Kelantan mengekalkan rekod tanpa kalah 12 perlawanan berturut-turut dengan menewaskan Perlis 2-1 sambil terus mengejar pendahulu liga Selangor yang turut mencatatkan kemenangan yang 2-1 juga keatas KL Plus.
Perlawanan ternyata milik Kelantan untuk lima belas minit pertama yang menyaksikan Kelantan menguasai permainan dan pemain-pemain Perlis ternyata tidak dapat mengimbangi corak permainan pemain Kelantan yang lebih agresif.
Kelantan terpaksa menunggu sehingga minit ke-29 untuk mengatasi Perlis dengan jaringan penalti oleh Nor Shahrul.Sepakan penalti tersebut diperolehi setelah pembantu pengadil berjaya mengesan pemain pertahanan Perlis yang menggunakan tangan 'ala-ala Maradona' untuk mengeluarkan bola kekawasan selamat.
Gol tersebut ternyata memberikan semangat baru kepada pemain-pemain Kelantan untuk terus mengasak bagi memperoleh gol kedua.
S.Chanturu tidak menghampakan penonton apabila melakukan remabatan deras disebelah kanan gawang Perlis yang menyaksikan tertampan pertahanan dan mengelirukan Faizal Marlias yang tertewas buat kali kedua.
Kelantan sekali lagi mempunyai peluang untuk menjaringkan gol apabila rembatan deras Farhan diluar kotak penalti pada minit ke-38 berjaya ditepis keluar Faizal yang teryata bertindak cemerlang.
Bermula separuh masa kedua menyaksikan Kelantan memperlahankan tempo perlawanan kerana mungkin menyedari kelebihan dua gol sudah cukup ambil mengharapkan kekebalan benteng pertahanan menafikan peluang Perlis menjaringkan gol.
Kelantan akhirnya menerima padah akibat kealpaan pemain apabila pemain muda Perlis Wan Khairul berjaya menjaringkan gol untuk mnegurangkan defisit gol.Gol tersebut juga menyebabkan jurulatih Kelantan berang dan memarahi Azizi kerana kecuaian beliau yang membolehkan K.solay melakukan hantaran mudah kepada Wan Khairul yang tidak dikawal dan seerusnya menghasilkan gol untuk Perlis.
B.Sathianathan terpaksa mengeluarkan Azizi kerana 'menyedari' ada sesuatu yang tidak kena terhadap pemain tersebut dan memasukkan Rizal Fahmi bagi mengantikan posisi beliau.
Tindakan tersebut ternyata mengundang kemarahan Azizi yang bertindak menghempas 'jersi keramat' Kelantan ketika masuk kebilik persalinan kerana tidak ada lagi pemain lain sebelum ini yang berkelakuan sedemikian rupa.
Tindakan Azizi tersebut dianggap tidak wajar kerana beliau seorang pemain profesional dan beliau sepatutnya tidak menunjukkan kelakuan tersebut lebih-lebih lagi dihadapan penyokong-penyokong Kelantan dan perlu sentiasa akur dengan arahan dari Jurulatih atau pihak pengurusan.
Aksi longlai Kelantan pada separuh masa kedua mendapat cemuhan penonton yang ternyata marah dengan gelagat pemain-pemain yang bermain sambil lewa dan tidak serius untuk menghasilkan gol untuk Kelantan.
Pujian seharusnya diberikan kepada pemain pertahanan S.Subramaniam,Daudsu serta Farisham yang ternyata bertindak cemerlang menahan asakan pemain-pemain Perlis.
Kelantan membuat dua pertukaran lagi dengan memasukkan Akmal Rizal dan mengeluarkan Badri Radzi serta memasukkan Hairuddin Omar dan mengeluarkan Nor shahrul yang dilihat keletihan namun gagal menzahirkan gol ketiga untuk Kelantan.
Kredit: S.Subramaniam, Daudsu,Farisham dan S.Chanturu
Kesebelasan utama : Khairul Fahmi, S.Subramainam, Daudsu, Farisham, Azizi(Rizal Fahmi), Shakir, Badri Radzi(Akmal Rizal), Indra Putra, Nor Farhan, S.Chanturu dan Nor Shahrul(Hairuddin Omar)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan