20 Okt 2010

Misi memburu gol di Alor Star

Pertembungan wakil Pantai Timur,Kelantan berdepan wakil Utara tanah air,Kedah dalam saingan separuh akhir TM Piala Malaysia bakal menyaksikan aksi hangat kedua-dua pasukan.

Kelantan yang 'dimalukan' oleh Kedah pada awal saingan liga super gara-gara gol 'cuai' dari bekas penjaga gol nombor satu Kelantan Syed Adney, mahu melupakan episod malang itu dengan memadam rekod tersebut di Alor Star malam ini.

Kelantan juga mahu melunaskan dendam ekoran tersingkirnya dari saingan Piala FA semasa menentang Kedah yang menyaksikan kedua-dua pasukan seri dalam dua perlawanan timbal balik namun peraturan gol ditempat lawan memberi kelebihan kepada Kedah.

Bersandarkan reputasi gah selepas membelasah juara liga super Selangor,Kelantan mahu mengekalkan momentum kemenangan ini ditempat lawan untuk dihadiahkan kepada penyokong-penyokong The Red Warriors yang semakin 'mengila' dan teruja dengan skuad kelantan sekarang.

Namun Kelantan harus berwaspada kerana Kedah memang mempunyai kelebihan kerana dianggap berada pada kemuncak prestasi selepas membenam Terengganu di Alor Star dengan tiga gol.

Perlawanan malam ini menuntut semua pemain-pemain bermain bermati-matian bagi membawa pulang bekalan selesa ke Kota bharu.

Oleh itu, misi memburu gol seharusnya menjadi sasaran utama Kelantan dan dalam pada itu perlu memastikan gawang Kelantan tidak di robek pemain-pemain Kedah walau satu gol sekalipun.

B.Sathianathan perlu merangka strategi yang lebih mantap dengan mengambil kira pengalaman musim ini yang membabitkan pertemuan Kelantan dan Kedah yang menyaksikan Kelantan gagal memenangi kesemua perlawanan dan hanya mampu seri serta kalah sekali.

Taruhan utama Kelantan sudah pasti kepada dua arkitek utama iaitu Badri Radzi dan Shakir Shaari yang telah menemui sentuhan serta mampu bermain dengan cemerlang bagi membantu jentera serangan Kelantan yang di khabarkan bakal terlepas aksi penjaring utama kelahiran Kedah,Akmal Rizal yang dilaporkan kurang sihat.

 Akmal mungkin terlepas peluang beraksi malam ini menentang Kedah malam ini.
Namun itu tidak mengusarkan kem Kelantan kerana Kelantan masih ada Indra, Hai-O, NorFarhan, S.Chanturu, Nizab Ayub serta Che Hishamuddin yang mampu merobek gawang Kedah.

Benteng pertahanan Kelantan kali ini dilihat perlu bekerja keras bagi menahan asakan penyerang Kedah. Kelibat Faizal Abu Bakar, Kyril Muhymeen serta pakar sepakan percuma Kedah Badrol Bakhtiar perlu diberi perhatian serius jika tidak mahu melihat Kelantan berputih mata malam ini.

Kecemerlangan semua pemain amat ditagih oleh penyokong-penyokong setia Kelantan dan hadiahkanlah kemenangan kepada penyokong-penyokong yang sanggup berpanas berhujan menberi sokongan selama ini.

Ayuh The Red Warriors kita tumbangkan Sang Kenari!!!

Tiada ulasan: