25 Okt 2010

Kelantan berhak ke final


NORSHAHRUL IDLAN (kanan) diasak pemain Kedah pada aksi separuh akhir kedua Piala Malayisa di Stadium Muhammed ke IV, Kota Bharu kelmarin.


“KAMI berhak beraksi di final.” Demikian ujar ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan yang puas dengan aksi barisan pemainnya ketika menewaskan Kedah 1-0 pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam kelmarin.

Beliau yang hanya melihat aksi anak-anak buahnya dari bangku penonton akibat penggantungan selama enam bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyifatkan, aksi menentang Kedah adalah antara yang terbaik pernah dipamerkan anak-anak didiknya.

“Pada 20 minit pertama kita bermain dengan sangat baik, berjaya me- nguasai permainan, memiliki beberapa peluang terbaik dan terus mengasak kubu Kedah serta berjaya memberi tekanan kepada lawan.

“Selepas beraksi dalam beberapa perlawanan dengan jadual yang padat tanpa rehat yang cukup, saya amat kagum dengan semangat serta kesungguhan semua pemain untuk mencari kejayaan, dan sebagai juru- latih saya suka melihat perkembangan ini,” katanya ketika dihubungi semalam. 

Tambahnya, selepas berjaya memberi tekanan yang hebat sepanjang perlawanan tersebut, pada penghujung babak pertama menyaksikan para pemainnya mula hilang tumpuan seketika sebelum kembali mengasak kubu Kedah pada babak kedua sehingga berjaya memecah kebuntuan untuk mencari gol.

Jelasnya, beliau turut memuji benteng pertahanan Kedah yang berjaya menyerap asakan bertali arus Kelantan walaupun akhirnya terpaksa akur dengan gol jaringan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-78.

“Mereka (Kedah) mempamerkan aksi bertahan yang cukup baik dengan harapan untuk menjaringkan gol tunggal sama ada menang atau mengikat kedudukan kita tetapi dalam bola sepak, bertahan mungkin akan membawa padah dan kita telah membuktikan kita lebih baik

“Selepas melancarkan asakan yang cukup hebat, pemain-pemain saya nampak seperti hilang fokus dan putus asa seketika, mungkin kerana gagal menembusi pintu gol walaupun mendapat peluang terbaik. 

“Bagi saya ia situasi biasa dan selalu terjadi kepada pemain bola sepak tetapi mereka berjaya melaku- kan recovery (pemulihan),” ujarnya.

Sementara itu, beliau turut menga- kui bahawa kehadiran semula penggempur utama, Norshahrul Idlan turut menjadi penyumbang kepada semangat rakan-rakan lain dan lebih manis lagi, pemain tersebut mereali- sasikan impian Kelantan untuk melangkah ke perlawanan akhir.

“Dia (Norshahrul) memberi impak yang besar kepada kita tetapi saya fikir semua pemain saya adalah yang terbaik, Indra (Putra Mahayuddin), Badri (Radzi) juga berjaya menjalan- kan tugasnya termasuk semua pemain pertahanan dan penjaga gol,” jelasnya.

Tiada ulasan: