KRONOLOGI KES NORSHAHRUL IDLAN BIN TALAHA DAN PERSATUAN BOLASEPAK NEGERI JOHOR
01.12.2011.
Kontrak ditandatangani di antara KAFA dan Pemain
12.10.2012
Surat Pemain kepada KAFA memohon pelepasan untuk menamatkan kontrak
14.10.2012
Surat KAFA kepada Pemain menolak permohonan menamatkan kontrak
22.10.2012
Surat daripada PBNJ kepada KAFA bertanya mengenai status kontrak Pemain
24.10.2012
Surat KAFA kepada PBNJ memberitahu mengenai status kontrak Pemain yang tamat pada 30.11.2013
30.10.2012
Surat Pemain kepada KAFA menamatkan kontrak sebelah pihak berkuatkuasa 1 nov 2012(dgn notis 48jam sahaja)
30.10.2012(tarikh sama diatas)
Surat daripada PBNJ kepada KAFA menyatakan minat untuk menggunakan
khidmat Pemain dan persediaan menebus baki kontrak Pemain sebanyak RM
300,000.00
12.11.2012
Surat jawapan KAFA kepada PBNJ
mengenai tawaran pemindahan Pemain yang memberi terma pemindahan Pemain
termasuk MENYATAKAN JUMLAH bayaran perpindahan yang sanggup diterima
oleh KAFA
16.11.2012
Surat jawapan daripada PBNJ kepada
KAFA menolak jumlah bayaran pemindahan KAFA dan menyatakan persetujuan
hanya untuk membayar RM 250,000.00 kononnya menurut Artikel 39.2
Peraturan
(Yg sebenarnya merujuk kpd BAYARAN PERPINDAHAN..bukan PAMPASAN penamatan kontrek)
22.11.2012
Surat daripada Tetuan Bustaman bagi pihak KAFA kepada PBNJ dan Pemain
menyatakan sebab-sebab bagi menyokong jumlah bayaran bagi pemindahan
Pemain kepada PBNJ dgn huraian terperinci
20.11.2012
Surat daripada Pemain kepada FAM meminta pertolongan untuk menyelesaikan masalahnya dengan KAFA.
23.11.2012
Surat daripada FAM memaklumkan kepada KAFA mengenai Mesyuarat
Jawatankuasa Status Khas FAM bagi membincangkan isu aduan Pemain yang
dijadualkan pada 27.11.2012
27.11.2012
Surat daripada FAM
memaklumkan mengenai keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Status Khas FAM
pada 27.11.2012 membenarkan pemain daftar dgn PBNJ spt di persetujui
kafa TETAPI NILAI BAYARAN dan PERPINDAHAN akan di tentukan setelah
meneliti affidavit kedua pihak
30.11.2012
Notis Rayuan difailkan oleh KAFA kepada FAM bersabit beberapa keputusan yg tidak konsisten dgn prosedur
-
7.12.2012.
Petisyen Rayuan difailkan oleh KAFA dengan FAM secara resmi dan terperinci
3.1.2013
TSAM menjawab pertanyaan media mengenai status kes mat yo dgn me
maklumkan kafa belum menerima apa apa bayaran lagi DAN berharap FAM
bantu menyelesaikannya
4.1.2013
TMJ menyatakan akan bayar RM250 hari ini juga spt DIARAH OLEH FAM dan minta TSAM jgn berdrama dan bertindak PROFESIONAL
5.1.2013
TSAM mengingatkan presiden PBNJ supaya lebih cermat dlm membuat komen
dan jgn menggunakan nama FAM kerana FAM belum membuat keputusan spt di
dakwa
6.1.2013
Akhbar menyiarkan pengesahan FAM BAHAWA MRAT
MENGENAI HAL INI BELUM DIBUAT DAN HANYA AKAN BERSIDANG PD HARI KHAMIS
10.1.13 dan Di sahkan ada 2 isu berasingan yaitu PERPINDAHAN dan
PAMPASAN
7.1.2013
Kafa menerima surat peguam mat yo
berserta bank draft RM250k kpd kafa dan kafa menyerahkan perkara itu kpd
PEGUAM BUSTAMAN &co memandangkan FAM Belum membuat keputusan
terhadap NILAI BAYARAN PERPINDAHAN DAN NILAI BAYARAN PAMPASAN PENAMATAN
KONTREK..
sumber : Facebook Tan Sri Haji Annuar Musa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan