16 Okt 2010

Selangor rebah di Kota Bharu

Akmal wira..Khairul penyelamat

Kelantan akhirnya berjaya menyentap ego Selangor dalam saingan suku akhir TM Piala Malaysia malam ini dengan membenam skuad yang diberi gelaran Red Giant itu 3-0.Gol-gol adalah hasil jaringan Norfarhan,Akmal Rizal dan Badri Radzi.

Bersandarkan rekod cemerlang Selangor yang memperolehi mata maksimum peringkat kumpulan dan Kelantan hanyalah sebagai naib juara kumpulan dibelakang satu lagi musuh ketat iaitu Negeri Sembilan,Kelantan berjaya mancalar rekod tersebut di Kota Bharu.

Sorakan padu lebih 25000 penyokong setia The Red Warriors ternyata memberi kelebihan moral kepada pasukan dan harapan untuk melihat penyokong-penyokong Selangor ‘menbanjiri’ Stadium Sultan Muhammad ke-IV tidak kesampaian kerana tidak seorangpun sanggup datang ke Kota Bharu walaupun dikhabarkan sebelum ini berpuluh-puluh bas akan datang membawa penyokong Selangor.

Intipati inilah yang menjelaskan bahawa penyokong Kelantan adalah yang terbaik kerana sanggup menghadapi apa jua keadaan serta sentiasa memberikan sokongan padu kepada pasukan tidak kira dimana mereka bermain.

Tahniah kepada wira-wira merah yang telah memberikan semangat baru kepada penyokong-penyokong Kelantan dan telah memeriahkan suasana muram liga Malaysia yang dipandang sepi selama ini.

Kejayaan berpasukan ini amat dihargai oleh peminat-peminat dan mengharapkan kecemerlangan serta komitmen penuh ini berterusan sehinggalah The Red Warriors menjulang piala Malaysia musim ini.

Kita dilandasan yang betul…Ayuh teruskan Wira Merah!!!

Credit :-Khairul Fahmi,Azizi Matt Rose,Rizal Fahmi,Farisham,Zairul Fitri,Badri Radzi,Shakir,Indra,Nor Farhan dan Akmal Rizal

4 ulasan:

soleil m berkata...

it's so sad reading a lot of biased news reported on surat khaba! come on media ppl, give us some highlight!

anyway, gomo kelate gomo! semangat tibo2 kali ni nk follow berito psl bola! :D

Tanpa Nama berkata...

tanniah abe sathia ..tahniah player....

kalu maintain geni...insyallah kita boleh ge koho lebih tahun nie dan akan mendatang...

terima kasih kerana membalas kesetiaan penyokong2 yang pulang ke kelantan utk melihat detik bersejarah nie

tq semua

Nik

Tanpa Nama berkata...

tahniah! teruskan kecemerlangan. mene q-final tokleh panggil johe lagi..

-yus-

School Of Tots berkata...

Bravo Red Warriors !! Ingatkan RTM1 ada telor untuk siarkan siaran langsung perlawanan ini, rupanya takdak. Takpolah. Ya penting Kelantan shows again - they got balls. YES all the way to The Final.....