20 Mei 2010

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 di Stadium Shah Alam


PETALING JAYA - Perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 telah diputuskan di Stadium Shah Alam.
Keputusan itu telah dibuat berikutan Stadium Nasional, Bukit Jalil yang sebelum ini menjadi gelanggang rasmi perlawanan akhir Piala Malaysia akan menjalani proses pembaikan trek bermula 30 Oktober ini.

Menurut Pengerusi oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Che Mat Jusoh, perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam bukan kali pertama kerana pada tahun 1994, 1995, 1996 dan 1997 ia telah diadakan di stadium tersebut sebelum dipindahkan ke Stadium Nasional, Bukit Jalil.

"Pemilihan Stadium Shah Alam dilihat berdasarkan kapasiti penonton yang mampu memuatkan 70,000 hingga 80,000 penonton pada satu masa," katanya pada sidang media di Wisma FAM, semalam.

Jelas Che Mat, selain kapasiti pemilihan, stadium tersebut juga dilihat berdasarkan lokasinya yang terletak di Lembah Klang sama seperti gelanggang perlawanan akhir sebelum ini di Stadium Merdeka (1950 an hingga 1990an), Padang Kelab Selangor (1920an hingga 1950 an).

"Mengikut peraturan perlawanan akhir, Piala Malaysia hanya boleh diadakan di stadium kebangsaan iaitu di stadium yang pernah digunakan oleh skuad kebangsaan sebagai gelanggang rasmi bagi perlawanan antarabangsa.

"Dalam masa yang sama kami juga ingin memberitahu proses meminjam pemain untuk saingan Piala Malaysia hanya akan dibuka selepas tamatnya saingan Liga Malaysia dengan hanya had pemain yang boleh dipinjam sebanyak tiga orang sahaja," tegasnya.

Kata Che Mat, pasukan yang tidak layak beraksi di Piala Malaysia boleh melepaskan pemain mereka untuk dipinjam oleh pasukan yang layak bermain di saingan Piala Malaysia.

Dalam pada itu, Che Mat berkata, penyerahan Piala FAM akan dibuat pada 26 Mei ini di Stadium Petronas, Bangi bagi perlawanan terakhir Liga FAM yang menyaksikan Sime Darby muncul juara selepas memungut 32 mata mengatasi SDM Kepala Batas 26 mata.

Jikalau pun Sime Darby tewas kepada SDM Kepala Batas, Ahad ini untuk perlawanan kedua terakhir, mereka masih kekal sebagai juara liga dan perlawanan terakhir bakal menemukan pasukan Sime Darby bertemu Kelab Sukan Komuniti Tambun Tulang.-utusan

*Shah Alam pun akan dibanjiri oleh FAN The red Warriors!!!

1 ulasan:

aaa berkata...

ape ni xde video..mcm mne nk maju..