30 Okt 2010

31.10.10 - cuti peristiwa, kemenangan The Red Warriors

Timbalan menteri besar Kelantan, yang mewakili Menteri Besar, sebentar tadi telah mengumumkan cuti peristiwa pada Ahad, 31.10.10, bersempena kejayaan skuad Red Warriors membawa pulang Piala Malaysia.
Terima kasih diucapkan kepada MB Kelantan.

Tahniah diucapkan kepada pemain-pemain yang mempamerkan semangat juang yang tinggi walaupun ketinggalan pada separuh masa pertama. Gol pertama hasil tandukan Hai-O nampaknya telah membangkitkan semangat pemain-pemain dan hasilnya beberapa minit kemudian, Piya memastikan gol kemenangan untuk memastikan Piala Malaysia di bawa pulang ke Kelantan buat julung-julung kalinya.

Sorakan yang tidak putus-putus dari penyokong-penyokong Kelantan juga telah memberi inspirasi kepada pemain-pemain untuk terus berjuang hingga ke minit terakhir, walaupun dalam keadaan injured spt Hai-O dan Daudsu.

Terima kasih sekali lagi kami ucapkan kepada pemain-pemain yang memastikan Piala Malaysia di bawa ke tanah Cik Siti Wan Kembang. Sesungguhnya sokongan dan pengorbanan kami selama ini telahpun terbalas. Terima kasih.

28 Okt 2010

TM Final Piala Malaysia 2010

Cuti atau tidak?

Menjelang pertemuan Kelantan menentang Negeri Sembilan yang dijadualkan akan berlangsung pada 30 oktober ini sebilangan besar penyokong Kelantan yang berkerja gelisah kerana kerajaan negeri belum memutuskan untuk memberi cuti umum sempena perlawanan akhir ini.

Golongan pendidik iaitu cikgu menaruh harapan besar agar cuti umum dapat diberikan kerana mereka terpaksa pulang tergesa-gesa kerana pada hari ahad difahamkan peperiksaan akhir tahun akan dijalankan.Hendak tak hendak mereka terpaksa pulang juga selepas perlawanan jika cuti tidak diberikan.

Dari cakap-cakap ada pihak mengatakan kerajaan negeri akan meluluskan cuti jika Kelantan menjadi JUARA Piala Malaysia...Jadi pemain-pemain perlu memberikan persembahan serta komitmen sebaik mungkin dan memastikan Piala Malaysia dapat dibawa pulang ke Kota Bharu!!!

Kami penyokong Kelantan memohon jasa baik Tok Guru MB agar dapat meluluskan cuti pada hari ahad ini.Jasa baik Tok Guru amat kami hargai..

Takbir!!!

27 Okt 2010

Info Tiket TM Piala Malaysia 2010

30000 tiket telah diperuntukkan kepada pasukan Kelantan di Kota Bharu.

10000 keping akan dijual pada hari Rabu 27 Oktober 2010 dengan harga RM30.

10000 keping lagi akan dijual pada hari Khamis 28 Oktober 2010 secara berpakej dengan harga RM 40

10000 di khaskan untuk Kelab Penyokong Bolasepak Kelantan

Semua tiket dijual di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV

Info dari TV3

UMNO Bahagian Tanah Merah sediakan tiket percuma

Oleh Sukhairi Abd Thani
sukhairi@bharian.com.my
2010/10/27

PENYOKONG Kelantan yang mendaftar sebagai pengundi Parlimen Tanah Merah, berpeluang menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan, di Stadium Bukit Jalil, Sabtu ini secara percuma apabila UMNO Bahagian Tanah Merah menyediakan tiket untuk mereka.

Tiket bernilai RM30 boleh diambil di Noble Twin (M) Sdn Bhd, lot 1039, Jalan Enggang, Taman Keramat, Kuala Lumpur atau menghubungi Zulkifli Mustafa di talian 019-2599909 atau 019-2129009 mulai esok hingga tengah hari Sabtu ini


Ketua UMNO Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz, bagaimanapun berkata, tiket adalah terhad dan akan diberikan kepada mereka yang paling awal.
“Hanya mereka yang berdaftar sebagai pengundi Parlimen Tanah Merah berhak memperoleh tiket. Namun, mereka berpeluang membeli dua tiket tambahan pada harga biasa,” katanya semalam.

Selain itu, Ikmal Hisham, berkata belia di Tanah Merah berpeluang menyaksikan perlawanan menaiki bas untuk pergi dan balik dengan hanya membayar RM20 menerusi usaha Pemuda UMNO bahagian itu menyediakan menyediakan 15 bas ke Stadium Bukit Jalil.

Belia yang berminat boleh mendaftar di pejabat UMNO Tanah Merah atau hubungi pejabat talian 09-9557500.
 

Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Bantah Kafa Jual Tiket Secara Berpakej

KOTA BAHARU, 26 Okt (Bernama) -- Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelantan.net) akan memulaukan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu ini jika Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bertegas mahu menjual tiket secara berpakej.

Timbalan Presidennya Nik Mohd Salehuddin Nik Abdul Razak berkata tindakan Kafa itu bagaikan mengambil kesempatan di sebalik keghairahan untuk memberi sokongan kepada pasukan bola sepak negeri itu.

"Saya bagi pihak kelab penyokong Kelantan.net melahirkan rasa kecewa dan dukacita dengan tindakan Kafa menjual tiket secara berpakej yang sangat membebankan kami," katanya kepada Bernama di sini hari Selasa.

Semalam Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir itu akan mula dijual hari ini secara berpakej iaitu serendah RM40.

Melalui pakej itu, pembeli bukan sahaja terpaksa membayar harga asal tiket tetapi turut dikenakan caj merangkumi cenderamata "The Red Warriors" seperti T-shirt, topi dan jam tangan.

Penyokong Kelantan yang mahu mendapatkan tiket itu hari ini berang dengan tindakan Kafa itu menyebabkan penjualan tiket terpaksa dihentikan sementara.

Nik Mohd Salehuddin berkata sewajarnya Kafa menjual tiket pada harga sebenar semata-mata dan bukannya membebankan penyokong supaya turut sama membeli cenderamata itu.

Sementara itu, kelab tersebut bersyukur kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menangguhkan hukuman terhadap Ketua Jurulatih, B. Sathianathan dan membenarkan jurulatih itu berada di bangku simpanan pada perlawanan akhir.

Katanya keputusan FAM itu melegakan peminat-peminat bola sepak Kelantan yang sedang bersemangat untuk memberi sokongan kepada pasukan Kelantan bagi mencipta kemenangan di Bukit Jalil.

Dua hari lepas, kelab berkenaan dilaporkan merayu FAM supaya menangguhkan hukuman terhadap Sathianathan sehingga selesai perlawanan Piala Malaysia musim ini bagi membolehkan peminat memberi tumpuan kepada perlawanan akhir itu.

Jumaat lepas, Lembaga Disiplin FAM memutuskan Sathianathan digantung selama enam bulan dan denda RM2,000 gara-gara memberi komen mengenai perlawanan Perlis menentang Terengganu, tiga bulan lalu.

-- BERNAMA

Farisham kental

Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my

PEMAIN pertahanan tengah Kelantan, Mohd Farisham Ismail kini semakin yakin menjadi benteng terakhir skuad The Red Warriors itu apabila turun menentang Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Pemain berusia 25 tahun itu diarahkan secara mengejut oleh jurulatih Kelantan, B Sathianathan untuk berada di posisi pertahanan tengah bergandingan dengan Rizal Fahmi Abdul Rosid buat kali pertama pada musim ini selepas kecederaan mengejut dua tonggak utama iaitu Azizi Mat Rose dan S Subramaniam ketika separuh akhir pusingan pertama di Alor Setar minggu lalu.

Dia bagaimanapun melaksanakan tugas itu dengan baik apabila sering kali dilihat berkerja keras sehingga membolehkan mereka menewaskan Kedah dengan agregat 1-0 untuk mara ke perlawanan akhir dua tahun berturut-turut.

“Perasaan janggal itu memang ada pada mulanya kerana pada kebanyakan musim ini saya banyak bermain di pertahanan kanan dan kiri namun tetap cuba memberikan aksi yang terbaik.


“Malah, saya tidak mempunyai sebarang masalah persefahaman bergandingan dengan Rizal kerana sudah bersama sejak musim lalu,” katanya yang turut mendapat kerjasama yang baik daripada Zairul Fitree Ishak (pertahanan kiri) dan Mohd Daudsu Jamaluddin (pertahanan kanan),” katanya.

Penyokong kecoh harga tiket naik




MAHAL, zalim dan cekik darah. Itu antara rungutan peminat setia pasukan The Red Warriors yang menyelar tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menaikkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.

Tahun lepas, kedua-dua pasukan juga pernah bertembung di pentas akhir merebut piala berprestij tanah air itu yang mana kehadiran penyokong mencatat sejarah paling ramai pernah dihimpunkan dalam satu perlawanan bola sepak tempatan.

Ketika itu tiket dijual dengan harga RM20 dan secara tiba-tiba, musim ini FAM menaikkan harga tiket kepada RM30 sehingga menimbulkan kemarahan seluruh peminat bola sepak Kelantan yang merasakan harga tersebut adalah terlalu tinggi.

Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Klate.Net), Nik Mohd. Sallehuddin Nik Abdul Razak berkata, tindakan tersebut dilihat satu lagi usaha FAM untuk menjatuhkan masa depan bola sepak Kelantan.

Menurutnya, selepas pelbagai usaha dilakukan termasuk yang terbaru menggantung khidmat jurulatih B. Sathianathan sebelum kes tersebut ditangguhkan untuk perbicaraan semula, isu tiket kembali menjadikan FAM mangsa kecaman.

"Saya tidak melihat di mana relevannya harga tiket tersebut perlu dinaikkan. FAM perlu memberi penjelasan kenapa harga tiket ini naik berbanding tahun lalu yang dijual pada harga RM20.

"Pada pendapat saya, harga ini dinaikkan selepas melihat penyokong Kelantan yang begitu ramai membanjiri stadium pada perlawanan akhir musim lalu dan ini adalah masa yang baik untuk FAM mengaut keuntungan," katanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, pertimbangan- pertimbangan yang sewajarnya perlu diambil kira oleh FAM termasuklah peminat bola sepak Kelantan bukannya terdiri daripada golongan yang berada tetapi mereka yang berpendapatan rendah, namun cintakan bola sepak tempatan.

Jelasnya, sekiranya FAM menggunakan helah menaikkan harga untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda kerana menyangka peminat bola sepak Kelantan pasti akan ke stadium walaupun dengan tiket yang mahal, tidak mustahil sambutan perlawanan akhir kali ini akan dingin.

"Penyokong tidak bodoh. Kami bukan orang berada. Ada yang bekerja sebagai buruh dan petani hanya memperoleh gaji sekitar RM150 seminggu dan ini pastinya membebankan dan tidak mustahil sekiranya mereka membatalkan hasrat untuk ke stadium.

"Sepatutnya FAM memberi sokongan dalam usaha memajukan bola sepak tempatan selepas melihat sambutan peminat yang semakin ramai mengunjungi stadium tetapi tindakan ini sekali lagi dilihat sebagai cubaan 'membunuh' masa depan bola sepak khasnya di Kelantan," ujarnya. 

Selain itu, mereka juga turut kecewa dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang seperti 'menangguk di air keruh' apabila menaikkan lagi harga tiket daripada RM30 kepada RM40 dengan kononnya menyediakan pakej termasuk barangan cenderahati.
Bagi mereka, selepas sekian lama menunjukkan sokongan tanpa berbelah bagi kepada pasukan Kelantan termasuk menjelajah ke seluruh negara setiap kali pasu- kan mereka beraksi, tindakan KAFA itu membuatkan mereka terkilan.
Semalam, lebih 100 penyokong skuad Kelantan mengadakan piket membantah kenaikan harga tiket oleh FAM di hadapan Stadium Sultan Muhammed IV dan turut menggesa KAFA membatalkan hasrat menjual tiket tersebut secara pakej dengan harga yang lebih mahal. 

Seorang lagi peminat bola sepak Kelantan, Mahizi Mahmood, 32, memberitahu, selain marah dengan tindakan FAM menaikkan harga tiket, dia juga nyata kesal dengan sikap KAFA yang dilihat tidak prihatin dengan nasib para penyokong.

"Sudahlah FAM mengenakan tiket dengan harga yang tinggi, KAFA pula turut sama bersekongkol menaikkan lagi harga sebanyak RM10 kononnya atas nama pakej dengan memberi barangan cenderahati.

"Kalaulah KAFA tahu mengenang budi, mereka seharusnya membantu memberi subsidi atau sekurang-kurangnya mengekalkan harga tiket RM30 itu, bukannya dengan menekan lagi penyokong dengan menaikkan kepada RM40," jelasnya.
Selain itu, bagaikan ada kewajaran di sebalik kemarahan para penyokong kerana jarak antara Kota Bharu dan Kuala Lumpur itu cukup panjang perjalanannya menjadikan mereka juga terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk kos pengangkutan.
Bukan sahaja tiket, dikhabarkan kos pengangkutan awam termasuk kadar sewa bas juga melambung dengan begitu mendadak iaitu antara RM3,200 hingga RM3,800 berbanding harga biasa hanya sekitar RM2,400 hingga RM2,600.
Sementara itu, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa tampil memberi penjelasan yang dilihat sedikit melegakan kemarahan penyokong Kelantan apabila pihaknya bersetuju mengekalkan harga tiket kepada RM30.
Jelasnya, sebanyak 30,000 keping tiket diperuntukkan untuk penyokong Kelantan iaitu dengan 10,000 akan mula dijual secara biasa pada pukul 10 pagi ini di kesemua lapan kaunter jualan tiket di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu.

"Manakala 10,000 keping lagi akan dijual bersama barangan cenderamata, sementara selebihnya akan diperuntukkan kepada rombongan kelab penyokong. KAFA sedang berusaha untuk mendapat tiket tambahan untuk memenuhi permintaan," ujarnya

Piala Malaysia buat peminat setia


Penyerang Kelantan, Hairuddin Omar menjalani latihan bersama rakan sepasukan di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, semalam. - UTUSAN/Zulhanifa Sidek


KOTA BHARU - Bekas penyerang pinjaman Negeri Sembilan, Hairuddin Omar yang kini beraksi untuk pasukan Kelantan bertekad untuk merampas Piala Malaysia sebagai hadiah buat penyokong setia The Red Warriors pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Katanya, jika diberikan kepercayaan untuk beraksi pada perlawanan tersebut dia akan berjuang habis-habisan untuk membantu pasukannya muncul juara buat kali pertama.

"Jika tahun lepas saya membantu Negeri Sembilan muncul juara, untuk perlawanan Sabtu ini saya akan berusaha sedaya upaya bagi memastikan piala berprestij itu dibawa balik ke Kelantan.

"Ini adalah waktu terbaik untuk membalas kepercayaan pihak pengurusan yang telah memberi peluang saya beraksi bersama Kelantan pada musim ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Tambah Hairuddin, dia mahu menghadiahkan piala berprestij itu Ke Kota Bharu sebagai hadiah buat penyokong setia The Red Warriors yang tidak putus-putus memberikan sokongan selama ini.

Dalam pada itu, anak kelahiran Setiu, Terengganu ini turut memberitahu bahawa dia dan rakan-rakan sepasukannya kini bersedia untuk menggempur kubu skuad Rusa.

''Semua pemain berada dalam prestasi terbaik dan masing-masing berjanji akan fokus pada perlawanan tersebut," katanya.

Perlawanan kali ini merupakan penampilan ke tiga buat Hairuddin selepas membantu negeri kelahirannya Trengganu muncul juara pada 2001 dan ketika mewakili Negeri Sembilan tahun lalu. Justeru kali ini saya berusaha pula memastikan kejayaan itu berulang kembali,'' ujarnya.

26 Okt 2010

Harga tiket naik membebankan penyokong Kelantan

Update : Harga tiket tempat duduk biasa yang dijual di :

Bukit Jalil : RM 35
N.9         : RM 30
KAFA    : RM 40
Ejen        : RM 45
Ulat Tiket : RM ????  (Pergi Mekah balik hari ).... ooppsss silap!! ulat tiket pegi mekah ker????

Setelah menerima berita gembira B.sathianathan dibenarkan 'beraksi' untuk Piala Malaysia ini penyokong-penyokong Kelantan menerima berita kurang menyenangkan,tiket perlawanan akhir dinaikkan RM10 daripada harga asal RM20 menjadikan RM30 untuk tempat duduk biasa serta RM 50 untuk tempat duduk 'Grand Stand'.

Memandangkan Kelantan layak ke final Piala Malaysia dan mempunyai ramai penyokong-penyokong fanatik FAM memutuskan untuk menaikkan harga tiket berasaskan kejohanan yang berprestij dianjurkan.

FAM langsung tidak memikirkan perit jerih penyokong yang terpaksa berbelanja besar untuk ke Bukit Jalil dengan kadar pengangkutan seperti bas yang naik mendadak mencecah RM4000 untuk sebuah bas.I

Ini ternyata membebankan penyokong-penyokong yang ingin ke Bukit Jalil kerana dengan kenaikan harga tiket ini penyokong Kelantan seolah-olah tersepit ditengah-tengah.

Bagi penyokong Negeri Sembilan mereka tidak menghadapi masalah kerana jarak perjalanan ke Bukit Jalil tidak sejauh penyokong Kelantan.

Mungkin FAM telah memasukkan sekali kos 'kerosakan' yang bakal berlaku jika kedua-dua penyokong merusuh...tetapi kejadian ini tidak akan berlaku jika kawalan keselamatan dipertingkatkan dan tidak berlaku provokasi dari kedua-dua penyokong serta PENGADIL perlawanan bijak mengendalikan perlawanan.

Kita penyokong Kelantan terpaksa akur dengan kenaikan harga tiket ini dan berharap tahun depan jika Piala Malaysia yang bakal berlangsung tidak melibatkan pasukan Kelantan harga tiket tetap sama dengan harga Piala Malaysia tahun ini.

FAM akur, Sathia 'dibebas'

Jawatankuasa Rayuan tangguh hukuman

PENYOKONG Kelantan boleh melupakan cadangan awal mahu demonstrasi depan Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana hajat besar mereka sudah tertunai, semalam. 

Ketua jurulatih, B Sathianathan kini bebas dan boleh turun ke gelanggang mengendalikan skuad The Red Warriors menentang Negeri Sembilan dalam final Piala Malaysia, Sabtu ini selepas Jawatankuasa Rayuan badan induk itu membuat keputusan mengejut menangguhkan hukuman ke atasnya. 

Penangguhan itu diputuskan sehingga jawatankuasa berkenaan bersidang pada tarikh yang bakal ditentukan berdasarkan surat rayuan dikemukakan Sathia, petang semalam.

“Pihak FAM mengesahkan menerima surat Sathianathan Bashkaran menerusi faks pada 2.33 petang, 25 Oktober 2010 yang dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Rayuan (K Kanagarajah) pada 5.45 petang hari sama.

“Berasaskan kepada Perkara 7.1.1 dan 7.5.1 Kod Tatatertib FAM, adalah dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Rayuan FAM (K Kanagarajah) dengan ini memutuskan hukuman penggantungan selama enam bulan dijatuhkan ke atas Sathianathan Bashkaran ditangguhkan penguatkuasaan serta-merta sehingga jawatankuasa berkenaan bersidang kelak,” menurut sekretariat FAM dalam kenyataan di laman web FAM.

Kenyataan itu menyusul selepas Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad menjelaskan pada sidang akhbar, semalam bahawa keputusan menggantung Sathia bukan dilakukan untuk mensabotaj persiapan Kelantan pada separuh akhir kedua di Kota Bharu, Sabtu lalu.

“Selepas keputusan ditentukan, FAM membuka ruang untuk kemukakan rayuan sehingga 14 hari tarikh hukuman. Sekiranya rayuan diterima dalam 14 hari dengan memenuhi syarat, termasuk dikemukakan dengan RM500, Pengerusi Jawatankuasa Rayuan berhak untuk menangguhkan hukuman sehingga jawatankuasa bersidang,” kata Azzuddin.

Pengurus Kelantan, Azman Ibrahim mengalu-alukan keputusan tersebut dengan ia membolehkan pasukannya memfokuskan terhadap misi untuk memburu gelaran sulung mereka dalam kancah bola sepak domestik.

Bharian

Harga tiket perlawanan akhir naik RM10

 Hamidin Mohd. Amin (kanan) dan Ahli Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Tempatan FAM memeriksa keadaan permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam, yang akan menjadi venue perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 di antara juara bertahan, Negeri Sembilan dan Kelantan, Sabtu ini.
 

KUALA LUMPUR - Sesuai dengan prestijnya sebagai pentas akhir, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan menaikkan harga tiket bagi perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Kelantan dan Negeri Sembilan Sabtu ini, kepada RM30.


Harga tersebut adalah bagi tempat duduk biasa, manakala RM50 ditetapkan bagi tempat duduk grand stand.

Harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia tahun lalu adalah RM20.

Naib Presiden FAM, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Tempatan, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, keputusan menaikkan harga RM10 bagi tiket perlawanan akhir itu telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pintu dan Tiket.

''Sesuai dengan prestij Piala Malaysia yang merupakan piala keagungan negara, maka Jawatankuasa Pintu dan Tiket berpendapat amat wajar harga tiket perlawanan akhir dijual pada harga RM30.

''Bagi kanak-kanak bawah 12 tahun, harga tiket yang ditawarkan serendah RM5 sementara tempat duduk grand stand adalah RM50, '' katanya dalam sidang media perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 di Stadium Bukit Jalil, semalam.

Hadir sama pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim dan penolong pengurus Negeri Sembilan, Faizal Zainal.

Bagi meningkatkan langkah keselamatan, Hamidin menegaskan, pada perlawanan Sabtu ini, setiap penonton, termasuk wanita akan menjalani pemeriksaan badan, sebagai langkah membendung percubaan membawa masuk mercun dan objek terlarang ke dalam stadium.

''Pasukan keselamatan akan melakukan kawalan rapi di luar dan dalam stadium. Kali ini juga anggota keselamatan akan memeriksa badan penonton wanita, kerana ada maklumat mercun pernah dibawa masuk ke stadium melalui penonton wanita .
''Atas faktor keselamatan, makanan dan minuman juga akan tidak lagi dibenarkan dijual di dalam stadium, '' katanya.
Menyentuh pembahagian jualan tiket, sebanyak 30,000 tiket akan diberikan kepada Kelantan dan Negeri Sembilan, yang boleh didapati dalam tempoh terdekat.

''Tiket-tiket akan dijual tidak lama lagi sehingga Jumaat, yang akan diagihkan oleh persatuan bola sepak negeri masing-masing.

''Jika terdapat lebihan sehingga hari Jumaat ini, Jawatankuasa Pengelola akan menjual tiket itu di Stadium Nasional Bukit Jalil seawal 9 pagi Sabtu ini. Saya anggarkan sebanyak 70,000 ke 80,000 tiket akan dijual.

''Para penonton boleh masuk ke stadium mulai pukul 4 petang. Penyokong Kelantan akan duduk di bahagian tuan rumah sementara Negeri Sembilan di bahagian penyokong pelawat, '' katanya.

Hamidin turut berasa puas hati dengan kualiti padang perlawanan akhir itu yang disifatkannya 92 peratus boleh digunakan.

25 Okt 2010

Keratan akhbar pada bulan Mei lepas pengumuman Stadium yang akan digunakan untuk perlawanan akhir Piala Malaysia 2010

PETALING JAYA - Perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 telah diputuskan di Stadium Shah Alam.

Keputusan itu telah dibuat berikutan Stadium Nasional, Bukit Jalil yang sebelum ini menjadi gelanggang rasmi perlawanan akhir Piala Malaysia akan menjalani proses pembaikan trek bermula 30 Oktober ini.

Menurut Pengerusi oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Che Mat Jusoh, perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam bukan kali pertama kerana pada tahun 1994, 1995, 1996 dan 1997 ia telah diadakan di stadium tersebut sebelum dipindahkan ke Stadium Nasional, Bukit Jalil.

"Pemilihan Stadium Shah Alam dilihat berdasarkan kapasiti penonton yang mampu memuatkan 70,000 hingga 80,000 penonton pada satu masa," katanya pada sidang media di Wisma FAM, semalam.

Jelas Che Mat, selain kapasiti pemilihan, stadium tersebut juga dilihat berdasarkan lokasinya yang terletak di Lembah Klang sama seperti gelanggang perlawanan akhir sebelum ini di Stadium Merdeka (1950 an hingga 1990an), Padang Kelab Selangor (1920an hingga 1950 an).

"Mengikut peraturan perlawanan akhir, Piala Malaysia hanya boleh diadakan di stadium kebangsaan iaitu di stadium yang pernah digunakan oleh skuad kebangsaan sebagai gelanggang rasmi bagi perlawanan antarabangsa.

"Dalam masa yang sama kami juga ingin memberitahu proses meminjam pemain untuk saingan Piala Malaysia hanya akan dibuka selepas tamatnya saingan Liga Malaysia dengan hanya had pemain yang boleh dipinjam sebanyak tiga orang sahaja," tegasnya.

Kata Che Mat, pasukan yang tidak layak beraksi di Piala Malaysia boleh melepaskan pemain mereka untuk dipinjam oleh pasukan yang layak bermain di saingan Piala Malaysia.

Dalam pada itu, Che Mat berkata, penyerahan Piala FAM akan dibuat pada 26 Mei ini di Stadium Petronas, Bangi bagi perlawanan terakhir Liga FAM yang menyaksikan Sime Darby muncul juara selepas memungut 32 mata mengatasi SDM Kepala Batas 26 mata.

Jikalau pun Sime Darby tewas kepada SDM Kepala Batas, Ahad ini untuk perlawanan kedua terakhir, mereka masih kekal sebagai juara liga dan perlawanan terakhir bakal menemukan pasukan Sime Darby bertemu Kelab Sukan Komuniti Tambun Tulang.

Utusan Malaysia

P/S : Ni berita hok keluar bulan mei haritu...masalahnya kenapa nak repair trek pada 30 Oktober sedangkan jadual Akhir Piala Malaysia adalah pada tarikh yang sama...ini mengelirukan penonton,jadi FAM kena buat pengumuman rasmi kerana ramai tertanya-tanya dimanakah akan berlangsung perlawanan akhir ini...

Adakah Stadium Shah Alam ataupun Bukit Jalil?tetapi dari perkiraan semua Stadium Bukit Jalil adalah pilihan. 

LATIHAN DAN PEMILIHAN PASUKAN KEBANGSAAN

Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan ini telah mengatur jadual latihan bagi Pasukan Kebangsaan sebagai persiapan untuk Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China pada 07hb November 2010 hingga 25hb November 2010 dan Kejohanan Piala AFF pada 1hb Disember 2010 hingga 29hb Disember 2010 yang akan datang.
Bagi memenuhi maksud yang tersebut di atas, Pasukan Kebangsaan akan mengadakan latihan dan pemilihan bertempat di Wisma FAM, Jalan SS5A/9, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor. Berikut adalah jadual bagi Pasukan Kebangsaan:-
Bil.
Perkara
Tarikh
Tempat
1
Latihan Tempatan
18.10.2010 - 04.11.2010
Wisma FAM
2
Sukan Asia 2010
05.11.2010 – 25.11.2010
Guangzhou, China
3
Latihan Tempatan
26.11.2010 – 28.11.2010
Wisma FAM
4
Kejohanan Piala AFF
29.11.2010 – 29.12.2010
Jakarta, Indonesia
Sehubungan dengan itu, pihak Persatuan Bolasepak Malaysia telah memilih pemain-pemain yang tersebut di bawah untuk menjalani latihan dan pemilihan Pasukan Kebangsaan. Pemain-pemain ini dikehendaki melaporkan diri pada hari Isnin, 18hb Oktober 2010 kepada Ketua Jurulatih Pasukan Kebangsaan, Encik K.Rajagobal di Wisma FAM, Jalan SS5A/9, Kelana Jaya Selangor pada jam 3.00 petang.
Bil.
Nama Pemain
Kelab/Negeri
Catatan
1
Amar Rohidan
Perlis
2
Ahmad Fakri Saarani
Perlis
3
Mohd Farizal Marlias
Perlis
4
Baddrol Bakhtiar
Kedah
5
Khyril Muhymeen Zambri
Kedah
6
Mohamad Azmi Muslim
Kedah
7
Mohamad Faizal Abu Bakar
Kedah
8
Mohd Sabre Mat Abu
Kedah
9
Mohd Amirulhadi Zainal
Selangor
10
Mohd Asraruddin Putra
Selangor
11
Mohd Nasriq Baharom
Selangor
12
Mohd Safee Mohd Sali
Selangor
13
Safiq Rahim
Selangor
14
Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak
Negeri Sembilan
15
Kunalan Subramaniam
Negeri Sembilan
16
Mohamad Ashaari Samsudin
Terengganu
17
Mohd Sharbinee Allawee
Terengganu
18
Chanturu Suppiah
Kelantan
19
Norshahrul Idlan Talaha
Kelantan
20
Khairul Fahmi Che Mat
Kelantan
21
Gary Steven Robbat
Harimau Muda
22
Gurusamy Govandar Kandasamy
Harimau Muda
23
Izzaq Faris Ramlan
Harimau Muda
24
Mahalli Jasuli
Harimau Muda
25
Mohammad Muslim Ahmad
Harimau Muda
26
Mohd Fadhli Mohd Shas
Harimau Muda
27
Mohd Faizal Muhamad
Harimau Muda
28
Mohamad Fandi Othman
Harimau Muda
29
Mohamad Zamir Selamat
Harimau Muda
30
Norhafiz Zamani Misbah
Kuala Lumpur, PLUS FC

Pemain-pemain yang terlibat dengan perlawanan Separuh Akhir TM Piala Malaysia 2010 dikehendaki melaporkan diri kepada Ketua Jurulatih, Encik Rajagobal di Wisma FAM pada hari Ahad, 24hb Oktober 2010 jam 3.00 petang.
Manakala, pemain-pemain yang layak ke Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2010 dikehendaki melaporkan diri kepada Ketua Jurulatih, Encik Rajagobal di Wisma FAM pada hari Ahad, 31hb Oktober 2010 jam 3.00 petang.

FAM

Penyokong nak demonstrasi

Oleh Norliza Wasilan dan Adnan Mohamad
bhsukan@bharian.yahoo.com
2010/10/25
PEMAIN Kelantan merai kejayaan mereka mara ke final dua musim berturut-turut, kelmarin.
PEMAIN Kelantan merai kejayaan mereka mara ke final dua musim berturut-turut, kelmarin.
Cadang buat bantahan depan Wisma FAM tak puas hati Sathianathan kena gantung

KONTROVERSI mengenai topik B Sathianathan yang digantung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kian memuncak di Kelantan – senario yang memberi gambaran pengurusan pasukan dan penyokong setia The Red Warriors sudah mula ‘mencipta rasa benci’ terhadap badan induk itu ketika saat genting menentang Negeri Sembilan di final Piala Malaysia, Sabtu ini.

Rasa marah itu seperti ‘menggegar’ bumi negeri Pantai Timur itu dan terkini Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan bercadang membawa ahli kelab itu mengadakan demonstrasi di hadapan Wisma FAM bagi menunjukkan sokongan kepada ketua jurulatih yang digantung dan didenda itu.

“Tindakan seperti itu seolah-olah menunjukkan wujudnya tangan-tangan ghaib yang ingin melihat moral pemain Kelantan terjejas menjelang final Sabtu ini,” kata Presiden kelab berkenaan, Marhashim Mat, semalam.

Apapun, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang turut kecewa dengan perkembangan ini meminta pengurusan pasukan dan penyokong setia bersabar dan memberi sokongan moral kepada pemain Kelantan sebelum final ini.

“Saya terperanjat sebab kes itu (membabitkan komen Sathia mengenai stadium tuan rumah bagi perlawanan Perlis dan Terengganu ketika Liga Super, musim lalu) sudah berlaku dua atau tiga bulan lalu dan ketika kita berada di saat genting memerlukan jurulatih. Tapi tiba-tiba kami tidak dapat khidmatnya.

“Saya minta pemain bermain dengan baik, jika mereka sayang kepada presiden dan jurulatih, mereka perlu berjanji untuk menang,” katanya selepas menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua antara Kelantan dan Kedah di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, malam kelmarin.
Apakah, kepincangan lawan itu sesuatu yang harus melegakan Negeri Sembilan pimpinan Wan Jamak Wan Hasan yang ghairah menunggu detik final di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini. 

Kelantan berhak ke final


NORSHAHRUL IDLAN (kanan) diasak pemain Kedah pada aksi separuh akhir kedua Piala Malayisa di Stadium Muhammed ke IV, Kota Bharu kelmarin.


“KAMI berhak beraksi di final.” Demikian ujar ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan yang puas dengan aksi barisan pemainnya ketika menewaskan Kedah 1-0 pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam kelmarin.

Beliau yang hanya melihat aksi anak-anak buahnya dari bangku penonton akibat penggantungan selama enam bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyifatkan, aksi menentang Kedah adalah antara yang terbaik pernah dipamerkan anak-anak didiknya.

“Pada 20 minit pertama kita bermain dengan sangat baik, berjaya me- nguasai permainan, memiliki beberapa peluang terbaik dan terus mengasak kubu Kedah serta berjaya memberi tekanan kepada lawan.

“Selepas beraksi dalam beberapa perlawanan dengan jadual yang padat tanpa rehat yang cukup, saya amat kagum dengan semangat serta kesungguhan semua pemain untuk mencari kejayaan, dan sebagai juru- latih saya suka melihat perkembangan ini,” katanya ketika dihubungi semalam. 

Tambahnya, selepas berjaya memberi tekanan yang hebat sepanjang perlawanan tersebut, pada penghujung babak pertama menyaksikan para pemainnya mula hilang tumpuan seketika sebelum kembali mengasak kubu Kedah pada babak kedua sehingga berjaya memecah kebuntuan untuk mencari gol.

Jelasnya, beliau turut memuji benteng pertahanan Kedah yang berjaya menyerap asakan bertali arus Kelantan walaupun akhirnya terpaksa akur dengan gol jaringan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-78.

“Mereka (Kedah) mempamerkan aksi bertahan yang cukup baik dengan harapan untuk menjaringkan gol tunggal sama ada menang atau mengikat kedudukan kita tetapi dalam bola sepak, bertahan mungkin akan membawa padah dan kita telah membuktikan kita lebih baik

“Selepas melancarkan asakan yang cukup hebat, pemain-pemain saya nampak seperti hilang fokus dan putus asa seketika, mungkin kerana gagal menembusi pintu gol walaupun mendapat peluang terbaik. 

“Bagi saya ia situasi biasa dan selalu terjadi kepada pemain bola sepak tetapi mereka berjaya melaku- kan recovery (pemulihan),” ujarnya.

Sementara itu, beliau turut menga- kui bahawa kehadiran semula penggempur utama, Norshahrul Idlan turut menjadi penyumbang kepada semangat rakan-rakan lain dan lebih manis lagi, pemain tersebut mereali- sasikan impian Kelantan untuk melangkah ke perlawanan akhir.

“Dia (Norshahrul) memberi impak yang besar kepada kita tetapi saya fikir semua pemain saya adalah yang terbaik, Indra (Putra Mahayuddin), Badri (Radzi) juga berjaya menjalan- kan tugasnya termasuk semua pemain pertahanan dan penjaga gol,” jelasnya.

24 Okt 2010

Gambar - gambar sekitar perlawanan Kelantan Vs Kedah











Kelantan isytihar 4 November cuti umum

2010/10/24

KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan mengisytiharkan 4 November depan sebagai cuti umum berikutan hari pengundian Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, pada tarikh tersebut.

Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, berkata demikian dalam satu pekeliling yang dikeluarkan, hari ini. - BERNAMA

Sathia mangsa kejayaan Kelantan

Salahnya tidaklah sebesar mana...tetapi di hukum gantung 6 bulan.Wajarkah keputusan FAM ini disebalik kemuncak Piala Malaysia.

Tindakan FAM ini seolah-olah ingin 'membunuh' semangat penyokong-penyokong serta pemain yang sedang bernafsu melayari kemuncak saingan Piala Malaysia

Kami penyokong Kelantan tidak sedikitpun gentar dan tercabar dengan keputusan diluar jangkaan ini.Malah kami lebih bernafsu dan berjanji akan memenuhkan setiap inci ruang Stadium Bukit Jalil yang boleh menempatkan hampir 100 ribu orang.

Majoriti peminat-peminat bolasepak tidak bersetuju dengan tindakan FAM ini yang dilakukan tidak kena pada masanya yang seolah-olah ingin menghentikan kerancakan luarbiasa Piala Malaysia dari penyokong-penyokong Kelantan.

Ramai wartawan sukan tanahair termasuklah penulis sukan Christoper Raj juga tidak bersetuju dengan tindakan terburu-buru FAM ini yang boleh merosakkan kerancakan Piala Malaysia.

Mungkin ada yang cemburu dengan kejayaan Kelantan ini sehingga menjadikan jurulatih Kelantan B.Sathianathan sebagai mangsa.

Jika disorot kembali aksi liga dan Piala Malaysia tahun ini banyak kesalahan yang dilakukan oleh penyokong dan pegawai serta pemain lain tetapi mengapakan Kelantan didahulukan manakala negeri lain dikemudiankan?adakah elemen pilih kasih juga wujud dalam menentukan hukuman?atau negeri lain tidak mempunyai sumber kewangan untuk membayar denda?lihat keputusan yang melibatkan Selangor dan Kelantan tempohari...adilkah keputusan FAM ini.

Apa yang diharapkan selepas ini FAM dapat memberikan keadilan kepada semua pihak dan janganlah pilih kasih dalam menentukan hukuman.Jadikanlah insiden ini sebagai pengajaran dan janganlah rosakkan kemeriahan bolasepak negara kita.

Kelantan akur penggantungan Sathianathan, yakin pemain bersemangat

KOTA BHARU: Kelantan yang akan bertemu Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Bukit Jalil, 30 Oktober ini tidak rela isu penggantungan ketua jurulatihnya, B Sathianathan, merencatkan semangat pemain untuk meraih kejuaraan merebut piala berprestij itu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, berkata inilah masanya buat pemain "menghadiahkan" kemenangan kepada Sathianathan yang banyak berkorban untuk pasukan itu dengan membenam skuad "hoben jang hoben".

 "Kelantan akur dengan penggantungan (Sathianathan) dan saya yakin moral pemain Kelantan sama sekali tidak terjejas sebagaimana ditunjukkan sewaktu menewaskan Kedah 1-0.

"Sebab itu peluang kali kedua bertemu Negeri Sembilan di final, pemain perlu bersemangat tinggi dan buktikanlah kepada Sathia akan kemampuan kita di Bukit Jalil nanti," katanya selepas perlawanan separuh akhir kedua antara Kelantan dan Kedah di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV di sini, malam tadi.

Pada perlawanan itu Kelantan menang bergaya menewaskan pasukan Kenari 1-0 hasil sepakan sudut pemain kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-79.

Perlawanan akhir menentang Negeri Sembilan di perlawanan nanti mengulangi sejarah tahun lalu yang menyaksikan Negeri Sembilan muncul juara pada edisi ke-83 piala tersebut.

Dua hari lalu, lembaga disiplin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bertindak menggantung Sathianathan selama enam bulan dan denda sebanyak RM2,000 berkuat kuasa serta-merta.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, berkata Sathianathan dihukum atas kesalahan memberi kenyataan kepada media berhubung stadium tuan rumah bagi perlawanan Perlis dan Terengganu ketika Liga Super musim lalu.

Pada perlawanan semalam, Sathianathan hanya menyaksikan pasukannya bermain di tempat duduk penonton dengan dilihat menggunakan "walkie talkie" untuk memberi arahan kepada penolongnya, Hashim Mustapha dan pengurus pasukan, Azman Ibrahim.

Mengulas perlawanan itu, Annuar yang juga Timbalan Presiden FAM, berkata beliau berpuas hati dengan corak permainan Kelantan yang telah bermain bermati-matian untuk menewaskan Kedah.

"Walaupun menang tipis namun kemampuan yang ditunjukkan kesebelasan utama anak buah Sathianathan itu sudah cukup meyakinkan kita tidak menghadapi masalah menentang Negeri Sembilan di Bukit Jalil nanti," katanya.

Mengulas imbuhan, Annuar berkata, KAFA akan memberi bonus kepada pemain kerana berjaya mara ke final itu.

"Saya tidak berani menjanjikan imbuhan yang lebih besar, Cuma yang diperoleh sebelum ini ialah RM70,000 kerana berjaya ke separuh akhir dan meningkat kepada RM100,000 (layak ke final) dan ini saya kira sudah cukup memberi rangsangan kepada mereka," katanya. - BERNAMA

Kelantan, NS ulangi final

PEMAIN-pemain Kelantan meraikan kejayaan mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Kedah 1-0 pada pertemuan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, semalam. - MINGGUAN/Hafiz Johari 

KUALA LUMPUR - Bagaikan ulangan perlawanan akhir tahun lalu, Kelantan dan Negeri Sembilan sekali lagi bertemu pada pentas akhir bagi merebut kejuaraan Piala Malaysia edisi ke-84 di Stadium Bukit Jalil, 30 Oktober ini.

Jaringan tunggal daripada pemain kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-78 ekoran kesilapan penjaga gol Kedah, Mohd. Helmi Eliza Elias sudah cukup buat skuad Red Warriors menyingkirkan Kedah dalam aksi di Stadium Sultan Muhammed IV.

Gol tersebut membawa Kelantan ke pentas perlawanan akhir untuk dua musim berturut-turut menyebabkan stadium bertukar menjadi gegak gempita dengan sorakan padu lebih 20,000 penyokong fanatik tuan rumah.
Kehadiran semula Norshahrul dalam kesebelasan utama Kelantan ternyata membawa masalah kepada pasukan pelawat apabila merencanakan hampir setiap serangan Red Warriors.

Norshahrul hanya memerlukan tempoh empat minit untuk menguji gawang Kedah, namun percubaannya pada minit ke dua terkena tiang gol sebelum satu lagi rembatan kaki kirinya melebih palang gol, Mohd. Helmi Eliza Elias.

Percubaan pertama Kedah hadir seawal minit ke-11 melalui Mohd. Faizal Abu Bakar, namun sepakan leret diambilnya singgah di sebelah kanan gawang penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Selepas asakan bertali arus, Norshahrul akhirnya menjadi pemusnah apabila sepakan sudut yang diambilnya melencong masuk ke dalam gawang dan gagal dibaca dengan baik oleh Mohd. Helmi yang tertumbuk ke dalam gawang sendiri.

''Kemenangan ini saya hadiahkan kepada semua penyokong setia Kelantan yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada kami.

''Mungkin ketiadaan saya dalam dua perlawanan ekoran penggantungan memberikan kelebihan kepada saya untuk beraksi baik membantu Kelantan mendapatkan gol,'' katanya selepas perlawanan.

Sementara itu, Negeri Sembilan bangkit menebus maruahnya yang tercalar di Paroi minggu lalu untuk mengatasi Johor FC 2-0 di gelanggang lawan apabila mara dengan kelebihan agregat 2-1.

Kemenangan itu melayakkan pasukan Negeri Sembilan ke Bukit Jalil buat kali kedua berturut-turut sekali gus menghancurkan harapan Sang Lebah untuk beraksi buat pertama kali.

Jaringan pertama disumbangkan oleh Mohd. Shukor Adan pada minit ke-36 melalui satu tandukan yang menerjah gawang lawan.

Gol kedua dijaringkan oleh Shahurain Abu Samah pada minit ke-60 separuh masa kedua melalui tendangan penalti selepas S. Kunalan dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Skuad Lebah semakin hilang punca apabila pemain pertahanan mereka, Mohamad Izuan Jarudin dilayangkan kad merah selepas mengutip kad kuning kedua.

Perlawanan juga tergendala selama dua minit pada minit ke-84 apabila penyokong tuan rumah membaling botol ke dalam padang gara-gara membantah keputusan pengadil, namun pasukan keselamatan dapat mengawal keadaan.

Tahniah The Red Warriors

Terima kasih tak terhingga kami penyokong-penyokong setia The Red Warriors kerana telah berjaya melayakkan diri ke final TM Piala Malaysia buat kali kedua-dua berturut.

Kehebatan dan kesungguhan pemain sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi.Komitmen serta kesungguhan pemain telah membawa kejayaan ini dan seluruh penyokong-penyokong setia berterima kasih kepada pengurusan dan pemain yang telah memberikan kejayaan ini.

NorShahrul ternyata telah membuktikan bahawa beliau adalah seorang pemain yang serba boleh serta mempunyai daya pemikiran yang tajam.Elemen-elemen inilah yang telah menghasilkan gol emas untuk melayakkan Kelantan beraksi pada final Piala Malaysia.

Kesungguhan pemain lain juga menjadi elemen kebangkitan Kelantan terutamanya kekentalan benteng pertahanan yang diterajui oleh Rizal Fahmi,Farisham,Zairul Fitri dan Daudsu.

Skuad kali ini diyakini mampu menjulang Piala Malaysia 30 oktober ini kerana semua pemain telah menunjukkan aksi menakjubkan dan peningkatan prestasi yang begitu ketara sejak akhir-akhir ini.

Harapan kami agar pisang tidak berbuah dua kali dan harapan mengunung penyokong-penyokong The Red Warriors untuk membawa pulang Piala Malaysia ke negeri Che Siti Wan Kembang tidak terbantut kali ini.

Ayuh The Red Warriors kita gegarkan Bukit Jalil...kita Gomo Negeri Sembilan puala selepas ini!!!

Tinggi-tinggi Bukit Jalil
Tinggi lagi harapan wira merah

P/s:Terima Kasih 'budak bola' kerana telah membuang 'tuala ajaib' dari pintu gol Kedah yang membolehkan NorShahrul menjaringkan gol selepas itu...

Kelantan 1 - 0 Kedah

Kita Ke Bukit Jalil bertemu Negeri Sembilan

23 Okt 2010

Barisan Yang Bakal Menggegar Stadium SM4 Untuk Ke Bukit Jalil Minggu Depan


Kelantan : Formasi 4-4-2 / Taktikal 80% / Statistik keseluruhan pemain 87.5% 

Bakal diturunkan: Khairul Fahmi (Penjaga Gol) / Daudsu / Farisham / Rizal Fahmi / Zairul Fitree / Indra Putra / Badri Radzi / Khairan Eroza / Norfarhan / Norshahrul Idlan Talaha / Hairudin Omar

Simpanan:
Syed Adney/Nizad/Che Hishamuddin/Wam Zaman/Ramzul Zahini/S. Chanturu

Cedera:
Akmal Rizal
(Mungkin boleh dimasukkan) /Azizi Mat Rose/Shakir (Mungkin boleh dimasukkan)/S. Subramaniam. 

dari web TRW

TM Piala Malaysia Separuh Akhir kedua : Kelantan vs Kedah


Mampukah The Red Warriors merealisasikan impian penyokong-penyokong ke Bukit Jalil 30 Oktober ini...Sama-sama kita doakan kejayaan wira-wira merah...

Berjuang habis-habisan dan tunaikanlah impian penyokong-penyokong setia!!!

Gomo Kelate Gomo!!!

21 Okt 2010

'Keramat' Stadium Darul Aman hantui The Red Warriors

Pertembungan Kelantan dan Kedah semalam menyaksikan sekali lagi Kelantan gagal menumbangkan pasukan utara tanah air tersebut di gelanggang 'keramat' mereka.

Walaupun dilihat mendominasi perlawanan Kelantan gagal merobek gawang gol Kelantan yang dikawal Helmi Eliza.

Malang bagi  Kelantan dalam masa 12 minit terpaksa membuat tiga pertukaran kerana pemain-pemain mengalami kecederaan.

Mujurlah Kelantan mempunyai pemain-pemain pelapis yang boleh dikatakan sama 'level' permainan mereka dan ini tidak mengusarkan B.Sathianathan yang terpaksa mengeluarkan Azizi Matt Rose dengan mengantikan S.Subaramaniam namun beliau hanya berada diatas padang selama lima minit dan terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan

Kelantan juga kehilangan perancang utama Shakir yang mengalami kecederaan akibat pelanggaran dengan pemain Kedah.Ketiadaan beliau amat dirasakan oleh pasukan yang memerlukan khidmat beliau bagi mengatur strategi berkesan ke kubu Kedah.

Pujian harus diberikan kepada barisan pertahanan Kelantan kerana berjaya mengekang asakan pemain-pemain Kedah dan semua pemain dilihat telah cuba memberikan komoitmen sepenuhnya namun kelantan gagal menghasilkan gol.

Aksi di Kota Bharu nanti pasti menjanjikan saingan sengit kepada kedua-dua pasukan dan penyokong-penyokong Kedah 'dipelawa' ke Stadium Sultan Muhammad ke IV bagi memberikan sokongan kepada pasukan mereka.

20 Okt 2010

Misi memburu gol di Alor Star

Pertembungan wakil Pantai Timur,Kelantan berdepan wakil Utara tanah air,Kedah dalam saingan separuh akhir TM Piala Malaysia bakal menyaksikan aksi hangat kedua-dua pasukan.

Kelantan yang 'dimalukan' oleh Kedah pada awal saingan liga super gara-gara gol 'cuai' dari bekas penjaga gol nombor satu Kelantan Syed Adney, mahu melupakan episod malang itu dengan memadam rekod tersebut di Alor Star malam ini.

Kelantan juga mahu melunaskan dendam ekoran tersingkirnya dari saingan Piala FA semasa menentang Kedah yang menyaksikan kedua-dua pasukan seri dalam dua perlawanan timbal balik namun peraturan gol ditempat lawan memberi kelebihan kepada Kedah.

Bersandarkan reputasi gah selepas membelasah juara liga super Selangor,Kelantan mahu mengekalkan momentum kemenangan ini ditempat lawan untuk dihadiahkan kepada penyokong-penyokong The Red Warriors yang semakin 'mengila' dan teruja dengan skuad kelantan sekarang.

Namun Kelantan harus berwaspada kerana Kedah memang mempunyai kelebihan kerana dianggap berada pada kemuncak prestasi selepas membenam Terengganu di Alor Star dengan tiga gol.

Perlawanan malam ini menuntut semua pemain-pemain bermain bermati-matian bagi membawa pulang bekalan selesa ke Kota bharu.

Oleh itu, misi memburu gol seharusnya menjadi sasaran utama Kelantan dan dalam pada itu perlu memastikan gawang Kelantan tidak di robek pemain-pemain Kedah walau satu gol sekalipun.

B.Sathianathan perlu merangka strategi yang lebih mantap dengan mengambil kira pengalaman musim ini yang membabitkan pertemuan Kelantan dan Kedah yang menyaksikan Kelantan gagal memenangi kesemua perlawanan dan hanya mampu seri serta kalah sekali.

Taruhan utama Kelantan sudah pasti kepada dua arkitek utama iaitu Badri Radzi dan Shakir Shaari yang telah menemui sentuhan serta mampu bermain dengan cemerlang bagi membantu jentera serangan Kelantan yang di khabarkan bakal terlepas aksi penjaring utama kelahiran Kedah,Akmal Rizal yang dilaporkan kurang sihat.

 Akmal mungkin terlepas peluang beraksi malam ini menentang Kedah malam ini.
Namun itu tidak mengusarkan kem Kelantan kerana Kelantan masih ada Indra, Hai-O, NorFarhan, S.Chanturu, Nizab Ayub serta Che Hishamuddin yang mampu merobek gawang Kedah.

Benteng pertahanan Kelantan kali ini dilihat perlu bekerja keras bagi menahan asakan penyerang Kedah. Kelibat Faizal Abu Bakar, Kyril Muhymeen serta pakar sepakan percuma Kedah Badrol Bakhtiar perlu diberi perhatian serius jika tidak mahu melihat Kelantan berputih mata malam ini.

Kecemerlangan semua pemain amat ditagih oleh penyokong-penyokong setia Kelantan dan hadiahkanlah kemenangan kepada penyokong-penyokong yang sanggup berpanas berhujan menberi sokongan selama ini.

Ayuh The Red Warriors kita tumbangkan Sang Kenari!!!

Red Warriors mula terasa bahang

Oleh Adnan Mohamad
bhkb@bharian.com.my
2010/10/20

Nor Shahrul Talaha (tengah) ketika menentang Selangor, minggu lalu. Dia  tidak dapat diturunkan menentang Kedah malam ini.
Nor Shahrul Talaha (tengah) ketika menentang Selangor, minggu lalu. Dia tidak dapat diturunkan menentang Kedah malam ini.
Kelantan tanpa Nor Shahrul, Akmal Rizal

KELANTAN dijangka mengharungi bahang perlawanan sengit, malam ini bertembung dengan Kedah di Stadium Darulaman, berikutan kehilangan penyerang berbisa, Nor Shahrul Idlan Talaha selain mungkin tidak menurunkan Akmal Rizal Rakhli, yang dikhabarkan masih belum sembuh daripada demam.

Keadaan dijangka lebih membimbangkan apabila pemain pertahanan, Rizal Fahmi Abdul Rosid turut mengalami kecederaan – menjadikan The Red Warriors dalam situasi getir menumbangkan Sang Kenari di gelanggang sendiri.

Namun, bagi pengendali Kelantan, B Sathianathan, kehilangan Nor Shahrul Idlan akibat menerima kad merah dan kemungkinan Akmal yang masih belum sihat sepenuhnya tidak menjadi halangan bertukar corak permainan kerana masih mempunyai beberapa lagi penyerang berkaliber.

Menurutnya, Che Hishamuddin Hassan, Hairuddin Omar, Mohd Nizad Ayub, Ramzul Zahini Adnan serta S Chanturu tetap berbahaya dengan gandingan kekuatan tonggak utama diketuai Indra Putra Mahayuddin serta dibantu Mohd Badhri Radzi.

“Saya menjangka perlawanan separuh akhir pertama di Kedah malam esok (malam ini) akan sengit kerana Kedah sudah pasti akan bermain mati-matian untuk mengecewakan Kelantan selepas mereka berjaya melakukannya pada saingan Piala FA lalu. Begitu juga kemenangan mereka di Kota Bharu pada saingan Liga Super.

“Bagaimanapun, saya yakin pemain Kelantan yang masih berbekal semangat kemenangan mengatasi Selangor, Jumaat lalu, akan meneruskan kecemerlangan corak permainan mereka sekali gus diterjemahkan dalam pertemuan dengan Kedah nanti, namun begitu kita tetap berhati-hati, pastikan kemenangan pertama milik kita,” katanya, semalam.
Mengenai keadaan Akmal Rizal yang masih dibelenggu demam, Sathia menegaskan, beliau akan menyerahkan kepada doktor pasukan dalam membuat keputusan sama ada dia cergas untuk bermain atau terpaksa direhatkan.

“Jika Kelantan kehilangan Akmal, ia sebenarnya bukan satu masalah besar kerana beberapa penyerang lain turut berkemampuan mengisi ruang berkenaan.” 

Selangor, Kelantan kena denda

Oleh Harris Rajahdin
harajah@bharian.com.my
2010/10/20

SELANGOR dan Kelantan terlepas hukuman berat berikutan insiden keganasan yang membabitkan kedua-dua pasukan dalam suku akhir pertama minggu lalu apabila masing-masing terselamat daripada penggantungan, sebaliknya hanya dikenakan denda.

Namun, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JPKT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mungkin tidak akan berlembut lagi sekiranya insiden penyokong membaling mercun dan objek bahaya, bergaduh berulang lagi, terutamanya membabitkan pasukan sama selepas ini. 

Pada mesyuarat JPKT yang berlangsung dua jam setengah di Wisma FAM selepas mengambil kira hujah kedua-dua pihak, Selangor dan Kelantan masing-masing dikenakan denda RM50,000 dengan Selangor sebagai tuan rumah dikenakan tambahan RM10,000 atas tahap kawalan keselamatan longgar di Stadium Shah Alam.  

Kedua-dua pasukan juga diminta untuk berkongsi membayar kerosakan harta benda di stadium, antaranya kerusi dicabut dan dibaling ke kawasan permainan, berjumlah RM15,000. Secara keseluruhan, Selangor menanggung denda RM67,500 manakala Kelantan terpaksa mengeluarkan RM57,500.

Mesyuarat yang bersidang semalam juga unik dengan ahli jawatankuasa, Omar Othman, yang juga Naib Presiden 1 Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) mempengerusikannya dengan Pengerusi, Datuk Hamidin Mohd Amin dan Timbalan Pengerusi, Datuk Affandi Hamzah masing-masing dikecualikan kerana menjadi pihak berkepentingan dalam kes ini, atas jawatan mereka sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor dan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan.

“Kami sudah membincangkan sama ada hukuman yang dikenakan boleh dijadikan pengajaran. Bermula daripada sekarang, tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana pasukan yang melanggar peraturan termasuk tindakan menggantung perlawanan,” kata Omar pada sidang akhbar selepas mesyuarat. 

Kekuatan seimbang -Sathia


NORFARHAN MOHAMAD (tengah) bakal bertindak sebagai penggempur Kelantan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Kedah malam ini.


"PELUANG kami seimbang."Begitulah pendapat ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan ketika ditanya mengenai pertemuan dengan Kedah pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini.

Menurut bekas jurulatih kebangsaan itu, peluang yang dimiliki oleh kedua- dua pasukan seimbang walaupun Kedah kehilangan beberapa tonggak utama bagi perlawanan tersebut.

Katanya, skuad Hijau Kuning itu masih mempunyai pemain muda berwibawa untuk diturunkan bagi menggantikan tonggak utama mereka.

Sehubungan itu katanya, beliau mengharapkan anak-anak buahnya dapat mempamerkan aksi cemerlang seperti persembahan ketika menewaskan Selangor 3-0 dalam perlawanan kedua suku akhir di Kota Bharu sebelum ini.

"Saya difahamkan, mereka kehilangan beberapa tonggak utama, namun pemain gantian mereka tidak kurang hebatnya. Saya yakin kita tetap mempunyai peluang pada perlawanan ini.

"Untuk itu kita akan turun berjuang habis-habisan dan tidak akan memberikan laluan mudah buat pasukan Kedah meskipun beraksi di tempat lawan," katanya.

Menurut Sathianathan, beliau juga berharap agar jentera serangan pasukannya dapat menggunakan setiap peluang yang dimiliki sebaik mungkin untuk mencari bekalan selesa sebelum mengharungi aksi kedua di Kota Bharu, Sabtu ini.

17 Okt 2010

Keputusan P'lwanan TM Piala Malaysia '10 (P2)

KELANTAN (0) 3-0 (0) SELANGOR
*Kelantan layak agg. 3-0

KEDAH (2) 3-0 (2) TERENGGANU
*Kedah layak agg. 5-2

PERLIS (0) 1-3 (1) N.SEMBILAN
*N9 layak agg. 4-1

PAHANG (0) 2-1 (1) JOHOR FC
*Johor FC layak agg. 2-2 kelebihan gol tempat lawan

Jadual separuh akhir pertama 20/10/10 (Rabu, 8.45 mlm)

KEDAH lwn KELANTAN

N.SEMBILAN lwn JOHOR FC

16 Okt 2010

Gol-gol Kelantan vs Selangor Suku akhir TM Piala Malaysia

Kelantan 3 - 0 Selangor








credit rakan-rakan facebook dan socernet.com









Selangor rebah di Kota Bharu

Akmal wira..Khairul penyelamat

Kelantan akhirnya berjaya menyentap ego Selangor dalam saingan suku akhir TM Piala Malaysia malam ini dengan membenam skuad yang diberi gelaran Red Giant itu 3-0.Gol-gol adalah hasil jaringan Norfarhan,Akmal Rizal dan Badri Radzi.

Bersandarkan rekod cemerlang Selangor yang memperolehi mata maksimum peringkat kumpulan dan Kelantan hanyalah sebagai naib juara kumpulan dibelakang satu lagi musuh ketat iaitu Negeri Sembilan,Kelantan berjaya mancalar rekod tersebut di Kota Bharu.

Sorakan padu lebih 25000 penyokong setia The Red Warriors ternyata memberi kelebihan moral kepada pasukan dan harapan untuk melihat penyokong-penyokong Selangor ‘menbanjiri’ Stadium Sultan Muhammad ke-IV tidak kesampaian kerana tidak seorangpun sanggup datang ke Kota Bharu walaupun dikhabarkan sebelum ini berpuluh-puluh bas akan datang membawa penyokong Selangor.

Intipati inilah yang menjelaskan bahawa penyokong Kelantan adalah yang terbaik kerana sanggup menghadapi apa jua keadaan serta sentiasa memberikan sokongan padu kepada pasukan tidak kira dimana mereka bermain.

Tahniah kepada wira-wira merah yang telah memberikan semangat baru kepada penyokong-penyokong Kelantan dan telah memeriahkan suasana muram liga Malaysia yang dipandang sepi selama ini.

Kejayaan berpasukan ini amat dihargai oleh peminat-peminat dan mengharapkan kecemerlangan serta komitmen penuh ini berterusan sehinggalah The Red Warriors menjulang piala Malaysia musim ini.

Kita dilandasan yang betul…Ayuh teruskan Wira Merah!!!

Credit :-Khairul Fahmi,Azizi Matt Rose,Rizal Fahmi,Farisham,Zairul Fitri,Badri Radzi,Shakir,Indra,Nor Farhan dan Akmal Rizal

14 Okt 2010

Siapa salah?FAS atau KAFA

Kegairahan penyokong Kelantan sedikit terbantut ekoran kenyataan FAM yang mungkin akan mengambil tindakan terhadap KAFA ekoran insiden pergaduhan dengan penyokong-penyokong tidak bertamadun Selangor.

FAM dikatakan bakal mengambil tindakan terhadap FAS dan KAFA seperti yang dilaporkan didada-dada akhbar hari ini.

Berita panas ini sedikit sebanyak mengusarkan KAFA yang terpaksa menerima hukuman walaupun KAFA tidak terlibat langsung dalam isu ini.

Siapa yang salah sebenarnya?KAFA atau FAS?siapa yang menganjurkan perlawanan diantara Kelantan dan Selangor?jadi siapa yang bertanggungjawab sebenarnya?adakah KAFA?cuba kita fikirkan dengan otak bodoh kita ini siapa yang bersalah dalam hal ini.

Pergaduhan bukannya melibatkan pemain Kelantan dengan penyokong-penyokong Selangor tetapi melibatkan penyokong kedua-dua pasukan yang diluar kawalan KAFA.

Aspek kawalan keselamatan dilihat cukup lemah,ketika aksi 'tempur' yang melibatkan kedua-dua penyokong pasukan,pihak FRU yang mengawal hanyalah beberapa kerat dan tidak mampu menangani insiden ini.

Jarak pemisah  penyokong-penyokong juga dipertikaikan kerana dipisahkan 20-30 meter dan apa yang dikesali penyokong-penyokong Kelantan ditempatkan dikawan yang tidak strategik iaitu hampir dibelakang pintu gol manakala penyokong-penyokong Selangor betul-betul dihadapan 'Grandstand'.

Media juga menjadi penyebab mengapa penyokong Kelantan sering dilabelkan ganas apabila dilihat berat sebelah dalam melaporkan sesuatu insiden buruk yang melibatkan penyokong Kelantan.

Insiden ini tidak akan berulang di Kota Bharu

Oleh itu FAM perlu memikirkan siapa sebenarnya yang sepatutnya dipersalahkan dalam insiden ini kerana KAFA telah melalui detik-detik kegelapan ketika diharamkan untuk beraksi di Kota Bharu musim lepas.

KAFA juga telah memberi jaminan bahawa tahap keselamatan cukup tinggi dan penyokong-penyokong Kelantan perlu mendisiplinkan diri semasa pertemuan Kelantan dan Selangor esok.Tunjukkan kepada dunia luar bahawa kita tidak seburuk yang disangka. 

FAS, KAFA berdepan tindakan


INSIDEN yang dianggap keterlaluan ini berlaku di Stadium Shah Alam ketika aksi antara Kelantan dan Selangor kelmarin.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) kini hanya menunggu laporan penuh daripada pegawai perlawanan sebelum mempertimbangkan untuk mengheret Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) ke Jawatankuasa Tatatertib FAM.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, kedua-dua persatuan negeri itu boleh diambil tindakan berhubung insiden pergaduhan dan kekecohan yang ditimbulkan penyokong masing-masing pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam kelmarin.

"Kita (FAM) mempunyai peruntukan tertentu untuk mengambil tindakan ke atas pihak-pihak yang terlibat ini mengikut bidang kuasa FAM.

"Selepas mendapat dan mengumpul semua maklumat lengkap, kita akan pertimbangkan sama ada kes ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM atau sebaliknya," katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam.

Namun Azzuddin menafikan bahawa kurangnya kawalan keselamatan pada perlawanan tersebut menjadi punca penyokong Selangor dan Kelantan 'bertempur' sama ada di dalam mahu pun di luar stadium.

"Mesyuarat pengurus pasukan sehari sebelum perlawanan telah berpuas hati dengan aspek keselamatan yang disediakan pihak tuan rumah.

"Tapi itulah, walau berapa ribu penyokong yang hadir sekali pun, jika pergaduhan itu nak berlaku, ia tetap akan berlaku dan ia sudah menjadi asam garam. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan penyokong Kelantan dan Selangor.

"KAFA dan FAS telah berulang kali menasihatkan penyokong mereka tetapi kekecohan tetap berlaku berpunca daripada tindak tanduk segelintir penyokong ini," jelas Azzuddin.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, hanya seorang penyokong Kelantan yang meninggal dunia akibat sesak nafas sambil menafikan terdapat seorang lagi yang mati akibat bergaduh.

"Saya sendiri berada di hospital sehingga pukul 3 pagi tadi (semalam) dan penyokong tersebut (Che Karma Sulaiman, 39) berasal dari Bachok tetapi bekerja di sini mati akibat sesak nafas dan bukannya disebabkan pergaduhan.

"Pihak FAS bersetuju memberikan RM3,000 kepada keluarga mangsa sebagai sumbangan ikhlas untuk urusan pengkebumiannya. Cuma saya harap semua penyokong lebih berdisiplin pada masa akan datang untuk mengelak insiden pergaduhan berulang," kata Hamidin pada sidang media sama.

Tentang isu mercun di stadium, Hamidin yang juga Setiausaha Agung FAS berkata: "Memang kita buat sekatan di pintu masuk. Tapi masalah stadium di Malaysia yang kelilingnya terbuka memudahkan mereka menyeludup masuk juga mercun. Kita akan fikirkan mekanisme terbaik bagi mengatasinya."

p/s : Apahal pulak Kafa nak kena tindakan jugak bukanya KAFA yang jadi penganjur...kalau tidak kerana kesilapan penganjur menempatkan penyokong perkara begini takkan berlaku.

Stadium masih lagi luas kalau nak asingkan kedua-dua penyokong...jarak sekangkang kera yang memisahkan kedua-dua pasukan ada ke patut...FRU pun macam tengok je sebab tak cukup anggota...jadi siapa yang patut disalahkan???