30 Mei 2010

Harapan Juara Liga Super makin tipis

Walaupun Kelantan mencatat kemenangan bergaya 3-1 menewaskan Pulau Pinang di Batu Kawan semalam kemenangan tersebut seolah-olah masih tidak berharga buat masa sekarang kerana Selangor juga mencatatkan kemenangan 2-0 menewaskan lawan kelantan sebelum ini iaitu Perlis.

Bagi penyokong-penyokong setia The Red Warriors masih menaruh harapan agar ada mana-mana pasukan yang mampu menyekat penguasaan Selangor yang ternyata begitu gah dengan rekod cemerlang mereka musim ini.

Hakikatnya kita harus menerima kenyataan bahawa Kelantan belum cukup bagus kerana terlalu banyak mencatat keputusan seri berbanding kemenangan disamping Selangor berjaya mengekalkan momentum kemenangan walaupun tanpa tonggak utama mereka yang digantung perlawanan gara-gara 'mengasari' pengadil perlawanan.

Selangor juga dilihat mempunyai kelebihan untuk menjuarai liga super musim ini dijadualkan akan berentap Johor selasa ini sebelum liga akan berehat hampir sebulan bagi memberi laluan kepada Piala Dunia dan Selangor akan diuji kehebatan mereka dengan melayan kunjungan Kelantan.

Pertembungan ini dilihat sebagai 'petunjuk sebenar' siapa yang layak dinobatkan juara liga super 2010,jika Kelantan menang jurang perbezaan mata akan dirapatkan sedikit dan peluang untuk menjulang liga super masih ada.Jika Kelantan kalah kepada Selangor peminat-peminat kelantan boleh 'melupakan' hasrat menjulang piala liga super untuk musim ini.

Selepas pertemuan dengan Kelantan,Selangor dilihat tiada masalah untuk menewaskan T.Team di Kuala Terengganu dan sekali lagi akan bertembung dengan satu-satunya pasukan yang mampu menewaskan mereka iaitu Terengganu di Shah Alam.Adakah mampu Terengganu mengulangi episod pusingan pertama liga super berdasarkan prestasi semasa pemain-pemain Terengganu yang sekarang dilihat kurang konsisten.

Perak dan Pulau Pinang bukanlah halangan buat Selangor yang sudah 'meratah' kedua-dua pasukan ini pada pusingan pertama dan halangan Selangor mungkin ketika Kedah di Darulaman dan mungkin menjadi penentu juara liga super musim ini  jika Kelantan dan Selangor berkongsi mata sehingga perlawanan terakhir.

Walaupun perjalanan liga mungkin di zahirkan  sebegitu pemain-pemain Kelantan seharusnya berjuang sehingga berakhirnya liga dan tidak terlalu memikirkan kepada Selangor yang mencatatkan kemenangan demi kemenangan kerana mungkin Kelantan ada 'tuah' yang menanti di penghujung liga nanti.

Keputusan liga super P19

Pulau Pinang 1 - Kelantan 3(Hai-O,Akmal Rizal & Che Hishammudin)
Johor FC 1 - Perak 0
T.Team 2 - Kedah 2
N.Sembilan 3 - Johor 1
Selangor 2 - Perlis 0
K.Lumpur 1 - Terengganu 1
KL Plus 1- Pahang 2

27 Mei 2010

Kelantan perlu fokus perlawanan

KOTA BHARU - Skuad The Red Warriors perlu fokus dalam setiap perlawanan bukannya terlalu memikirkan bagaimana mahu memintas pasukan Selangor yang kini jauh meninggalkan mereka dengan lapan mata di persada Liga Super.

Ketua jurulatihnya, B. Sathianathan berkata, mentaliti seperti ini menjadi punca kepada prestasi merudum pasukan Kelantan ketika berhadapan dengan Kedah di Stadium Darul Aman, semalam.

Justeru, beliau meminta agar semua pemain melupakan pasal Selangor dan menumpukan untuk mendapat tiga mata dalam setiap baki perlawanan musim ini.

"Sikap sebegini perlu dikikis jika kita mahu menjulang Liga Super untuk musim ini. Saya dah beritahu pemain jangan terlalu fikirkan pasal Selangor.

"Lebih baik kita fokus pada setiap perlawanan yang dihadapi. Ini penting agar setiap perlawanan yang diharungi dapat memberikan tiga mata buat pasukan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Pada perlawanan semalam, Kelantan gagal meneruskan rentak cemerlang tiga kemenangan berturut-turut yang dicatatkan sebelum ini apabila seri tanpa jaringan menentang pasukan Kenari.

Walaupun hanya kemenangan yang mampu mencerahkan peluang menjadi juara, skuad bimbingan Sathianathan gagal memanfaatkan beberapa peluang yang terhidang di depan gol.

Bagaimanapun, bekas ketua jurulatih kebangsaan itu tetap optimis pasukannya masih berpeluang untuk mencapai cita-cita menjadi juara pada penghujung musim ini.

Katanya, dalam situasi ini setiap peluang perlu disambar sambil mengelakkan daripada melakukan kesilapan seperti perlawanan semalam.

"Peluang masih terbuka. Sempat lagi untuk kita mengejar Selangor dengan syarat kita mesti gunakan setiap peluang yang ada.

"Kita masih ada lagi lapan perlawanan, jadi sesiapa pun tidak boleh kata mereka berada pada zon selesa. Harus diingat bola itu bulat," ujarnya.

Kelantan gentar bayang Selangor

TERLALU dibayangi prestasi gah Selangor menjadi punca Kelantan gagal beraksi cemerlang ketika seri tanpa jaringan dengan Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin, lapor KHAIRI MOHAMAD.

Faktor tersebut terpaksa diakui oleh ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan yang ternyata tidak berpuas hati dengan aksi anak-anak buahnya.

Tanpa berselindung, beliau kecewa kerana Kelantan gagal memungut mata penuh selain aksi yang dipamerkan tidak begitu konsisten berbanding perlawanan-perlawanan sebelum ini.

"Saya tidak faham kenapa ada pemain begitu tertekan dengan prestasi Selangor sehingga permainan mereka terjejas. Sudah banyak kali saya pesan supaya pemain fokus dengan perlawanan yang mereka hadapi.

"Sepatutnya kita melakukan kerja kita, sama ada Selangor mahu menang atau kalah itu mereka punya pasal. Kita yang seharusnya menang semua perlawanan sekiranya mahu terus mencabar Selangor," katanya semalam.

Sathianathan berkata, Kelantan masih belum mengaku kalah untuk terus mencabar takhta liga daripada Selangor.

"Kami akan bertemu Selangor Julai ini dan saya yakin kami akan menyekat kemaraan Selangor walaupun beraksi di Stadium Shah Alam," jelasnya.

26 Mei 2010

Annuar belum pasti bertanding

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa masih memikirkan sama ada untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Bagaimanapun, beliau tidak mahu membuat sebarang kenyataan awal berhubung pendiriannya kerana ia dikhuatiri boleh menimbulkan andaian atau kontroversi.

"Saya tidak mahu 'politiking' dalam bidang sukan seperti ini, biar badan-badan gabungan dalam FAM yang membuat keputusan untuk memilih pemimpin mereka," katanya di Kota Bharu semalam.

Sebelum ini, timbul desas-desus bahawa Timbalan Presiden FAM sekarang, Khairy Jamaluddin tidak akan mempertahankan jawatannya pada kongres pemilihan FAM bulan depan.

Satu lagi jawatan Timbalan Presiden disandang oleh Datuk Seri Redzuan Sheikh Ahmad.
Menurut sumber, bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berminat untuk mengisi satu daripada jawatan itu dan berharap dapat berganding dengan Annuar.

Annuar berkata bahawa pada kebiasaannya, sebulan sebelum kongres, pihak pengurusan akan menghantar surat pengesahan kepada seseorang calon yang akan bertanding jawatan dalam persatuan sama ada menerima atau sebaliknya.

"Setakat ini, saya belum ada apa- apa yang perlu dikomen. Saya juga tidak suka orang bercakap atas andaian semata-mata," katanya. - Bernama

Keputusan liga super Perlawanan ke 18

Kedah 0 - Kelantan 0
K.Lumpur 0 - Johor FC 0
Perlis 3 - Perak 0
Terengganu 1 - T.Team 0
Pahang 2 - Selangor 3
KL Plus 1 - N.Sembilan 1
Johor 1 - P.Pinang 0

25 Mei 2010

Kelantan mampu tewaskan Kedah

Pertembungan musuh tradisi Kelantan dan Kedah malam ini bakal menyaksikan perlawanan menarik antara kedu-dua pasukan.Kelantan yang menghuni tangga kedua liga  sudah pasti akan cuba sedaya untuk menewaskan Kedah malam ini bagi memastikan matlamat untuk menjadi juara liga super tercapai.

Kelantan juga ingin membalas dendam akibat kekalahan 1-0 di gelanggang sendiri pada aksi pusingan pertama liga super dan ingin menebus kehampaan kerana kegagalan mara keseparuh akhir Piala FA ekoran disingkirkan Kedah dengan kiraan gol ditempat lawan.

Kelantan dilihat mempunyai sedikit kelebihan dan mampu menewaskan Kedah ekoran penyerang utama Kedah kelahiran Kelantan,Azlan Ismail tidak dapat diturunkan kerana mengalami kecederaan dan Sabri Abu juga tidak dapat diturunkan kerana digantung perlawanan akibat menerima kad kuning.

Walaupun kedah tidak dapat menurunkan dua tonggak utama tersebut mereka masih mempunyai pemain-pemain berkualiti seperti Badrol Bakhtiar,Faizal Abu Bakar serta Saramsak dan Shafiq yang mampu merobek gawang Kelantan.

Dibahagian tengah mereka mempunyai barisan pemain seperti Azmi Muslim yang digarap dari rancangan realiti tv MyTeam serta pemain lincah seperti Kyril Muhaimeen dan dibantu oleh Shahrul Nizam serta Rozaidi yang boleh mengucar-kacirkan pertahanan Kelantan.

Victor andrag mungkin menjadi halangan terbesar kepada barisan penyerang Kelantan yang diketuai Indra Putra dan sudah pasti akan menurunkan peledak utama Nor shahrul.Walaupun kehilangan Sabree Abu Kedah masih mampu mengagalkan jentera serangan Kelantan dengan mempunyai banyak pilihan pemain seperti Fazliata Taib,Shahril Faizal serta Khairul Helmi dan V.Thimurugan.

Barisan pemain pertahanan Kelantan dilihat perlu 'bekerja keras' bagi memastikan gawang Kelantan tidak 'dicerobohi' oleh pemain-pemain Kedah disamping mengharapkan barisan tengah yang diketuai oleh Badri Radzi serta diperkuatkan oleh Shakir shaari mampu menterjemahkan peluang kepada Nor shahrul,Chanturu,Nor Farhan serta Indra Putra.

Azizi Matt Rose yang 'berkelakuan aneh' sepanjang perlawanan menentang Perlis serta menimbulkan kontroversi kerana 'menghempas' jersi keramat Red Warriors sudah memohon maaf dan sudah pasti akan diturunkan bagi memperkuatkan barisan pertahanan yang dilihat agak tempang jika kehilangan beliau.

Semangat juang tinggi dari pemain-pemain amat diperlukan bagi memastikan Kelantan menang dalam perlawanan ini disamping mengharapkan penyokong-penyokong setia dapat memberikan sokongan padu walaupun Kelantan bermain digelanggang sendiri.

Bagi penyokong-penyokong Kelantan yang tidak berkesempatan ke Alor Star sudah semestinya akan tertumpu kepada siaran langsung Astro Arena bagi mengetahui keputusan antara Pahang dan Selangor dan berharap anak didik Dollah Salleh mampu menewaskan Selangor dan seterusnya 'membantu' Kelantan untuk merapatkan jurang mata.

Sathia waspada ancaman Kedah

"JANGAN pandang mudah aksi menentang Kedah."

AZIZI (depan) akan tetap dipertanggungjawabkan mengemudi pertahanan Kelantan pada aksi menentang Kedah malam ini. 

Demikian peringatan jurulatih Kelantan, B. Sathianathan kepada anak-anak buahnya menjelang pertemuan menentang skuad Hijau Kuning itu pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini.

Menurut Sathianathan, Kedah pernah menewaskan Kelantan 1-0 di Stadium Sultan Muhammed IV pada perlawanan pusingan pertama awal Januari lalu.

Begitupun, dengan nada bersemangat, bekas jurulatih kebangsaan itu tetap mengidamkan tiga mata penuh dalam usahanya untuk menghambat Selangor yang kini selesa menerajui persada liga.

"Perlawanan malam esok (malam ini) amat penting, saya harap mereka dapat memberikan tumpuan sepenuhnya.

"Lupakan aksi lawan Perlis Sabtu lalu terutama aksi babak kedua. Pemain perlu sedar jika kesilapan lalu berulang ia pasti boleh mengundang padah buat pasukan," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, moral pemain sudah kembali ke tahap asal dan beliau berkemungkinan akan membuat sedikit rombakan bagi memperkemaskan lagi pasukannya.

Dalam pada itu jelasnya, beliau tetap akan menggunakan khidmat pertahanan kental, Azizi Mat Rose untuk perlawanan ini.

"Azizi akan bermain seperti biasa. Saya yakin dia mampu mempamerkan aksi yang terbaik pada perlawanan malam esok (malam ini).

"Khidmat Azizi sememangnya ditagih dan dia adalah salah seorang watak penting yang memperkuatkan barisan pertahanan," ujarnya.

Diminta mengulas mengenai seteru utamanya Selangor, Sathia menjejaskan, beliau tidak akan mengambil tahu perkembangan pasukan lawannya itu.

"Saya memberitahu pemain, mereka tidak perlu fikirkan pasal Selangor, main seperti biasa dan tumpukan pada perlawanan kita sahaja," katanya.

Oleh YATIMIN ABDULLAH
berita@kosmo.com.my

24 Mei 2010

Kelantan makin ganas

KELANTAN meneruskan aksi cemerlang apabila terus mengejar pendahulu Liga Super, Selangor selepas membenam cabaran Perlis 2-1 di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam kelmarin.
Di sebalik gegak gempita teriakan penyokong yang meraikan kejayaan tersebut, sedikit kontro- versi berlaku apabila segelintir penyokong berang dengan tindakan jurulatih Kelantan, B. Sathianathan mengeluarkan pertahanan kental, Azizi Mat Rose.
Pemain berkenaan dikeluarkan ketika perlawanan berbaki 20 minit dan dia ternyata berang apabila memprotes keputusan tersebut dengan membaling baju yang dipakainya sambil menjerit tidak berpuas hati dengan keputusan itu.Dia kemudian digantikan dengan Rizal Fahmi Rosid.
Sathiantahan ketika dihubungi semalam mempertahankan tindakan tersebut dan menyifatkan keputusan mengeluarkan Azizi sebagai keputusan terbaik untuk pasukan terutama ketika pemain- pemain Kelantan seperti hilang fokus pada babak kedua permainan.
"Sebagai jurulatih saya perlu adil. Kalau seseorang pemain itu tidak mampu beraksi dengan baik, kita perlu keluarkan untuk memberi peluang kepada pemain lain. Saya jurulatih, saya perlu buat keputusan. Kalau saya nak ikut kehendak penyokong, susahlah.
"Dalam pasukan Kelantan, tiada pemain yang boleh cakap dia akan diturunkan dalam semua perlawanan dan akan bermain sepenuh masa. Jika mereka tidak bekerja di atas padang, dia akan dikeluarkan, itu adalah suatu yang pasti," katanya.
Tambahnya, keputusannya mengeluarkan Azizi dibuat selepas mendapati pemain tersebut tidak beraksi seperti biasa dan keletihan serta tidak konsisten ketika ditugaskan menjaga pemain Perlis.
"Protes yang ditunjukkan mungkin suatu yang baik kerana ia menunjukkan seseorang pemain itu sentiasa ingin bermain. Tetapi semalam saya nampak dia (Azizi) tak bermain seperti biasa, mungkin keletihan kerana sudah beraksi dalam 16 perlawanan.
"Dia juga sudah menemui saya dan meminta maaf selepas perlawanan dan saya harap ia tidak akan menjejaskan persiapan kita untuk menentang Kedah, Selasa ini (esok)," ujarnya.
Dalam pada itu, Sathia jelas tidak berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan anak-anak buahnya terutama pada separuh masa kedua apabila mereka seperti hilang punca dan sering diasak pemain Perlis.
"Kalau kita main macam separuh masa kedua semalam (malam kelmarin), lupakan sahaja hasrat untuk mencabar Selangor atau menang Liga Super. Ia adalah suatu aksi yang sangat teruk.
"Saya harap para pemain dapat melupakan segera aksi tersebut dan fokus kini adalah untuk menang ketika menentang Kedah dan saya yakin kita masih mempunyai peluang tersebut," jelasnya.

Oleh KHAIRI MOHAMAD
mohdkhairi.mohamad@kosmo.com.my

23 Mei 2010

Perlis tersungkur...Azizi melenting

Kelantan mengekalkan rekod tanpa kalah 12 perlawanan berturut-turut dengan menewaskan Perlis 2-1 sambil terus mengejar pendahulu liga Selangor yang turut mencatatkan kemenangan yang 2-1 juga keatas KL Plus.

Perlawanan ternyata milik Kelantan untuk lima belas minit pertama yang menyaksikan Kelantan menguasai permainan dan pemain-pemain Perlis ternyata tidak dapat mengimbangi corak permainan pemain Kelantan yang lebih agresif.

Kelantan terpaksa menunggu sehingga minit ke-29 untuk mengatasi Perlis dengan jaringan penalti oleh Nor Shahrul.Sepakan penalti tersebut diperolehi setelah pembantu pengadil berjaya mengesan pemain pertahanan Perlis yang menggunakan tangan 'ala-ala Maradona' untuk mengeluarkan bola kekawasan selamat.

Gol tersebut ternyata memberikan semangat baru kepada pemain-pemain Kelantan untuk terus mengasak bagi memperoleh gol kedua.

S.Chanturu tidak menghampakan penonton apabila melakukan remabatan deras disebelah kanan gawang Perlis yang menyaksikan tertampan pertahanan dan mengelirukan Faizal Marlias yang tertewas buat kali kedua.

Kelantan sekali lagi mempunyai peluang untuk menjaringkan gol apabila rembatan deras Farhan diluar kotak penalti pada minit ke-38  berjaya ditepis keluar Faizal yang teryata bertindak cemerlang.

Bermula separuh masa kedua menyaksikan Kelantan memperlahankan tempo perlawanan kerana mungkin menyedari kelebihan dua gol sudah cukup ambil mengharapkan kekebalan benteng pertahanan menafikan peluang Perlis menjaringkan gol.

Kelantan akhirnya menerima padah akibat kealpaan pemain apabila pemain muda Perlis Wan Khairul berjaya menjaringkan gol untuk mnegurangkan defisit gol.Gol tersebut juga menyebabkan jurulatih Kelantan berang dan memarahi Azizi kerana kecuaian beliau yang membolehkan K.solay melakukan hantaran mudah kepada Wan Khairul yang tidak dikawal dan seerusnya menghasilkan gol untuk Perlis.

B.Sathianathan terpaksa mengeluarkan Azizi kerana 'menyedari' ada sesuatu yang tidak kena terhadap pemain tersebut dan memasukkan Rizal Fahmi bagi mengantikan posisi beliau.

Tindakan tersebut ternyata mengundang kemarahan Azizi yang bertindak menghempas 'jersi keramat' Kelantan ketika masuk kebilik persalinan kerana tidak ada lagi pemain lain sebelum ini yang berkelakuan sedemikian rupa.

Tindakan Azizi tersebut dianggap tidak wajar kerana beliau seorang pemain profesional dan beliau sepatutnya tidak menunjukkan kelakuan tersebut lebih-lebih lagi dihadapan penyokong-penyokong Kelantan dan perlu sentiasa akur dengan arahan dari Jurulatih atau pihak pengurusan.

Aksi longlai Kelantan pada separuh masa kedua mendapat cemuhan penonton yang ternyata marah dengan gelagat pemain-pemain yang bermain sambil lewa dan tidak serius untuk menghasilkan gol untuk Kelantan.
Pujian seharusnya diberikan kepada pemain pertahanan S.Subramaniam,Daudsu serta Farisham yang ternyata bertindak cemerlang menahan asakan pemain-pemain Perlis.

Kelantan membuat dua pertukaran lagi dengan memasukkan Akmal Rizal dan mengeluarkan Badri Radzi serta memasukkan Hairuddin Omar dan mengeluarkan Nor shahrul yang dilihat keletihan namun gagal menzahirkan gol ketiga untuk Kelantan.

Kredit: S.Subramaniam, Daudsu,Farisham dan S.Chanturu

Kesebelasan utama : Khairul Fahmi, S.Subramainam, Daudsu, Farisham, Azizi(Rizal Fahmi), Shakir, Badri Radzi(Akmal Rizal), Indra Putra, Nor Farhan, S.Chanturu dan Nor Shahrul(Hairuddin Omar)

Keputusan liga super:Kelantan vs Perlis

Kelantan 2 (Nor Shahrul Talaha 29' & S.Chanturu 34,)
Perlis 1(Wan Khairul 56'
)

20 Mei 2010

KAFA buka kafe Warriors untuk peminat


PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) membuka sebuah kafe bola sepak sebagai usaha mendekatkan pasukan bola sepak Kelantan dengan peminat.
Kafe yang dinamakan The Red Warriors Stations@KTC itu terletak di bangunan Pusat Perdagangan Kelantan (KTC), Kota Bharu bakal menjadi medium untuk menghimpunkan peminat bola sepak dengan pemain bola sepak Kelantan.
Pengerusi Merchandise dan Outlet KAFA, Azlan Mohd Yusoff berkata, kafe tersebut yang akan beroperasi sepenuhnya bermula 22 Mei ini menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman dengan harga berpatutan.
Selain itu, menurutnya, selain pelbagai jenis masakan tempatan, pengunjung juga berpeluang menikmati masakan Arab dari Maghribi.
"KAFA berharap peminat bola sepak Kelantan dapat memberi sokongan dengan mengunjungi kafe tersebut selepas beroperasi nanti," katanya di Kota Bharu semalam.
Menurut Azlan, peminat juga berpeluang mendapatkan pelbagai produk jenama Warriors keluaran KAFA seperti jersi, beg dan pemegang kunci yang turut di jual di kafe tersebut.
Jelasnya, kafe itu turut dilengkapi ruang yang luas dan berhawa dingin disamping turut dilengkapi kemudahan empat unit televisyen LCD bersaiz besar.
"Skrin besar turut dipasang bagi memudahkan peminat bola sepak menonton sebarang perlawanan bola sepak termasuk kejohanan Piala Dunia yang akan berlangsung tidak lama lagi," ujarnya.
Azlan memberitahu, majlis perasmian kafe itu akan dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek pada 21 Mei ini.
kosmo

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 di Stadium Shah Alam


PETALING JAYA - Perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 telah diputuskan di Stadium Shah Alam.
Keputusan itu telah dibuat berikutan Stadium Nasional, Bukit Jalil yang sebelum ini menjadi gelanggang rasmi perlawanan akhir Piala Malaysia akan menjalani proses pembaikan trek bermula 30 Oktober ini.

Menurut Pengerusi oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Che Mat Jusoh, perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam bukan kali pertama kerana pada tahun 1994, 1995, 1996 dan 1997 ia telah diadakan di stadium tersebut sebelum dipindahkan ke Stadium Nasional, Bukit Jalil.

"Pemilihan Stadium Shah Alam dilihat berdasarkan kapasiti penonton yang mampu memuatkan 70,000 hingga 80,000 penonton pada satu masa," katanya pada sidang media di Wisma FAM, semalam.

Jelas Che Mat, selain kapasiti pemilihan, stadium tersebut juga dilihat berdasarkan lokasinya yang terletak di Lembah Klang sama seperti gelanggang perlawanan akhir sebelum ini di Stadium Merdeka (1950 an hingga 1990an), Padang Kelab Selangor (1920an hingga 1950 an).

"Mengikut peraturan perlawanan akhir, Piala Malaysia hanya boleh diadakan di stadium kebangsaan iaitu di stadium yang pernah digunakan oleh skuad kebangsaan sebagai gelanggang rasmi bagi perlawanan antarabangsa.

"Dalam masa yang sama kami juga ingin memberitahu proses meminjam pemain untuk saingan Piala Malaysia hanya akan dibuka selepas tamatnya saingan Liga Malaysia dengan hanya had pemain yang boleh dipinjam sebanyak tiga orang sahaja," tegasnya.

Kata Che Mat, pasukan yang tidak layak beraksi di Piala Malaysia boleh melepaskan pemain mereka untuk dipinjam oleh pasukan yang layak bermain di saingan Piala Malaysia.

Dalam pada itu, Che Mat berkata, penyerahan Piala FAM akan dibuat pada 26 Mei ini di Stadium Petronas, Bangi bagi perlawanan terakhir Liga FAM yang menyaksikan Sime Darby muncul juara selepas memungut 32 mata mengatasi SDM Kepala Batas 26 mata.

Jikalau pun Sime Darby tewas kepada SDM Kepala Batas, Ahad ini untuk perlawanan kedua terakhir, mereka masih kekal sebagai juara liga dan perlawanan terakhir bakal menemukan pasukan Sime Darby bertemu Kelab Sukan Komuniti Tambun Tulang.-utusan

*Shah Alam pun akan dibanjiri oleh FAN The red Warriors!!!

19 Mei 2010

KAFA anjur Karnival The Red Warriors


ANNUAR Musa menunjukkan risalah mengenai Karnival The Red Warriors di Kota Bharu kelmarin.


LEBIH 100,000 pengunjung dijangka memeriahkan Karnival The Red Warriors (TRW) 2010 di pekarangan Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu selama tiga hari bermula 28 Mei ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, karnival yang bertemakan Menjadi Medan Himpun Temu Berlandaskan Populariti Pasukan The Red Warriors bertujuan merak- yatkan sukan bola sepak khususnya penduduk negeri Kelantan.

Katanya, karnival ini juga dapat menyatukan rakyat Kelantan yang cintakan bola sepak tanpa mengira fahaman dan pendekatan politik di samping menyemarakkan lagi sokongan pada terhadap pasukan The Red Warriors sempena Tahun Bola Sepak Kelantan (TBSK) 2010 tahun ini.
"Karnival yang julung kali diadakan ini merupakan karnival pertama dianjurkan oleh persatuan bola sepak negeri di negara ini.
"Ini merupakan suatu program yang diatur oleh pihak KAFA bagi mendekatkan pemain dengan masyarakat Kelantan," katanya.

Tambahnya, sukan bola sepak bukan setakat hanya pada perlawanan di stadium sahaja, kita mahu masya- rakat menikmati pelbagai untuk pro- gram berasaskan bola sepak seperti mana penganjuran karnival ini.
Menurut Annuar, peminat bola sepak Kelantan juga berpeluang beramah mesra dengan pemain bola sepak dari Akademi KAFA, skuad Piala Presiden sehingga kepada pemain Liga Super Kelantan.

Katanya, karnival berkenaan akan dirasmikan oleh Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Abdul Fatah Mahmood.

"Antara aktiviti yang akan berlangsung pada karnival itu ialah per- tandingan futsal, menimang bola, bola sepak jalanan, persembahan dikir barat, persembahan kerohanian dengan artis jemputan terdiri daripada Ramli Sarip, Mawi, Jay Jay dan kumpulan nasyid, Unique.

"Karnival turut diserikan dengan pelbagai gerai jualan produk sepanjang tiga hari ia berlangsung.
"Di samping itu Datuk Siti Nurhaliza juga akan hadir bersama produk kecantikan terbarunya, Simply Siti dan juga penampilan AC Mizal di gerai jualannya," ujar Annuar lagi. -kosmo

18 Mei 2010

Pasukan manakah mampu sekat penguasaan Selangor?

Setelah kempen Liga Super mengharungi 16 perlawanan liga ternyata pasukan Selangor sukar digugat oleh pasukan lain dalam Liga Super kecuali Kelantan.

Jika diimbau perlawanan liga super pusingan pertama pada mac lepas Selangor ternyata 'bernasib baik' kerana masih boleh membawa satu mata ketika bertandang di Kota Bharu ketika tekanan amat dirasai oleh pemain-pemain Selangor dek sokongan padu penyokong-penyokong Kelantan.

Kelantan terpaksa berhempas pulas untuk mengejar Selangor sekarang yang mempunyai kelebihan tiga mata dan kurang satu perlawanan berbanding Kelantan.Masih mampukah Kelantan mengejar Selangor keseorangan kerana jika dilihat pasukan yang bersaing dalam liga super sekarang tiada yang mampu mengatasi kehebatan skill dan taktikal pemain Selangor hatta juara piala FA 2010  Negeri Sembilan sekalipun.

Misi utama Kelantan adalah mesti menundukkan Selangor pada 13 Julai ini dan mengharapkan ada pasukan yang mampu menumbangkan Selangor.

Perlawanan seterusnya akan menyaksikan Selangor akan menentang Kuala Lumpur,KL Plus,Pahang,Perlis,Johor dan seteru utama Kelantan.

Pasukan yang berupaya menumbangkan Selangor mungkin  KL Plus dan Perlis sahaja dan berharap Pahang akan cuba bersungguh-sungguh untuk menewaskan Selangor.

Aksi Selangor menentang Kelantan di Shah Alam nanti mungkin akan menjadi penentu pasukan mana yang bakal menguasai persada liga super.Laluan Kelantan sebelum bertemu Selangor  dilihat sedikit berliku kerana akan bertemu Perlis,Kedah,Pulau Pinang dan Perak selepas ini.

Pasukan yang mungkin menjadi halangan Kelantan adalah Kedah dan Perlis tetapi peluang untuk Kelantan menang adalah lebih cerah kerana Kedah hanya pernah menewaskan Kelantan sekali sahaja tahun ini itupun  berpunca dari 'gol cua' Syed Adney manakala aksi piala FA kedah dan Kelantan seri dalam kedua-dua perlawanan timbal balik yang menyaksikan Kedah melangkah kesuku akhir.

Apa yang mampu diberikan oleh penyokong-penyokong Kelantan adalah sokongan padu tidak kira dimana Kelantan bermain dan selebihnya hanya mampu berdoa agar Kelantan mampu untuk menjuarai Liga Super untuk pertama kalinya dan memadam ego penyokong-penyokong Selangor yang dilihat 'syok sendiri'.

Persoalan sekarang pasukan manakah yang mampu menyekat penguasaan Selangor sama-sama kita tunggu...
adakah hanya Kelantan sahaja atau masih ada pasukan yang mampu memberikan saingan kepada Selangor dalam liga super musim ini.

Kafa sokong Sultan Ahmad terajui FAM


KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengambil pendirian terus memberi sokongan kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sempena kongres FAM yang akan berlangsung pada Julai nanti.

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, pendirian itu diputuskan dalam mesyuarat Ahli Majlis Kafa yang diadakan dua hari lalu.

“Kafa dalam mesyuarat ahli majlisnya, sebulat suara memutuskan untuk mencalonkan semula Tuanku Sultan Pahang untuk terus memimpin FAM bagi penggal akan datang,” katanya pada sidang akhbar, kelmarin.

Annuar berkata, dalam mesyuarat itu juga, Kafa telah mengemukakan beberapa cadangan yang akan dibawa untuk perhatian FAM semasa kongres itu berlangsung.

Antaranya, Kafa mencadangkan supaya bermula musim depan, pemain import dibenarkan dibenarkan beraksi dalam liga tempatan.

“Agak janggal bagi liga kita apabila pemain import tidak dibenarkan beraksi, sedangkan hampir kesemua negara rantau Asean membenarkan pemain import beraksi dalam liga di negara masing-masing.

“Langkah tidak membenarkan pemain import beraksi bukan bermakna tidak membawa keuntungan kepada kita. Sebaliknya, kita harus melihat daripada sudut positif macam mana kemampuan untuk kita beraksi dalam kejohanan peringkat Asia seperti Kejohanan Piala AFC sekiranya tanpa kehadiran pemain import,” katanya.

Pada perkembangan sa-ma, Annuar berkata, Kafa turut membuat ketetapan bahawa sebarang bentuk perjudian tidak harus dikaitkan dengan sukan bola sepak.

“Mengapa perlu perjudian diluluskan, sedangkan syarikat rokok sendiri diharamkan untuk menaja bola sepak di negara kita. Kita khuatir bookie akan berusaha untuk mempengaruhi pemain membuat percaturan dalam liga kita pula.

Sementara itu Annuar berkata, Kafa turut mencadangkan Liga Malaysia dijenamakan semula sebagai satu liga yang lebih menarik pada musim akan datang.

“Adalah penting untuk kita menarik semula sokongan peminat tempatan untuk kembali menonton bola sepak di stadium. Kelantan sebenarnya telah melakukan transformasi ini. Semua pasukan berminat untuk bermain dengan Kelantan di gelanggang mereka kerana mereka tahu, apabila bertemu Kelantan, maka kutipan tiket mereka pasti tinggi sebagaimana pertemuan dengan KL Plus baru-baru ini,” katanya. -Sinar Harian

17 Mei 2010

KAFA tidak setuju judi Piala Dunia

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyatakan pendirian tidak bersetuju cadangan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 pada Jun depan.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, kerajaan sepatutnya bertegas mengharamkan sebarang bentuk perju- dian dalam bola sepak seperti tindakan mengharamkan iklan rokok.

Malah menurutnya, kerajaan sebelum ini mengharamkan syarikat rokok menaja pasukan dalam Liga Malaysia.

Katanya, cadangan tersebut menunjukkan kerajaan tidak konsisten membante- ras kegiatan yang boleh menimbulkan ma- salah sosial di kalangan masyarakat.

"Sebarang bentuk perjudian bertenta- ngan dengan ajaran Islam, malah agama- agama lain juga tidak menggalakkan judi," katanya pada sidang akhbar di Kota Bharu semalam.

Kerajaan sebelum ini dilaporkan mempertimbangkan kemungkinan mengelu- arkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 awal bulan depan bagi mengelak aktiviti perjudian dan pertaruhan haram berleluasa di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin ketika meng- umumkan perkara itu berkata, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

Malah Annuar berkata, kegiatan bookie bola sepak di negara ini juga akan berleluasa dan dibimbangi kegiatan itu selepas ini merebak pula dalam Liga Malaysia.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, mesyuarat khas KAFA kelmarin juga sebulat suara menyokong penuh terhadap hasrat Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah untuk terus menerajui persatuan tersebut bagi penggal 2010-2014.

16 Mei 2010

Jaguh pantai timur milik Kelantan

Benam Terengganu 3-0
 Kelantan membuktikan kehebatan sebagai jaguh  baru Pantai Timur apabila berjaya membenam Terengganu 3-0 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.Berbekalkan sorakan padu puluhan ribu  penyokong setia tentera merah yang memenuhi setiap ceruk Stadium.
 Perlawanan sebelum ini Kelantan berjaya mengikat Terengganu 0-0 di Kuala Terengganu serta telah berjaya mengalahkan Pahang 3-1 di Kota Bharu dan seri 3-3 di Kuantan.
 Perlawanan sepanjang 15 minit pertama agak seimbang yang menyaksikan aksi bertenaga kedua-kedua pasukan tetapi kelemahan bahagian tengah Kelantan dan Terengganu merencatkan permainan.
 Kelantan banyak mengatur serangan dibahagian tepi kerana ‘kurangnya’ bantuan dari bahagian tengah yang ditunjangi oleh Badri Radzi dan Shakir Shaari dilihat gagal menghasilkan gerakan-gerakan menarik kepada jentera serangan.sehinggalah pada minit ke-28 S.Chanturu melakukan hantaran kepada Nor Shahrul namun berjaya dipintas oleh Marzuki tetapi akibat kegopohan beliau serta mungkin sedikit gementar dengan kehebatan Nor Shahrul beliau tertolak bola ke gawang sendiri dan seterusnya menghasilkan gol pertama kelantan.
 Berselang dua minit Kelantan sekali lagi dihadapan apabila Indra Putra melepaskan rembatan kencang diluar kotak penalti.Gol tersebut berpunca dari sepakan percuma yang diambil oleh Subramaniam yang di tampan  oleh Shahrul dan Indra yang mempunyai peluang terbuka melepaskan rembatan kencang dengan kaki kirinya menewaskan Sarbinee sekali lagi.
 Nor Shahrul terus memainkan watak penting Kelantan dengan menjaringkan gol ketiga Kelantan menerusi sepakan penalti yang gagal diselamatkan oleh Sarbinee pada minit ke-35.Sepakan penalti tersebut diperolehi apabila Shahrul yang melarikan bola kepenjuru kiri gol Terengganu dijatuhkan oleh Sarbinee yang menyaksikan pengadil perlawanan tidak teragak-agak untuk menghadiahkan sepakan penalti kepada Kelantan.
 Terengganu cuba bangkit namun seolah-olah tiada idea untuk menembusi benteng pertahanan Kelantan yang diterajui oleh Azizi,Subara,Dausu dan Farisham yang ternyata bertindak cemerlang menahan setiap asakan Terengganu.
 Separuh masa kedua bersambung menyaksikan Kelantan memperlahankan tempo permaianan kerana menyedari sudah mempunyai kelebihan tiga gol keatas lawan.
 Terengganu pula dilihat cuba sedaya upaya untuk mencari gol semangat namun usaha mereka gagal kerana kekebalan serta kemantapan benteng pertahanan Kelantan serta sikap pemain-peman Kelantan tidak kira  bermain di bahagian manapun samaada serangan atau tengah yang rajin turun membantu barisan pertahanan bagi mengelakan dibolosi oleh Terengganu.
 Jika dinilai keseluruhan permainan Kelantan sebenarnya banyak dibantu oleh kelincahan Nor Shahrul serta kerajinan Indra dan Norfarhan yang sememangnya menjadi nadi untuk pasukan Kelantan sekarang.
Tahniah kepada penyokong-penyokong Kelantan kerana berjaya membuktikan bahawa merekalah penyokong no 1 di malaysia.
 Kredit :Azizi Matt Rose,Daudsu,S.Subramaniam,Farisham,Indra Putra,NorFarhan,Nor Shahrul dan S.Chanturu

Selangor Terus Gah Di Persada Liga Super

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Selangor terus gah di taktha Liga Super apabila mengutip tiga mata penuh dengan menewaskan Negeri Sembilan 4-2 di Stadium Shah Alam, Sabtu malam.

Selangor bagaimanapun tersentak dengan dua gol awal pelawat melalui Idris Karim pada minit ke-28 dan Norizam Salaman pada minit ke-31 namun Mohd Amirulhadi Zainal berjaya mengurangkan defisit jaringan sebelum tamat separuh masa pertama dengan satu gol pada minit ke-41.

Dalam babak kedua, kebangkitan Selangor nyata gagal dibendung oleh juara Piala FA musim ini apabila tuan rumah menjaringkan tiga gol melalui Mohd Hardi Jaafar pada minit ke-64, Mohd Amirulhadi (65) dan Mohd Bunyamin Omar pada minit ke-74.

Kemenangan ini membolehkan Selangor mengumpul 38 mata, mengatasi pencabar terdekat Kelantan di tangga kedua yang meraih 35 mata setelah turut mencatatkan kemenangan di Stadium Sultan Mohammed Ke-IV, Kota Baharu.

Skuad 'The Red Warriors' itu menjadikan Terengganu yang dibimbing jurulatih Irfan Bakti Abu Salim sebagai mangsa dengan keputusan 3-0 di mana ketiga-tiga gol terbabit dihasilkan pada separuh masa pertama.


Gol pertama Kelantan diperolehi pada minit ke-28 apabila ketua pasukan pelawat Mohd Marzuki Yusof tertolak bola ke gawang sendiri sebelum Indraputra Mahayuddin dan Norshahrul Idlan Talaha masing-masing menyumbangkan satu gol pada minit ke-30 dan 36.


Johor FC pula memintas Terengganu di tempat ketiga liga apabila menewaskan Perlis 2-1 di Stadium JCorp, Pasir Gudang, walaupun ketinggalan kepada pelawat pada minit ketujuh melalui gol jaringan Ahmad Fakri Saarani.

Johor FC bangkit menjaringkan dua gol melalui Mohd Khairul Ismail pada minit ke-25 dan gol kemenangan mereka hadir pada minit ke-29 melalui Zaidi Mohd Taba.

Jaringan tunggal Mohd Shahrul Azrien Shamsuddin pada minit ke-33 pula membolehkan T-Team menewaskan Kuala Lumpur 1-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Pulau Pinang pula menjadi mangsa KL Plus apabila dibelasah 4-0 di Stadium Negeri, Batu Kawan dengan Mohd Fadzli Shaari menyumbangkan dua gol awal pelawat pada minit ke-38 dan 70.

Mohd Hazrul menjaringkan gol ketiga pelawat pada minit ke-78 manakala Azi Shahril Azmi melengkapkan kemenangan bergaya KL Plus melalui sepakan penalti pada minit ke-90.

-- BERNAMA

12 Mei 2010

Kelantan terus ekori Selangor

Oleh Rizar Mohd Noor
bhsukan@bharian.com.my

Anak buah Sathia mudah benam Johor di atas padang becak di Stadium Larkin

KELANTAN terus mengekori dua mata di belakang Selangor selepas menewaskan Johor 4-1 dan kini 32 mata dalam satu-satunya aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, malam tadi.

Beraksi di padang becak, tuan rumah lebih awal mencemaskan pelawat pada minit kelima selepas gerakan Rosaiful Nizam Omar menewaskan penjaga gol Kelantan, Syed Adney Syed Hussein tetapi sempat ditanduk keluar Azizi Mat Rose.

Namun anak buah B Sathianathan terlebih dulu memecah kebuntuan pada minit ke-15 menerusi sepakan percuma Mohd Badhri Mohd Radzi dari jarak 25 meter yang tepat menerjah jaring menewaskan penjaga gol Johor, Md Amrol Jaihan.

Rosaiful Nizam yang gagal menterjemah peluang di awal perlawanan menebus kehampaan itu pada minit ke-21 apabila menggunakan peluang ketika kekalutan di dalam kotak penalti dengan rembatan kencang untuk mengikat kedudukan 1-1.

Malang mula menimpa Johor apabila pengadil, Lismotia Mohem Mohd Tisan menghadiahkan sepakan penalti buat Kelantan pada minit ke-32 selepas bola terkena tangan L Ragesh di dalam kotak penalti dan Indra Putra Mahayuddin mudah menyempurnakannya untuk meletakkan pelawat di depan.

Kelantan terus selesa menjelang rehat apabila Mohd Badhri sekali lagi menggegar gawang menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti pada minit ke-44.
Derita tuan rumah berterusan pada minit ke-77 selepas Mohd Radzi Jasman tersilap melakukan tertampan ke gawang sendiri ketika cuba mengeluarkan hantaran lintang Norshahrul Idlan Talaha, sekali gus memastikan dominasi Kelantan di gelanggang lawan.

11 Mei 2010

Keputusan perlawanan Johor vs Kelantan

JOHOR 1
Rosaiful Nizam (m-21)
KELANTAN 4
M.Badhri M.Radzi (m-15,44)
IndraPutra (penalti m-32)
Mohd Radzi Jasman (gs m-77)

Johor vs Kelantan

Keputusan semasa 1st half

Johor 1-3 Kelantan

Kelantan mesti menang...Jika berhasrat pintas Selangor

Kelantan akan mengharungi perlawanan ke-14 liga super yang sudah memasuki 'separuh masa kedua' dan akan menentang pasukan selatan tanahair Johor.

Walaupun Johor bukanlah pasukan handalan peminat setia Kelantan tidak mahu pemain-pemain Kelantan memandang mudah perlawanan ini seperti yang terjadi ketika menentang Pahang tempohari yang menyaksikan Kelantan nyaris diaibkan oleh pemain-pemain muda Pahang kendalian Dolah Salleh.

Misi mesti menang seharusnya disemat didalam dada setiap pemain yang diberi kepercayaan oleh Sathianathan untuk menerajui barisan utama Kelantan menentang Johor malam ini bagi memberikan saingan kepada Selangor yang telah berjaya menjarakkan kedudukan dengan Kelantan dengan kelebihan 6 mata.

Johor yang menghuni tangga ke-2 tercorot liga ternyata bukanlah lawan sukar bagi Kelantan tapi harus diingat Johor juga mempunyai misi untuk menang bagi mengelakkan dari tersingkir ke liga perdana setelah diberi tempat oleh FAM untuk ke liga super musim ini.

Difahamkan juga Kelantan akan melakukan rombakan terutamanya melibatkan pemain-pemain yang tidak menunjukkan prestasi memberangsangkan.Pemain-pemain dilihat seperti 'memprotes' secara senyap dalam perlawanan menentang Pahang di kuantan tempohari.

Disinilah keprofesionalan pemain diperlukan walaupun mempunyai masalah mereka seharusnya tahu menyelesaikan masalah secara diplomasi melalui perbincangan dengan pihak pengurusan atau jurulatih.

Oleh itu pemain-pemain harus memikul harapan tinggi penyokong-penyokong setia The Red Warriors yang sanggup ke hulu-hilir bagi memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan mereka tidak kira panas dan hujan serta sanggup berhabis wang ringgit.

Jadikanlah Johor sebagai medan 'pemanas' badan bagi mengharungi pertembungan getir dengan Terengganu sabtu ini digelanggang sendiri kerana rekod pertembungan dengan Terengganu sentiasa tidak menyebelahi kelantan.

Sathia optimis catat kemenangan

 
KOTA BHARU –Tunjukkan semangat perjuangan yang tinggi. Begitulah pesanan ringkas pengendali Kelantan, B Sathianathan kepada para pemain Kelantan menjelang pertemuan Liga Super menentang Johor, di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin malam ini.

Sathianathan berkata, semangat juang yang tinggi sebagaimana yang ditunjukkan sewaktu perlawanan dengan Pahang harus dikekalkan oleh pemain Kelantan.

“Saya harap semangat itu bukan bermula apabila kita ketinggalan dua gol seperti mana perlawanan dengan Pahang tempoh hari, tetapi ia harus bermula sebaik perlawanan dimulakan,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian semalam.

Bagi Sathianathan, pujian tersebut harus diberikan kepada pemain Kelantan yang kembali bangkit menjaringkan gol biarpun pada suatu ketika ketinggalan dua gol kepada pasukan tuan rumah.

“Apa yang penting pada perlawanan malam ini, pemain harus mengamalkan disiplin yang tinggi di samping mengurangkan kesilapan di atas padang.

“Dalam bola sepak, pasukan yang meminimumkan kesilapan dan memanfaatkan setiap peluang yang terhidang layak muncul sebagai pemenang,” katanya.

Sathianathan berkata, beliau tetap tidak memandang rendah pertemuan dengan pasukan dari selatan tanah air ini.

“Anda boleh lihat kejutan yang berlaku apabila, pasukan Johor mampu mengecewakan Singa Utara dengan mencatatkan kemenangan tipis 3-2 pada pertemuan tempoh hari.

“Pemain mereka pastinya bertambah yakin untuk mencatatkan kemenangan lebih-lebih lagi apabila bertemu dengan Kelantan.

“Tentunya Johor tidak mahu ketinggalan untuk mencatat kemenangan pada perlawanan ini,” katanya.

Pada perlawanan pusi-ngan pertama Liga Super di Kota Bharu, Kelantan berjaya menewaskan Johor 3-0 hasil jaringan Akmal Rizal Rakhli, Muhd Badhri Radzi dan ketua pasukan, Indra Putra Mahayuddin.

Tetapi itu cerita lama sewaktu pasukan Jengking di bawah bimbingan Abdul Nasir Yusoff. Prestasi merosot pasukan Johor memaksa Abdul Nasir Yusoff digantikan Edress Selamat selaku pengendali baru.

Walaupun prestasi mereka sedikit tenggelam, tetapi kejayaan Johor menewaskan Perlis 3-2 di Larkin tempoh hari membuka mata banyak pihak, termasuk Kelantan bahawa pasukan yang dibarisi oleh hampir sebahagian pemain muda musim ini tidak harus dipandang rendah.

Prestasi Johor pada awal musim yang begitu kelam dengan kekalahan demi kekalahan, memaksa Abdul Nasir Yusoff mengundur diri rentetan gagal mencapai prestasi seperti yang dikehendaki oleh Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ).

Membawa masuk beberapa pemain luar seperti Hishamuddin Othman (Kuala Lumpur), K Puvinderan Naidu (Pulau Pinang) dan Rezuan Muhammad Radzy (Sabah) dilihat langkah awal PBNJ untuk mengimbangi kekuatan pasukan pada musim ini setelah penghijrahan beramai-ramai pemain utama mereka musim lalu ke kelab Johor FC.

Sementara itu, Sathianathan turut membayangkan akan berlaku sedikit rombakan terhadap pasukan Kelantan menjelang perlawanan malam ini.

“Ya, akan berlaku sedikit rombakan melibatkan beberapa pemain. Pemain pertahanan, S Subramaniam hampir pasti kembali ke dalam kesebelasan utama pemain setelah sembuh daripada demam.

“Posisi penjaga gol, saya masih belum fikirkan lagi sama ada menurunkan Syed Adney (Syed Hussien) atau Khairul Fahmi (Che Mat). Khairul Fahmi sudah pun pulih daripada demam.

“Syed Adney walaupun melepaskan tiga gol di Kuantan tetapi beliau tetap menunjukkan persembahan yang baik. Bukan kesilapan dia apabila melepaskan tiga gol itu.

“Apa pun, kita tunggu pada hari perlawanan (hari ini) siapakah yang akan diberi tugas sebagai penjaga gawang Kelantan,” katanya.

Bagi Sathianathan, beliau tetap optimis Kelantan mampu bangkit mencatatkan kemenangan di Larkin dengan syarat pemain mengikut segala arahan serta memberi sepenuh perhatian sepanjang aksi 90 minit itu.

“Apa yang penting, kita mengutip tiga mata di Larkin. Soal kita menang berapa gol itu tidak penting. Yang penting tiga mata bagi terus memberi tekanan kepada pendahulu liga, Selangor, “ katanya. 

Sumber:Sinar Harian

PERTANDINGAN FOTOGRAFI KAFA-TRWC 2010

Untuk keterangan lanjut klik---->TRWC

10 Mei 2010

Kelantan gagal teruskan rentak cemerlang

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my

KELANTAN gagal meneruskan rentak cemerlang apabila sekadar seri 3-3 dengan Pahang pada aksi pertama pusingan kedua Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan kelmarin.

Ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianthan berkata, keghairahan anak-anak buahnya untuk memburu gol telah memakan diri sendiri.

"Kita main dengan baik apabila berjaya menjaringkan gol pertama tetapi keghairahan mereka untuk menambahkan gol akhirnya memakan diri sendiri.

"Keputusan ini tidak mengembirakan saya. Pemain perlu ingat, lebih baik kita menang tipis 1-0 daripada mencatatkan keputusan seri," katanya.

Tambahnya, kelemahan ketara pemain pada perlawanan itu ialah mereka tidak memberi tumpuan sepenuhnya pada perlawanan.

"Mereka tidak fokus sepenuhnya, malah tidak berdisiplin walaupun sedang mendahului pada satu ketika.

"Kita berjaya menguasai perlawanan tetapi apabila semua pemain ghairah naik ke atas menyerang kubu lawan, maka kita tidak ada pemain untuk bertahan di bahagian bawah.

Jelasnya, kelemahan seperti ini perlu diatasi segera sebelum perlawanan akan datang dalam usaha memastikan Kelantan tidak terus keciciran mata dan memberikan tekanan kepada pendahulu liga, Selangor.

Dalam pada itu, Sathianathan turut memuji beberapa pemainnya yang mempamerkan aksi terbaik.

"Saya gembira dengan persembahan S. Chanturu dan Mohd. Nizab Ayub.

"Penjaga gol, Syed Adney (Syed Hussien) juga menunjukkan persembahan yang baik. Khairul Fahmi dan S. Subramaniam terpaksa disisihkan kerana mengalami demam."

Pada perlawanan itu, Kelantan bermula garang apabila berjaya mendahului pada minit ke enam menerusi pemain sayap, Mohd. Nor Farhan Muhammad.

Begitupun penyerang sensasi Tok Gajah, Azamuddin Mohd. Akil berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-34 sebelum Hasmizan Kamarodin menjaringkan gol kedua tiga minit kemudian.

Sebaik sahaja permainan babak kedua bersambung, Hasmizan menambah derita pasukan pelawat apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-46.

Pemain gantian S. Canturu dan Mohd. Nizab Ayub muncul penyelamat apabila menjaringkan gol pada minit ke-87 dan 90.

9 Mei 2010

Kelantan terus hambat Merah Kuning

KELANTAN bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk seri 3-3 ketika menentang Pahang dalam saingan pusingan kedua, Liga Super di Stadium Darulmakmur, malam tadi untuk terus menghambat pendahulu, Selangor.

Ia terlaksana dengan ledakan dua jaringan pada lewat babak perlawanan menerusi S Chanturu pada minit ke-87 dan penyamaan oleh Mohd Nizad Ayub pada detik akhir selepas pelawat mendahului selesa 3-1 menerusi Azamuddin Mohd Akil, minit ke-34 dan dua jaringan Hasmizan Kamarodin (m-37 dan 46) untuk memadamkan gol pendahuluan Mohd Nor Farhan Muhammad pada minit keenam.

Terengganu pula gagal mengaut peluang selepas seri 1-1 menentang Kedah di tempat sendiri dengan penyerang kebangsaan, Abdul Manaf Mamat (gambar) membuka jaringan pada minit ketiga dengan ia disamakan gol pertama musim ini buat Mohd Khyrill Muhymeen Zambri pada minit ke-50.

Di Stadium Paroi, Negeri Sembilan tewas 1-0 hasil jaringan minit terakhir pemain T-Team, Abdul Hadi Yahya selepas bertahan dengan 10 pemain tanpa kapten, Rezal Zambery Yahya yang dibuang padang pada babak kedua.

Di Stadium MBPJ, KL Plus seri 1-1 dengan Perak, Johor meraih hanya kemenangan ketiga mereka apabila menundukkan Perlis 3-2 manakala Kuala Lumpur menewaskan Pulau Pinang 2-0 di Stadium Cheras. -BHarian.

6 Mei 2010

Sathianathan cemas sebelum menang


KAPTEN skuad Kelantan, Indra Putra (tengah) diasak pemain Pahang pada aksi Liga Super di Kota Bharu malam kelmarin.


AKSI goyah yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya ketika bertemu Pahang pada aksi Liga Super malam kelmarin telah mengundang keresahan buat jurulatih Kelantan B. Sathianathan.

Tanpa berselindung, bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan itu berkata, sikap memandang rendah terhadap kemampuan pemain Pahang hampir mengundang padah kepada pemain Kelantan. 

“Walaupun berjaya meraih tiga mata, tetapi saya tidak berpuas hati dengan persembahan keseluruhan pemain.
“Dalam tiga perlawanan sebelum ini, kita bermain cemerlang, tetapi aksi malam kelmarin cukup mengecewakan saya," katanya di Kota Bharu semalam.

Menurutnya, bukan beliau sahaja tidak berpuas hati dengan aksi tersebut, tetapi ribuan peminat setia Kelantan turut kecewa dengan aksi yang dipamerkan.
“Saya telah mengingatkan kepada pemain, jangan pandang rendah kemampuan lawan (Pahang). Inilah padahnya apabila kita berfikiran sedemikian.

“Apa yang memeningkan saya, bila kita bertemu dengan pasukan yang kuat, kita main dengan cemerlang tetapi bertemu dengan pasukan yang mungkin sedikit lemah, kita gagal mengekalkan rentak cemerlang," katanya.
Sathianathan berkata, pemain Kelantan tidak bermain sebagai satu pasukan pada pertemuan dengan Pahang.
“Inilah masalahnya. Mereka jelas tidak bermain sebagai satu pasukan. 

“Kita semua dapat tengok apabila kita kehilangan bola, bahagian serangan dan tengah tidak berusaha untuk mendapatkan kembali bola tersebut.” 

Pada perlawanan malam kelmarin, Kelantan meneruskan rentak kemenangan apabila berjaya menewaskan Pahang 2-1 pada aski Liga Super di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV.

Nor Shahrul Idlan Talahah terus membuktikan kehebatan apabila menjaringkan gol pertama Kelantan pada minit ke-42.
Nik Zul Aziz Nawawi menghukum kealpaan barisan pertahan Kelantan apabila meledak gol penyamaan pada minit ke-53 untuk mengikat kedudukan 1-1.

Penyerang vateran Kelantan, Hairuddin Omar membuktikan ketajaman penyudah apabila menghadiahkan gol kemenangan Kelantan pada minit ke-73. 

Dengan kemenangan ini Kelantan berjaya melonjak ke tangga kedua dengan 28 mata.

5 Mei 2010

Menang tapi belum mantap

Semalam menyaksikan Kelantan meneruskan aksi cemerlang dengan kemenangan keempat berturut-turut,kali ini mangsaya adalah Pahang.

Kelantan bermula garang apabila Akmal Rizal melepaskan rembatan kencang diluar kotak gol seawal minit pertama namun sepakannya terkena palang gol.

Separuh masa pertama menyaksikan perlawanan amat membosankan dihidangkan oleh pemain-pemain Kelantan terutamanya jentera tengah yang diketuai oleh Badri Radzi yang bergandingan dengan Wan Zaman gagal merencanakan sesuautu untuk Kelantan.

Kepincangan tersebut memaksa barisan penyerang terpaksa 'turun' sendiri untuk mendapatkan bola kerana tiada kerjasama dari bahagian tengah.Kehilangan Shakir  yang masih belum cergas memaksa Kelantan menggunakan Wan Zaman dan dalam dua perlawanan sebelum ini ternyata tidak memberi impak yang besar kepada dibahagian Kelantan.

Pahang pula turun selaku pelawat berjaya mengucar-kacirkan pertahanan Kelantan dengan gerakan-gerakan menarik tetapi gagal memecah kebuntuan gol.Pujian seharusnya diberikan kepada anak-anak buah Dollah salleh kerana berjaya mengimbangi 'kekuatan' pasukan kelantan dan menunjukkan permainan menarik walaupun dilihat sedikit gemuruh dek melihat ribuan tentera merah menguasai stadium.

Kelantan nyaris dimalukan oleh Pahang pada minit ke-40 apabila Azimuddin melepaskan rembatan kencang tetapi berjaya ditepis keluar oleh Fahmi.

 
Akmal dan Nor shahrul watak penting gol pertama Kelantan

Kelantan memperolehi gol menerusi Nor Shahrul pada minit ke-43,Nor Shahrul yang dikawal ketat pertahanan Pahang berjaya melepaskan rembatan kencang setelah menerima hantaran lintang dari Akmal yang bermain cemerlang pada perlawanan ini tetapi ekoran tiada hantaran-hantaran menarik dari rakan-rakan beliau gagal menghasilkan gol.

Separuh masa kedua menyaksikan Kelantan mengeluarkan Akmal yang dilihat mengalami kecederaan dan memasukkan Hairuddin Omar.

Pahang cuba mengatur strategi dengan melakukan lebih banyak serangan dan akhirnya berjaya memerangkap pertahanan kelantan apabila Mohd Fazli yang membuat larian pantas melorongkan bola kepada Nik Zul berjaya melepaskan rembatan kencang gagal diselamatkan oleh Fahmi.

Kelantan yang tersentak dengan gol tersebut cuba bangkit tetapi kekentalan benteng pertahanan Pahang serta kegagalan jentera serangan melakukan penyudah menyebabkan Kelantan gagal menjaringkan gol sehinggalah pada minit ke -73 Hairuddin omar yang menerima hantaran Badri Radzi menanduk masuk melepasi jangkauan penjaga gol Pahang.

Gol tersebut ternyata mengembirakan hampir 25000 penonton yang membanjiri stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Secara keseluruhan persembahan pasukan kelantan kali ini dilihat cukup membosankan walaupun menang mutu permainan pemain-pemain masih dipertikaikan oleh peminat-peminat terutamanya jentera tengah Kelantan yang kurang berfungsi setelah kehilangan Shakir.

 Zairul Fitri mengerang kesakitan akibat dibentes oleh pemain Pahang

Semalam juga menyaksikan mutu pengadilan agak mengecewakan kerana sekurangnya dua sepakan penalti sepatutnya dihadiahkan oleh pengadil perlawanansetelah Hairuddin omar dijatuhkan.Ini menyebabkan penyokong-penyokong Kelantan naik berang dengan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadil.

Sekalung tahniah dari kami penyokong Kelantan kerana pemain-pemain berjaya mengekalkan momentum kemenangan dan memastikan kelantan menjadi pencabar musuh tradisi Selangor dipersada liga.

Cengkaman Selangor Di Persada Liga, Kelantan Di Tangga Kedua

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Selangor mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super apabila menewaskan Johor FC 3-1 pada perlawanan di Stadium JCorp, Pasir Gudang, Johor, malam Selasa.

Pemain kebangsaan, Mohd Amirulhadi Zainal mnjadi wira pasukan Selangor apabila menyumbang dua gol pada minit ke-41 dan 73 diikuti Mohd Hardi Jaafar pada minit ke-86 sebelum Johor FC menjaringkan gol saguhati menerusi Mohd Nurul Azlan Roya pada minit ke-90.

Keputusan itu membolehkan skuad bimbingan jurulatih K.Devan itu kini mengumpul 32 mata diikuti Kelantan yang merampas kedudukan kedua liga daripada Terengganu dengan meraih 28 mata.

Kelantan yang beraksi di Stadium Sultan Muhammed ke-IV di Kota Baharu, memang tipis 2-1 ke atas Pahang apabila Norshahrul Idlan Talaha membuka jaringan pada minit ke-42.

Bagaimanapun, Pahang menyamakan kedudukan pada minit ke-53 menerusi jaringan Nik Zul Aziz Nawawi pada minit ke-53.

Usaha Kelantan untuk mencari gol kemenangan akhirnya berhasil pada minit ke-73 melalui Hairuddin Omar sekaligus memastikan tiga mata penuh buat 'The Red Warriors'.

Nasib malang pula menimpa Terengganu apabila dibelasah Kedah 0-4 di Stadium Darulaman, Alor Setar dengan penyerang berbisanya, Azlan Ismail meledak jaringan hatrik pada minit ke-47, 67 dan 76.

Namun Baddrol Bakhtiar terlebih dahulu menceriakan penyokong Hijau Kuning apabila membuka jaringan pada minit ke-45.

Di Stadium Perak di Ipoh, jaringan tunggal Mohd Fadzli Saari pada minit ke-90 pula membolehkan jurulatih Mat Zan Mat Aris menarik nafas lega apabila KL Plus menewaskan Perak 1-0.

Di Stadium Batu Kawan, Mohd Failee Ghazli muncul wira tuan rumah Pulau Pinang apabila jaringannya pada minit ke-67 sudah cukup untuk menewaskan Kuala Lumpur dengan keputusan 1-0.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Negeri Sembilan pula terpaksa akur dengan kehebatan T-Team apabila tewas 1-2 walaupun membuka jaringan awal melalui pemain kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak pada minit ke-17.

Jaringan itu nyata membakar semangat tuan rumah apabila bangkit dengan dua gol melalui Abdul Hadi Yahya pada minit ke-27 dan Mohd Harris Safwan Kamal pada minit ke-45.

Di Stadium Utama Kangar, Perlis turut mencatatkan kemenangan besar apabila menewaskan Johor 4-2.

--BERNAMA

Gambar-gambar Kelantan vs Pahang


Selangor gah, Kelantan naik

KUALA LUMPUR - Selangor terus mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu Liga Super selepas menundukkan Johor FC 3-1 di Stadium JCorp, Pasir Gudang, semalam.

Malah, keputusan di Stadium Darul Aman, Alor Setar turut memberi perkhabaran gembira buat Red Giants apabila Kedah mudah menjinakkan Terengganu 4-0.

Kemenangan di Johor membolehkan Selangor mengumpul 32 mata daripada 13 perlawanan manakala Terengganu jatuh satu anak tangga apabila Kelantan mencatat kemenangan ke atas Pahang di laman sendiri.

Selangor yang bertandang ke Pasir Gudang diberi tentangan sengit oleh Johor FC, malah pasukan tuan rumah lebih banyak menguasai perlawanan tersebut.

Selangor memperoleh gol pertama menerusi jaringan Mohd. Amirulhadi Zainal minit ke-41.
Amirulhadi terus bertindak cemerlang apabila menyumbat gol kedua minit ke-73, sebelum pemain kebangsaan, Hardi Jaafar melengkapkan kemenangan bergaya Selangor apabila menyumbat gol ketiga minit ke-86.

Pasukan tuan rumah seakan berupaya merapat jurang jaringan, namun sepakan penalti yang diambil Edy Helmi Manan tersasar ke kanan gawang Selangor.
Johor FC bagaimanapun berjaya memperoleh gol saguhati menerusi jaringan Mohd. Nurul Azwan Roya, minit ke-91.
Dalam pada itu, beraksi di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu ternyata memberi kelebihan buat Kelantan apabila mencatat kemenangan 2-1.

Gol Kelantan disumbangkan oleh Nor Shahrul Idlan Talahah minit ke-42 dan Hairuddin Omar minit 73, manakala gol Pahang dijaringkan oleh Nik Zul Aziz minit ke-53.

Terengganu sekadar berpuas hati untuk berada di tangga ketiga liga setelah mengumpul 26 mata.
Sementara itu, Perak terus malang apabila jaringan lewat Mohd. Fadli Shaari pada masa kecederaan menyaksikan Perak tumpas 0-1 kepada KL Plus di Stadium Perak.

Dalam pada itu, Perlis berpesta gol di Stadium Utama Negeri, Kangar apabila mencatat kemenangan besar 4-2 ke atas Johor.
Add to 
Google  

Keputusan Liga Super P13

Kelantan 2 - 1 Pahang 
(Norshahrul Idlan Talaha 43' ,Hairuddin Omar 73')- (Nik Zul Aziz 53')
Kedah 4 - 0 Terengganu
Perlis 4 - 2 Johor
Johor FC 1 - Selangor 3
P.Pinang 1 - 0 K.Lumpur
Perak 0 - 1 KL Plus FC
T.Team 2 - N.Sembilan 1

4 Mei 2010

Pahang gusar...Kelantan punya kelebihan

Pertembungan dua skuad pantai timur Kelantan menentang Pahang malam ini menjanjikan pertembungan dramatik.Pahang walaupun tidak segagah dulu mereka mempunyai barisan pemain-pemain muda dan senior yang mampu mendukacitakan skuad bimbingan B.Sathianathan jika tidak berwaspada.

Ketajaman serangan boleh dilihat melalui penyerang utama mereka iaitu Azamuddin Akil yang telah menjadi penyumbang utama gol untuk pasukan Pahang.Disamping itu mereka juga memiliki pemain tengah yang keatif seperti Jallaludin,Fadzli Baharuddin serta Mohd shahrizan yang banyak membantu jentera serangan setakat ini.

Benteng Kelantan seharusnya tidak boleh memandang mudah skuad bimbingan Dollah Salleh ini kerana mereka mampu melakukan kejutan seperti yang terjadi kepada Kedah yang telah diaibkan Pahang baru-baru ini.
Kelantan pula menyandarkan harapan kepada penyerang profilik Nor Shahrul Idlan Talaha yang telah menemui sentuhan berbisanya dilihat mampu merobek gawang Pahang yang dikawal Azraie.Jentera yang ditunjangi oleh Badri dan Shakir dlihat semakin menyerlah dan sudah mampu berkomunikasi dengan baik.

Kehadiran S.Chanturu juga melegakan peminat-peminat kelantan kerana kelincahanya pasti mengusarkan pertahanan Pahang sambil dibantu oleh Nor Farhan dan Akmal Rizal yang telah menunjukkan pningkatan dalam permainanya.

Kelantan juga tidak perlu pening kepala dengan kehilangan Daudsu yang terpaksa 'berehat' kerana menerima lima kad kuning dilihat masih mempunyai dua kereta kebal ampuh iaitu Rizal Fahmi dan Azizi Matt rose yang dibantu Subra dan bek kiri Zairul Fitree.

Bertuahnya pasukan Kelantan musim ini kerana mempunyai ramai pemain pertahanan mantap dan tidak mempunyai masalah jika ada pemain-pemain yang cedera atau mengalami pengantungan.

Kegentaran Dollah terhadap pasukan terserlah apabila 'meluahkan' dalam akhbar bahawa Pahang hanya menngharapkan keajaibanketika bertemu kelantan kerana mereka mempunyai masalah dibahagian pertahanan kerana ramai pemain utama mereka mengalami kecederaan.

Masalah ini mungkin menjadi alasan jika Pahang kalah kepada kelantan malam ini serta mungkin ingin memerangkap jentera serangan kelantan yang mungkin memandang mudah benteng pertahanan Pahang.

Tidak sampai lima jam lagi perlawanan akan berlangsung difahamkan peminat-peminat setia Kelantan sudah membanjiri stadium seawal 11 pagi untuk membeli tiket-tiket perlawanan.

Kepada The Red Warriors tunjukkan bahawa anda mampu membenam Pahang dan berada dilandasan yang betul untuk menjuarai liga super 2010 dan meleburkan hasrat Selangor mengapainya.

3 Mei 2010

Tiada Daudsu tak rencat persediaan

KOTA BHARU - Kehilangan tonggak pertahanan, Mohd. Daudsu Jamaludin yang digantung satu perlawanan, tidak merencatkan persediaan Kelantan untuk melayani kunjungan Pahang pada aksi terakhir pusingan pertama Liga Super di Kota Bharu esok.
Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan menegaskan pasukannya tiada masalah mencari pengganti bekas pemain kebangsaan itu.
Katanya, barisan pemain simpanan yang dimiliki pasukannya mampu menampung kekosongan Daudsu.
"Saya ramai pemain yang boleh digunakan dan mereka semua cergas serta bebas dari sebarang kecederaan.
"Tempat Daudsu akan diisi oleh seorang lagi pertahanan kental iaitu Mohd. Farisham Ismail. Saya percaya dia (Farisham) mampu menggalas tugas tersebut," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Kelantan, yang kini menghuni tangga ketiga dalam liga dengan 25 mata daripada 12 perlawanan, perlu meneruskan rentak kemenangan untuk mencabar Selangor di tangga teratas, dibezakan dengan empat mata.
Sathianathan berkata, pengalaman yang dimiliki oleh Farisham sememangnya ditagih untuk mengekang asakan penyerang Pahang, seterusnya memastikan Kelantan memberikan tekanan ke atas Selangor.
Diminta mengulas mengenai pertemuan menentang Pahang, Sathianathan menghormati kemampuan pasukan lawan.
"Pahang bukan calang-calang pasukan, berdasarkan rekod liga musim ini mereka pernah menewaskan pasukan kuat.
"Kita tidak akan mengambil mudah pertemuan ini dan saya harap pemain dapat berikan fokus yang terbaik dalam usaha memburu kejuaraan musim ini," katanya.
Tambahnya, Kelantan berada pada landasan terbaik apabila gandingan pemain yang dibentuk mula menampakkan keserasian.
"Inilah yang kita mahukan, sebab itulah saya minta penyokong bersabar dan berikan sedikit masa kepada pemain untuk mendapatkan lagi keserasian," ujarnya. -Utusan Malaysia

T-Team harap dapat turunkan Khalid


KUALA TERENGGANU - T-Team barharap dapat menggunakan khidmat bekas pemain kebangsaan, Muhammad Khalid Jamlus apabila menentang Negeri Sembilan di Paroi, Sabtu ini.
Pengurus T-Team, Rosdi Awang berkata, permohonan telah pun dihantar kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan pihaknya mengharap keputusan segera dibuat FAM berhubung perkara itu.
Penyerang itu mengikat kontrak dengan pasukan T- Team untuk bermain dalam liga tersebut, Jumaat lepas.
Rosdi berkata, langkah T-Team itu juga bertujuan untuk mencukupkan kuota T-Team, selain memberi peluang pemain itu menghidupkan semula bakatnya supaya tidak terus berkubur setelah disingkirkan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Kita harap Khalid akan buktikan kemampuannya dan seterusnya melonjak T-Team ke tempat yang terbaik dalam carta Liga Super musim ini," katanya. -Utusan Malaysia

*Buktikan Khalid bahawa anda masih mempunyai bisa dan mampu menghadiahkan gol untuk T.Team serta buktikan jugabahawa pasukan Kelantan telah melakukan 'kesilapan' dengan 'membuang' anda..