24 Okt 2010

Tahniah The Red Warriors

Terima kasih tak terhingga kami penyokong-penyokong setia The Red Warriors kerana telah berjaya melayakkan diri ke final TM Piala Malaysia buat kali kedua-dua berturut.

Kehebatan dan kesungguhan pemain sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi.Komitmen serta kesungguhan pemain telah membawa kejayaan ini dan seluruh penyokong-penyokong setia berterima kasih kepada pengurusan dan pemain yang telah memberikan kejayaan ini.

NorShahrul ternyata telah membuktikan bahawa beliau adalah seorang pemain yang serba boleh serta mempunyai daya pemikiran yang tajam.Elemen-elemen inilah yang telah menghasilkan gol emas untuk melayakkan Kelantan beraksi pada final Piala Malaysia.

Kesungguhan pemain lain juga menjadi elemen kebangkitan Kelantan terutamanya kekentalan benteng pertahanan yang diterajui oleh Rizal Fahmi,Farisham,Zairul Fitri dan Daudsu.

Skuad kali ini diyakini mampu menjulang Piala Malaysia 30 oktober ini kerana semua pemain telah menunjukkan aksi menakjubkan dan peningkatan prestasi yang begitu ketara sejak akhir-akhir ini.

Harapan kami agar pisang tidak berbuah dua kali dan harapan mengunung penyokong-penyokong The Red Warriors untuk membawa pulang Piala Malaysia ke negeri Che Siti Wan Kembang tidak terbantut kali ini.

Ayuh The Red Warriors kita gegarkan Bukit Jalil...kita Gomo Negeri Sembilan puala selepas ini!!!

Tinggi-tinggi Bukit Jalil
Tinggi lagi harapan wira merah

P/s:Terima Kasih 'budak bola' kerana telah membuang 'tuala ajaib' dari pintu gol Kedah yang membolehkan NorShahrul menjaringkan gol selepas itu...

Tiada ulasan: