26 Okt 2010

Harga tiket naik membebankan penyokong Kelantan

Update : Harga tiket tempat duduk biasa yang dijual di :

Bukit Jalil : RM 35
N.9         : RM 30
KAFA    : RM 40
Ejen        : RM 45
Ulat Tiket : RM ????  (Pergi Mekah balik hari ).... ooppsss silap!! ulat tiket pegi mekah ker????

Setelah menerima berita gembira B.sathianathan dibenarkan 'beraksi' untuk Piala Malaysia ini penyokong-penyokong Kelantan menerima berita kurang menyenangkan,tiket perlawanan akhir dinaikkan RM10 daripada harga asal RM20 menjadikan RM30 untuk tempat duduk biasa serta RM 50 untuk tempat duduk 'Grand Stand'.

Memandangkan Kelantan layak ke final Piala Malaysia dan mempunyai ramai penyokong-penyokong fanatik FAM memutuskan untuk menaikkan harga tiket berasaskan kejohanan yang berprestij dianjurkan.

FAM langsung tidak memikirkan perit jerih penyokong yang terpaksa berbelanja besar untuk ke Bukit Jalil dengan kadar pengangkutan seperti bas yang naik mendadak mencecah RM4000 untuk sebuah bas.I

Ini ternyata membebankan penyokong-penyokong yang ingin ke Bukit Jalil kerana dengan kenaikan harga tiket ini penyokong Kelantan seolah-olah tersepit ditengah-tengah.

Bagi penyokong Negeri Sembilan mereka tidak menghadapi masalah kerana jarak perjalanan ke Bukit Jalil tidak sejauh penyokong Kelantan.

Mungkin FAM telah memasukkan sekali kos 'kerosakan' yang bakal berlaku jika kedua-dua penyokong merusuh...tetapi kejadian ini tidak akan berlaku jika kawalan keselamatan dipertingkatkan dan tidak berlaku provokasi dari kedua-dua penyokong serta PENGADIL perlawanan bijak mengendalikan perlawanan.

Kita penyokong Kelantan terpaksa akur dengan kenaikan harga tiket ini dan berharap tahun depan jika Piala Malaysia yang bakal berlangsung tidak melibatkan pasukan Kelantan harga tiket tetap sama dengan harga Piala Malaysia tahun ini.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bakpo la rega tiket tetiba naik?? puak-puak ni, tah abis-abis nak ngena rakyat.... sepatutnya pakat tima kasih la ko rakyat sebab telah menunjukkan komitment dan semangat yang tinggi ke atas sukan bola sepak Malaysia yang hampir merudum menyembah bumi suatu masa dulu....

Tanpa Nama berkata...

yub betul...mcm xhargai jah sokongan peminat...cari untung biar berpada2

Tanpa Nama berkata...

Salam untuk penonton-penonton kelate... agak-agak la.... boleh tak kita pakat BOIKOT tengok bola secara live di dalam stadium. Kita pakat gi juga, tapi kita pakat dok kat luar. Kita tengok dekat skrin besar di luar stadium.... he he he....

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa la... dia orang kat FAM ni, tak belajar sejarah kot.... cuba kita pakat renung semula, semenjak bola sepak di Malaysia ni wujud, bila FENOMENA GILER BOLA telah menyerang Malaysia..... langsung tak terima kasih.....

Tanpa Nama berkata...

ni namanya nak ambil keuntungan lebih...tahulah kelantan blh masuk final tp jgn lah sampai 'menyeksa' penyokong Kelantan...kami bukannya orang kaya