Memaparkan catatan dengan label pahang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pahang. Papar semua catatan

31 Mei 2014

Piala FA 2014 : Pahang ke Final

Keputusan penuh :

Pahang 1-0 Johor DT

Pahang mara ke final dengan agregat 2-1.

Tahniah buat pasukan Pahang kerana berjaya memadam ego pasukan bertaraf bintang.

Tunggu Kelantan di Final nanti...

3 Nov 2013

Pahang Juara Piala Malaysia 2013!!!

Keputusan penuh :

Kelantan 0-1 Pahang

Jaringan tunggal pemain import,Martias Conti memastikan Pahang menjulang Piala Malaysia menewaskan juara bertahan Kelantan.

26 Okt 2013

Kelantan jumpa Pahang di Final Piala Malaysia 2013

Pahang mengesahkan tempat ke Final Piala Malaysia 2013 apabila berjaya mengikat Sarawak 1-1 dalam perlawanan separuh akhir kedua.

Pahang layak dengan agregat 4-2 dan bakal bertemu juara bertahan Kelantan di final nanti.

Tahniah buat pasukan Pahang..Piala Malaysia terhangat bakal berlangsung nanti di Stadium Shah Alam.

29 Mei 2013

info piala fa 2013 : Separuh akhir kedua Pahang vs JDT di Bukit Jalil

FAM yang bermesyuarat petang tadi sebulat suara memutuskan perlawanan separuh akhir kedua piala fa diantara Pahang menentang Johor DT  yang ditunda semalam akan diadakan pada sabtu, ini di Stadium Nasional Bukit Jalil jam 4.15 petang.

Tiket yang telah digunakan untuk perlawanan yang ditunda tersebut masih boleh digunakan untuk menyaksikan perlawanan ini nanti.

FAM juga mengenakan denda  RM100 ribu keatas Pahang dan Johor DT RM20 ribu ekoran kejadian penyokong memasuki padang dan trek serta bergaduh.

update :

pemegang tiket perlawanan semalam perlu menebus tiket di persatuan bola sepak Pahang.

8 Jan 2013

Keputusan Liga Super 2013 :Johor Darul Takzim tewas mengejut

Johor Darul Takzim memulakan kempen Liga Super 2013 dengan memilih langkah kiri apabila tewas mengejut 3-2 kepada pasukan yang tidak bersinar bintang-bintangnya.Walaupun ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama pemain-pemain Pahang bangkit dengan aksi bertenaga dan menakjubkan di separuh masa kedua.Tahniah buat Dollah yang berjaya memalukan Harimau Selatan  dan seterusnya menghuni tangga teratas liga berkongsi mata dengan Selangor.

Keputusan Liga Super 2013,Selasa 8 januari : 

Pahang 3 -2 Johor Darul Takzim FC
Perak 1 - 0 T.Team
Selangor 1 - 0 N.Sembilan
Terengganu 1 - 1 Felda United

20 Jul 2012

Pahang mara ke Liga Super 2013

Keputusan Play off Liga Super 2012 :

Keputusan Penuh : 

Pahang 2 - 2 Kedah

Pahang mara setelah menang melalui sudden-death sepakan penalti.Penjaga gol Pahang Wan Azraei menjadi wira apabila menyelamatkan empat sepakan penalti dan seterusnya membawa Pahang ke Liga Super musim hadapan.Kapten pasukan Pahang,Jalaluddin menyempurnakan sepakan penalti terakhir.

Tahniah buat Pahang kerana akhirnya berjaya ke Liga Super musim hadapan,keputusan ini menyaksikan ketiga-ketiga negeri Pantai Timur iaitu Kelantan,Terengganu dan Pahang bersaing dalam Liga Super musim hadapan.

Pahang 'terselamat' kerana peluang mereka untuk ke Liga Super musim hadapan kabur kerana Johor akan muncul sebagai pasukan terkuat musim hadapan dengan persiapan agresif yang mereka lakukan sekarang melalui perancangan Tengku Mahkota Johor dan Presiden Cardiff City,Datuk Tan.

19 Jul 2012

Final Play off Liga Super 2012 : Kedah vs Pahang

Venue : Stadium Hang Jebat,Melaka
Hari :Khamis
Tarikh : 19 Julai 2012
Masa : 8.45 malam

Live : Astro Arena 801

*Pasukan manakah pilihan anda bakal merebut slot terakhir ke Liga Super ini?

15 Jul 2012

Info Playoff untuk ke Liga Super 2013

Perlawanan 1 : 

Pahang vs Sarawak

Stadium Hang Jebat,Melaka
 Selasa,17 Julai 2012
Live Astro Arena 801

Perlawanan 2 : 

Kedah vs Sabah

Stadium Hang Tuah,Melaka
Selasa,17 Julai 2012 

Final :

Pemenang Perlawanan 1 vs Pemenang Perlawanan 2 


Stadium Hang Jebat,Melaka
Khamis,19 Julai 2012


*Pemenang perlawanan Playoff ini layak ke Liga Super 2013 secara automatik bersama ATM.


p/s : Pasukan mana yang bakal ke Liga Super?Pahang?Sarawak?Kedah? atau Sabah?

11 Mei 2012

Pahang kejutkan Sime Darby,Telahan TSAM ada benarnya

Dari Facebook TSAM :  

Kelebihan SIME DARBY ialah mereka bermain TOTAL FOOTBALL dan semua pemainnya HIGHLY MOTIVATED dan mempamerkan WORKRATE yg tinggi..RAZALI UMAR,zamri dan ronaldinho sangat merbahaya dlm box sementara midfield import mereka seorang playmaker yg baik...tganu jadi mangsa gol yg mereka cipta di saat akhir perlawanan..SUDAH PASTI FINAL YG SENGIT DAN MENARIK..TRW PERLU BEKERJA KUAT KALAU TAK MAHU DIKEJUTKAN SD..PERTAHANAN KITA PERLU KERJA KERAS MENGAWAL 2R..razali dan ronaldinho...GOL AWAL BOLEH MEMBANTU KITA MENGUASAI PERLAWANAN!!INSYAALLAH...FAAIZA AZAMTA FA TAWAKKAL ALALLAH!!!!