21 Okt 2010

'Keramat' Stadium Darul Aman hantui The Red Warriors

Pertembungan Kelantan dan Kedah semalam menyaksikan sekali lagi Kelantan gagal menumbangkan pasukan utara tanah air tersebut di gelanggang 'keramat' mereka.

Walaupun dilihat mendominasi perlawanan Kelantan gagal merobek gawang gol Kelantan yang dikawal Helmi Eliza.

Malang bagi  Kelantan dalam masa 12 minit terpaksa membuat tiga pertukaran kerana pemain-pemain mengalami kecederaan.

Mujurlah Kelantan mempunyai pemain-pemain pelapis yang boleh dikatakan sama 'level' permainan mereka dan ini tidak mengusarkan B.Sathianathan yang terpaksa mengeluarkan Azizi Matt Rose dengan mengantikan S.Subaramaniam namun beliau hanya berada diatas padang selama lima minit dan terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan

Kelantan juga kehilangan perancang utama Shakir yang mengalami kecederaan akibat pelanggaran dengan pemain Kedah.Ketiadaan beliau amat dirasakan oleh pasukan yang memerlukan khidmat beliau bagi mengatur strategi berkesan ke kubu Kedah.

Pujian harus diberikan kepada barisan pertahanan Kelantan kerana berjaya mengekang asakan pemain-pemain Kedah dan semua pemain dilihat telah cuba memberikan komoitmen sepenuhnya namun kelantan gagal menghasilkan gol.

Aksi di Kota Bharu nanti pasti menjanjikan saingan sengit kepada kedua-dua pasukan dan penyokong-penyokong Kedah 'dipelawa' ke Stadium Sultan Muhammad ke IV bagi memberikan sokongan kepada pasukan mereka.

Tiada ulasan: