18 Mei 2010

Pasukan manakah mampu sekat penguasaan Selangor?

Setelah kempen Liga Super mengharungi 16 perlawanan liga ternyata pasukan Selangor sukar digugat oleh pasukan lain dalam Liga Super kecuali Kelantan.

Jika diimbau perlawanan liga super pusingan pertama pada mac lepas Selangor ternyata 'bernasib baik' kerana masih boleh membawa satu mata ketika bertandang di Kota Bharu ketika tekanan amat dirasai oleh pemain-pemain Selangor dek sokongan padu penyokong-penyokong Kelantan.

Kelantan terpaksa berhempas pulas untuk mengejar Selangor sekarang yang mempunyai kelebihan tiga mata dan kurang satu perlawanan berbanding Kelantan.Masih mampukah Kelantan mengejar Selangor keseorangan kerana jika dilihat pasukan yang bersaing dalam liga super sekarang tiada yang mampu mengatasi kehebatan skill dan taktikal pemain Selangor hatta juara piala FA 2010  Negeri Sembilan sekalipun.

Misi utama Kelantan adalah mesti menundukkan Selangor pada 13 Julai ini dan mengharapkan ada pasukan yang mampu menumbangkan Selangor.

Perlawanan seterusnya akan menyaksikan Selangor akan menentang Kuala Lumpur,KL Plus,Pahang,Perlis,Johor dan seteru utama Kelantan.

Pasukan yang berupaya menumbangkan Selangor mungkin  KL Plus dan Perlis sahaja dan berharap Pahang akan cuba bersungguh-sungguh untuk menewaskan Selangor.

Aksi Selangor menentang Kelantan di Shah Alam nanti mungkin akan menjadi penentu pasukan mana yang bakal menguasai persada liga super.Laluan Kelantan sebelum bertemu Selangor  dilihat sedikit berliku kerana akan bertemu Perlis,Kedah,Pulau Pinang dan Perak selepas ini.

Pasukan yang mungkin menjadi halangan Kelantan adalah Kedah dan Perlis tetapi peluang untuk Kelantan menang adalah lebih cerah kerana Kedah hanya pernah menewaskan Kelantan sekali sahaja tahun ini itupun  berpunca dari 'gol cua' Syed Adney manakala aksi piala FA kedah dan Kelantan seri dalam kedua-dua perlawanan timbal balik yang menyaksikan Kedah melangkah kesuku akhir.

Apa yang mampu diberikan oleh penyokong-penyokong Kelantan adalah sokongan padu tidak kira dimana Kelantan bermain dan selebihnya hanya mampu berdoa agar Kelantan mampu untuk menjuarai Liga Super untuk pertama kalinya dan memadam ego penyokong-penyokong Selangor yang dilihat 'syok sendiri'.

Persoalan sekarang pasukan manakah yang mampu menyekat penguasaan Selangor sama-sama kita tunggu...
adakah hanya Kelantan sahaja atau masih ada pasukan yang mampu memberikan saingan kepada Selangor dalam liga super musim ini.