baharu, pasukan yang dulunya begitu gah mengungguli
saingan, kini sudah kehilangan taring, episod gantung menggantung,
‘curi’ pemain, keganasan penonton dan banyak lagi terus mewarnai dunia
bola sepak tempatan yang semakin diminati untuk ditelusuri
perkembangannya.
Apabila membicarakan mengenai bola sepak tempatan, nama Tan Sri
Annuar Musa sudah tentu tidak boleh dihanyutkan begitu sahaja dalam
lipatan sejarah bola sepak Malaysia, terutama apabila beliau sering
dikaitkan sebagai individu yang sering mencetuskan kontroversi.
Sehinggakan jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM) yang dimenangi hanya sempat dirasai selama setahun lapan bulan
sahaja sebelum digantung selama dua tahun setengah kononnya kerana
mengkritik prestasi skuad bola sepak kebangsaan.
Beliau merupakan Timbalan Presiden FAM yang pertama digantung kerana
kelantangannya mengkritik yang pada hemat sesetengah pihak tertentu
sebagai tidak beretika dan beliau tidak berhak walaupun beliau mendakwa
teguran tersebut adalah untuk kebaikan.
Pelbagai kontroversi diharungi beliau penuh dengan ketenangan
sehingga berjaya membawa Kelantan merangkul gelaran trebel musim lalu
sebelum episod kontroversi baharu muncul apabila beberapa pemain The Red
Warriors didakwa 'dicuri' oleh pasukan lain.
Seperti biasa, Annuar keluar dengan pelbagai kenyataan yang mendakwa
pemainnya dibawa keluar menggunakan 'pintu belakang' sehingga
menimbulkan polemik baharu dalam dunia bola sepak tempatan sehingga
menyebabkan FAM terheret sama dalam isu berkenaan.
23 Jan 2013
Bojan gagal?
Setelah Kelantan mengharungi lima perlawanan liga,ketua jurulatih Kelantan,Bojan Hodak dilihat gagal meneruskan legasi kecemerlangan pasukan Kelantan sebelum ini.Mungkin 'tuah' Bojan musim lalu tidak memihak kepadanya musim ini kerana ramai pemain-pemain meninggalkan Kelantan.
Bojan Hodak musim lalu dilihat agak bertuah kerana memiliki barisan pemain-pemain mantap yang sudah digarap oleh jurulatih sebelum ini.Beliau hanya meneruskan kesinambungan dari jurulatih-jurulatih sebelum ini dengan pengharapan tinggi kepada pemain-pemain yang menyaksikan Kelantan bergelar juara 'treble' musim lalu.
Perlawanan Kelantan menentang Negeri Sembilan semalam menceritakan segala-galanya apabila Bojan GAGAL membentuk serta merencanakan taktikal terbaik untuk pemain-pemain yang menyaksikan pemain-pemain gagal menterjemahkan kemenangan kepada pasukan.
Gambar menarik penyokong Negeri Sembilan dan Kelantan
Gambar ini diambil dari facebook rakan-rakan kelatefc credit untuk tuan punya gambar ini.Kelantan adalah tempat yang selamat untuk dikunjungi oleh penyokong-penyokong pasukan lain.
Keputusan Liga Super 2013 : LS5
Kelantan 0 - 0 Negeri Sembilan
Perak 1 - 1 Selangor
PKNS FC 1 - 3 Johor DT
Pahang 3 - 0 Terengganu
T-Team 1 - 0 LionsXII
ATM 2 - 0 Felda United
22 Jan 2013
Liga Super 2013 : LS5
Kelantan vs N.Sembilan - Stadium Sultan Muhammad IV
T-Team vs LionsXII - Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Perak vs Selangor - Stadium Lumut
Pahang vs Terengganu - Stadium Darulmakmur
PKNS FC vs Johor Darul Takzim FC - Stadium Shah Alam
ATM vs FELDA United FC - Stadium Tunku Abdul Rahman
‘Saya sokong TMJ, FAM’
Ambo tabik spring demo Shahidan Kasim...bui berat lagi...
Kangar: “Saya sokong tindakan Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang bukan saja berani, malah menunjukkan keprihatinan terhadap pemain.
“Malah saya juga menyokong FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) yang membenarkan enam laras senapang dibawa masuk ke stadium (Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan), minggu lalu,” kata Datuk Seri Shahidan Kassim, semalam.
Shahidan berkata, bukan itu saja, sepatutnya Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sepatutnya membawa 600 laras senapang berikutan bilangan penonton yang hadir ke stadium itu.
Kangar: “Saya sokong tindakan Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang bukan saja berani, malah menunjukkan keprihatinan terhadap pemain.
“Malah saya juga menyokong FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) yang membenarkan enam laras senapang dibawa masuk ke stadium (Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan), minggu lalu,” kata Datuk Seri Shahidan Kassim, semalam.
Shahidan berkata, bukan itu saja, sepatutnya Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sepatutnya membawa 600 laras senapang berikutan bilangan penonton yang hadir ke stadium itu.
20 Jan 2013
Jangan bawa perkara pelik
KOTA BHARU - Presiden Persatuan Bola Sepak
Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menasihatkan Tunku Mahkota Johor,
Tunku Ismail Sultan Ibrahim supaya tidak membawa perkara-perkara 'pelik'
dalam Liga Malaysia kerana sistem yang ada sepatutnya sudah cukup baik
sekiranya dipatuhi.
Annuar mengulas mengenai perkembangan mutakhir bola sepak negara
terutama berhubung isu perpindahan Norshahrul Idlan Talaha dan yang
terbaru, apabila pasukan Johor Darul Takzim membawa Anggota Rejimen
Ke-21 Gerak Khas Komando (GGK) di Stadium Sultan Muhammad IV.
Beliau berkata, tindakan mengambil pemain pasukan lain melalui 'pintu
belakang' sepatutnya tidak berlaku dan bola sepak negara juga tidak
pernah dilanda kegawatan sehingga memerlukan pengurusan menyediakan
sepasukan askar untuk mengawal ketat pemain mereka.
Justeru, beliau menyeru Tunku Mahkota Johor yang juga merupakan
Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) serta semua individu
lain tidak kira pangkat sekiranya mahu menerajui sesebuah persatuan bola
sepak perlulah mematuhi setiap peraturan dan undang-undang yang ada.
"Saya jarang hendak memberi komen secara terbuka kepada Tunku Mahkota
Johor selaku Presiden PBNJ. Sekarang saya harus lebih terbuka supaya
dia (Tunku Mahkota Johor ) faham.
Keputusan penuh Liga Super 2013 : LS4
Felda United FC 0 – 0 Kelantan
T-Team 0 – 3 PKNS FC
Johor DTFC 2 – 2 ATM FA
LionsXII 2 – 1 Terengganu
Selangor 3 – 2 Pahang
Negeri Sembilan 0 – 1 Perak
T-Team 0 – 3 PKNS FC
Johor DTFC 2 – 2 ATM FA
LionsXII 2 – 1 Terengganu
Selangor 3 – 2 Pahang
Negeri Sembilan 0 – 1 Perak
15 Jan 2013
Harga Tiket Bola Sepak Kelantan vs Johor Darul Takzim FC
Dakwaan Butler hanya untuk tarik perhatian media: Hodak
Kota Bharu: Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak menegaskan dakwaan
Peter Butler yang menyatakan dia menghina mendiang ibunya sebagai hanya
‘permainan’ pengendali T-Team itu untuk menarik perhatian media.
Sehubungan itu, Hodak menegaskan dia tidak akan memohon maaf seperti dituntut jurulatih berbangsa Inggeris itu, sebaliknya mengalu-alukan Butler membuat aduan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Sehubungan itu, Hodak menegaskan dia tidak akan memohon maaf seperti dituntut jurulatih berbangsa Inggeris itu, sebaliknya mengalu-alukan Butler membuat aduan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
14 Jan 2013
‘Hodak hina ibu saya’
Kuala Terengganu: “Boleh hina saya tapi bukan ibu saya,” kata ketua
jurulatih T-Team, Peter Butler yang berang dengan tindakan pengendali
Kelantan, Bojan Hodak yang didakwa menghamburkan kata kesat menghina
mendiang ibunya ketika kedua-dua pasukan bertemu di Stadium Sultan
Ismail Nasiruddin Shah, kelmarin.
Jurulatih Inggeris berusia 46 tahun yang juga pengurus pasukan
Titans berkata, walaupun Hodak mengeluarkan kata-kata kesat itu dalam
bahasa Croatia, beliau tahu maksudnya kerana dua penolong jurulatihnya
berbangsa Croatia.
|
13 Jan 2013
Komen Muhammad Aiman Blogger SuaraSukan1Mas tentang TRW
kalah
tu adat, terima jer..man utd kalah 3 kali dalam 10 perlawanan EPL rilek
jer, tak kecoh pun ...tapi saya tak bleh terima apabila seorang
penyerang yg disfunction in the team bleh maintain in first eleven?
what's going on Tan Sri Annuar Musa? atau Bojan sepertimana Peter Butler
turut berdepan masalah sama sperti last season? (if u all still
remember pendedahan PJB tntang pmilihan pemain import) .. this was
terrible, selama mana nk bg alasan bagi KM peluang, sedangkan kalau
betul nak bagi peluang, why not u bagi peluang tu kepada Aris Zaidi,
Khairul Izuan? mereka local player, rasanya lagi bagus asah mereka dari
bagi peluang kepada seorang player veteran yang mana kita ambik dia
kerana sejarah lampau 7 musim lalu... jgn kerana berterusan nk bg chance
kat sorang player, moral keseluruhan pasukan terjejas. ini pendapat
peribadi saya, masing2 ada hak utk berkata2.. i still blieve Kelantan
akan mampu bangkit, so prove it..
p/s :Jangan sampai anak kera dihutan disusukan tetapi...anak sendiri dirumah mati kelaparan..renung-renungkan...
Keputusan Liga Super 2013 : LS2
- T-Team 1 - 0 Kelantan
- PKNS FC 1 - 3 ATM FA
- Lions XII 1 - 0 Selangor
- Johor DTFC 1 - 0 Perak
- Negeri Sembilan 0 - 0 Terengganu
- Felda 0 - 1 Pahang
Tuah ayam nampak dikaki...Tuah The Red Warriors musim ini boleh sapa-sapa teka?
10 Jan 2013
TRW tuai tuah di saat akhir
Kota Bharu: Pemain pertahanan, Zairul Fitree Ishak muncul wira apabila
tandukannya pada masa kecederaan memberikan kemenangan 2-1 kepada
Kelantan ke atas PKNS di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam
tadi.
Tuan rumah, Kelantan bermula garang dengan mengasak kubu PKNS menerusi percubaan Indra Putra Mahayuddin seawal minit keempat dan ketujuh tetapi percubaannya sedikit tersasar.
Tuan rumah, Kelantan bermula garang dengan mengasak kubu PKNS menerusi percubaan Indra Putra Mahayuddin seawal minit keempat dan ketujuh tetapi percubaannya sedikit tersasar.
Pelawat sebaliknya membuka jaringan menerusi sepakan percuma pemain
pertahanan, Helmi Remeli pada minit ke-13 selepas Obinna Nwaneri
menjatuhkan Patrick Ronaldinho berhampiran kotak penalti.
Keputusan Penuh Liga Super 2013 : LS1 Kelantan vs PKNS FC
Kelantan 2 - 1 PKNS FC
Kelantan berjaya melakar kemenangan pertama dalam saingan Liga Super musim ini apabila berjaya menundukkan PKNS FC 2-1 hasil jaringan kapten marvel,Piya dan pemain pertahanan,Zairul Fitree hasil sepakan percuma Badri diminit-minit akhir perlawanan.
Kegagalan import, Keitha Mandjou yang menjadi pilihan ketua jurulatih,Bojan Hodak untuk saingan Liga menjadi topik hangat penyokong-penyokong Kelantan.Sebagai penyokong mereka berhak memberi komen jika mutu permainan import adalah lebih rendah dari pemain-pemain tempatan.
Dua perlawanan utama telah dberikan kepadanya namun masih lagi mencari rentak sebenar permainan dan malam tadi membuktikan bahawa Bojan Hodak telah melakukan kesilapan dalam pemilihan pemain import Liga Super musim ini.
Alangkah ruginya pemain muda seperti Petratos dibiarkan sahaja kaku dibangku simpanan.Naluri beliau sebagai pemain bola juga sudah pasti merasa kecil hati kerana tidak terpilih sedangkan beliaua adalah pemain utama pasukan remaja Australia.
9 Jan 2013
Bukan RM250,000 tapi RM318,500
Kota Bharu: Penyerang Johor Darul Takzim, Norshahrul Idlan Talaha
diminta memberi penjelasan berhubung bayaran menggunakan bank draf
berjumlah RM250,000 yang diberikan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan
(KAFA), kelmarin.
Penasihat Kafa Tan Sri Annuar Musa berkata, Norshahrul atau Mat Yo
tidak menyatakan sama ada jumlah itu untuk bayaran perpindahan atau
pampasan tebus kontrak yang masih berbaki 13 bulan bersama Kelantan
sebelum berpindah ke Johor Darul Takzim.
“Kami ada menerima bank draf daripada Mat Yo berjumlah RM250,000, namun kami masih samar kerana dia tidak menyatakan bayaran itu untuk apa.
8 Jan 2013
Keputusan Liga Super 2013 :Johor Darul Takzim tewas mengejut
Johor Darul Takzim memulakan kempen Liga Super 2013 dengan memilih langkah kiri apabila tewas mengejut 3-2 kepada pasukan yang tidak bersinar bintang-bintangnya.Walaupun ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama pemain-pemain Pahang bangkit dengan aksi bertenaga dan menakjubkan di separuh masa kedua.Tahniah buat Dollah yang berjaya memalukan Harimau Selatan dan seterusnya menghuni tangga teratas liga berkongsi mata dengan Selangor.
Keputusan Liga Super 2013,Selasa 8 januari :
Pahang 3 -2 Johor Darul Takzim FC
Perak 1 - 0 T.Team
Selangor 1 - 0 N.Sembilan
Terengganu 1 - 1 Felda UnitedInfo Liga Super 2013 : LS1
Selasa - 8 Januari 2013
Terengganu vs Felda United FC - 4.45 petang
Perak vs T T-Team - 8.45 mlm
Pahang vs Johor Darul Takzim FC - 8.45 mlm (live Astro Arena)
Selangor vs Negeri Sembilan - 8.45 mlm(live RTM1)
Rabu - 9 Januari 2013
Kelantan 2-1 PKNS Selangor - 8.45 mlm
ATM 0-1 Lions XII - 8.45 mlm (live Astro Arena)
Terengganu vs Felda United FC - 4.45 petang
Perak vs T T-Team - 8.45 mlm
Pahang vs Johor Darul Takzim FC - 8.45 mlm (live Astro Arena)
Selangor vs Negeri Sembilan - 8.45 mlm(live RTM1)
Rabu - 9 Januari 2013
Kelantan 2-1 PKNS Selangor - 8.45 mlm
ATM 0-1 Lions XII - 8.45 mlm (live Astro Arena)
7 Jan 2013
KRONOLOGI KES NORSHAHRUL IDLAN BIN TALAHA DAN PERSATUAN BOLASEPAK NEGERI JOHOR
01.12.2011.
Kontrak ditandatangani di antara KAFA dan Pemain
12.10.2012
Surat Pemain kepada KAFA memohon pelepasan untuk menamatkan kontrak
14.10.2012
Surat KAFA kepada Pemain menolak permohonan menamatkan kontrak
22.10.2012
Surat daripada PBNJ kepada KAFA bertanya mengenai status kontrak Pemain
24.10.2012
Surat KAFA kepada PBNJ memberitahu mengenai status kontrak Pemain yang tamat pada 30.11.2013
30.10.2012
Surat Pemain kepada KAFA menamatkan kontrak sebelah pihak berkuatkuasa 1 nov 2012(dgn notis 48jam sahaja)
Kelantan belum panik
PENGENDALI Kelantan, Bojan Hodak tetap berpuas hati meskipun
anak-anak buahnya tewas pada aksi pembukaan Liga Malaysia (Liga M)
kelmarin.
Kelantan yang tampil selaku pasukan pilihan, tewas 3-4 kepada
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi penentuan sepakan penalti dalam
perebutan Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Shah Alam itu.
Memegang status juara trebel musim lalu, pengendali kelahiran Croatia
itu mengakui, Kelantan terpaksa akur dengan kekalahan tersebut selepas
menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 sepanjang 90 minit perlawanan.
Di sebalik kegagalan pasukan gergasi Pantai Timur itu untuk menjulang
trofi tersebut buat kali kedua, Bojan kekal positif dan tidak
menyalahkan barisan pemainnya selain memuji persembahan cemerlang
penjaga gol muda skuad The Red Warriors, Mohd. Syazwan Yusof.
Stadium baru jika menang tiga piala
Nilai: Jika menang tiga piala musim ini, skuad Kelantan dijanjikan ganjaran paling mahal - sebuah stadium baru menggantikan Stadium Sultan Muhammad IV yang dibina pada tahun 1967 dengan kapasiti hanya 30,000 orang.
Pertambahan jumlah kehadiran penonton serta masalah kesesakan tempat duduk dan tempat letak kenderaan jelas memerlukan perhatian segera pihak tertentu.
Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, menjanjikan perubahan kepada penyokong The Red Warrior (TRW) dan bersedia membantu mendapatkan sebuah stadium di negeri itu.
“Apabila ada perlawanan, penyokong yang hadir melebihi kapasiti stadium dan terpaksa berasak-asak, terpaksa berjalan jauh.
Sebelum ini ada yang kata hendak bina stadium tetapi sehingga kini belum nampak lagi.
“Jika TRW menang tiga piala tahun ini, kita boleh tolong untuk mendapatkan stadium baru di Kelantan," katanya berucap di hadapan Kelab Penyokong The Red Warrior (TRW) KLIA di Dataran Doraymee, semalam.
Mustafa berkata, transformasi yang dilakukan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) telah berjaya merubah wajah TRW daripada 'zero' kepada hero termasuk kini mempunyai lebih 30 kelab penyokong.
Sumber : Bharian
6 Jan 2013
Keputusan Piala Sumbangsih 2013 : Kelantan vs ATM
Kelantan 1 - 1 ATM
ATM menang melalui sepakan penalti sudden death 4-3.Dua pemain pertahanan Kelantan,Daudsu dan Rizal Fahmi gagal menyempurnakan sepakan penalti.
3 Jan 2013
Langgan:
Catatan (Atom)