27 Okt 2010

UMNO Bahagian Tanah Merah sediakan tiket percuma

Oleh Sukhairi Abd Thani
sukhairi@bharian.com.my
2010/10/27

PENYOKONG Kelantan yang mendaftar sebagai pengundi Parlimen Tanah Merah, berpeluang menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan, di Stadium Bukit Jalil, Sabtu ini secara percuma apabila UMNO Bahagian Tanah Merah menyediakan tiket untuk mereka.

Tiket bernilai RM30 boleh diambil di Noble Twin (M) Sdn Bhd, lot 1039, Jalan Enggang, Taman Keramat, Kuala Lumpur atau menghubungi Zulkifli Mustafa di talian 019-2599909 atau 019-2129009 mulai esok hingga tengah hari Sabtu ini


Ketua UMNO Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz, bagaimanapun berkata, tiket adalah terhad dan akan diberikan kepada mereka yang paling awal.
“Hanya mereka yang berdaftar sebagai pengundi Parlimen Tanah Merah berhak memperoleh tiket. Namun, mereka berpeluang membeli dua tiket tambahan pada harga biasa,” katanya semalam.

Selain itu, Ikmal Hisham, berkata belia di Tanah Merah berpeluang menyaksikan perlawanan menaiki bas untuk pergi dan balik dengan hanya membayar RM20 menerusi usaha Pemuda UMNO bahagian itu menyediakan menyediakan 15 bas ke Stadium Bukit Jalil.

Belia yang berminat boleh mendaftar di pejabat UMNO Tanah Merah atau hubungi pejabat talian 09-9557500.
 

Tiada ulasan: